Sunday, December 12, 2010

Persembahan di Majlis MyTV3 Sempena 'Jom Heboh' di Bukit Jalil

Persembahan : 12 disember 2010 : Akmal Edge terlibat dengan persembahan untuk MyTV3 di Bukit Jalil dalam persembahan seni bela diri bersama team 'Tricking Martial Art'.














Jom Heboh (Martial Art Show)

12 Disember 2010, AKMAL EDGE bersama-sama rakan membuat persembahan seni beladiri, akrobatik dan kemahiran buat rancangan MYTV3 di perkarangan stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang turut disaksikan sebahagian oleh artis yang hadir pada hari itu. ;-)





Wednesday, December 01, 2010

Aktiviti Bulan Disember 2010


1] Persembahan : 12 disember 2010 : Akmal Edge terlibat dengan persembahan untuk MyTV3 di Bukit Jalil dalam persembahan seni bela diri. * untuk lihat gambar seterusnya, sila klik di sini >>>


2] Penggambaran : 26 disember 2010 : Akmal berlakon dalam drama bersiri 'Alaudin' 13 episod  arahan Wan Hasliza dari produksi KL MOTION CO, untuk TV Al-Hijrah. Dalam drama tersebut, Akmal memegang watak sebagai Datuk Laksamana Pura (Pahang) dalam episod 9 dan 10. Saksikan kemunculannya. 

Saturday, November 27, 2010

Persembahan Silat di Taman Desa Andaman, Wangsa Maju Seksyen 1

"...Visual ini adalah peristiwa persembahan silat pada 27 November 2010 yang lepas di Taman Desa Andaman, Wangsa Maju seksyen 1, Kuala Lumpur baru-baru ini... Kali pertama ABG JAM dan kengkawan kena berarak keliling taman sebelum sampai ke pelamin...jauh woooooooo..."

Tarikh : 27hb November 2010
Tempat : Taman Desa Andaman, Wangsa Maju Seksyen 1
Masa : 11.30 tengahari
Pesilat : Akmal Edge, Salehuddin, Irfan dan Hazmin 











Sunday, November 14, 2010

Persembahan Silat di dewan serbaguna AU2 Keramat

"...Persembahan Silat di dewan serbaguna AU2 Keramat pada majlis perkahwinan cik Khairunisa dan suami. Waktu ini persembahan ABG JAM dirakamkan oleh sahabat dari Siam iaitu Nai Boon Mee Sararaks, yang menaik-turun gambar persembahan ini dilaman web sosialnya newskaki.com..."

Tarikh : 14hb November 2010
Tempat : Dewan Serbaguna AU2 Keramat
Masa : 1.30 tengahari 
Pesilat : Akmal Edge, Sharifuddin, Nazrul dan Che Hanafiah












Saturday, November 13, 2010

Persembahan Silat di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya, Sepang

"...Kalau tak silap, inilah pertemuan pertama ABG JAM dengan 'bos' A.G.I.M, Encik Fairuz ketika mengadakan persembahan silat di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya, Sepang. Bermula dari situ hubungan persembahan sering sahaja bersama dalam beberapa siri majlis perkahwinan..."

Tarikh : 13hb November 2010
Tempat : Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya
Masa : 1.30 tengahari 
Pesilat : Akmal Edge, Nazrul dan Hazmin