Tuesday, May 05, 2009

Katsarin

DRAMA Bersiri KATSARIN, telah pun ditayangkan di RTM2 pada tahun 2009 yang lalu. AKMAL EDGE melakonkan watak antagonis bersama ADAM CORRIE di samping bertindak sebagai ACTION CHOROEGRAPHER dalam drama yang memakan masa '6 Bulan' untuk di siapkan... Drama ini juga melibatkan beberapa lokasi yang banyak dan jauh iaitu Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Jitra, Changlun, Danok (Siam), Port Dickson, Klang & Kuala Lumpur.

AKMAL bersama sahabat sedang merangka adegan pertarungan buat Talhah, Adam Corrie & Aman Graseka.

AKMAL & SAIFUL, bersama seorang pelancong Hong Kong yang menyaksikan sessi penggambaran kami di sana...

Dari kiri : AKMAL, SAIFUL, SHELLEY WANG, AZIMAT & AYIE

BEGINI....Aduhhh, penat beri tunjuk ajar tapi masih gagal buat sebaik-baiknya...

Taklimat buat semua termasuk pengarah, teknikal dan artis supaya tidak tersalah buat kerja masing-masing demi menjayakan babak 'gaduh' tersebut...

Selain berlakon dalam drama ini, AKMAL bertindak sebagai koreografer dan juga pembantu pengarah aksi...

Rasanya, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan drama melayu, inilah kali pertama kita lihat penggambaran drama menggunakan dua 'monitor', saTu untuk pengarah dan satu lagi untuk 'pengarah aksi'... itu yang sebetulnya...