Thursday, August 30, 2012

Latihan Koreografing Filem Putra

Setelah sekian lama berhenti bagi menjalani ibadah puasa dan meraikan sambutan hari raya, sessi latihan koreograf aksi pertarungan filem PUTRA disambung semula. Akmal Edge terlibat sessi latihan tersebut dari 30 Ogos 2012 hingga 2 September 2012. Latihan pembuka selepas bercuti telah dipinda tempatnya, yang mana sebelum ini berlatih di MASS Academy. Pada sessi 30hb ini latihannya di Institut Kesenian & Kajian Media Malaysia (SEMESTA) di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Manakala 1 & 2hb latihannya di Studio Energyfit Crew, Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri 2012


Sepanjang bulan ramadhan yang lalu, sememangnya saya amat 'kesibukan' dengan shooting di Pulau Pangkor, so, tidak sempat langsung nak 'update' blog saya ini... selain sibuk jug a menjual biskut2 raya iaitu biskut tat nenas & semprit... Alhamdulillah, sambutan nyer memberangsangkan hingga tak menang tangan... Kesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kaseh kepada para sahabat yang membeli biskut raya ku dan salam aidilfitri pada semua umat islam di seluruh dunia moga aidilfitri kali ini memberi hikmah yang terbaik untuk kita semua untuk maju dan berjaya di dunia & akhirat... Amin ;-) Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ;-)...

Saturday, August 11, 2012

Majlis 'Signing Contract' Filem Putra

Majlis Berbuka Puasa & Tandatangan Kontrak Filem Putra yang berlangsung di Elements Pictures Sdn Bhd di Kota Damansara, berdekatan dengan The Strand, bertarikh 11hb Ogos 2012.

Pada 11hb September 2012, Majlis berbuka puasa dan sign contract filem PUTRA telah berlangsung di pejabat Elements Pictures (M) Sdn Bhd, the Strand, Kota Damnsara. Kesemua barisan produksi, teknikal & pelakon kebanyakkannya hadir untuk majlis itu termasuk Akmal Edge, Eizlan Yusof dan Izara Aishah. Manakala Beto Khusairy disamping Reen Rahim (Pilih Kasih 2) tidak hadir kerana penggambaran yang lain. Begitu Aziz Singah, Ogy Ahmad Daud, Namron dan Zamberi Othman.