Saturday, September 29, 2012

Majlis Pelancaran Filem BALUN!

Barisan pelakon yang menjayakan filem ini... Eizlan Yusof, Roy Madada, Nadia Randall, Maisarah Zafirah, Reen Rahim, Jasmine Ashraf, Wan Raja, Saiful Zelwany, Fendi, Beto Kusairy, Henzi Andalas, Fasha Muoa, Chaoi, Izara Aishah, Akmal Edge, Faiz Azmi & Farrd...

Setelah hampir sebulan berkampung di Taiping, Perak, pada tarikh 29hb September 2012, Produk Filem BALUN! telah mengadakan Majlis Pelancaran filem tersebut di Hotel SSL Traders, Kamunting. Ramai para media hadir membuat liputan dalam majlis tersebut yang mana selain pelancaran diadakan juga sessi memperkenalkan barisan pelakon yang menjayakan filem ini.

Saturday, September 08, 2012

Penggambaran Filem BALUN! Bermula...

DENGAR SINI... Barisan pelakon sedang mendengar arahan dari pengarah Bobsingah...

Pada tanggal 8hb September 2012, produksi Elements Pictures telah memulakan penggambaran sulung filem terbitan syarikat mereka. Akmal Edge turut terlibat dalam filem ini memegang watak Tiger Johnny (antagonis) iaitu orang kanan pada Shaid Blond lakonan Eizlan di samping juara Pilih Kasih 3 (Reen Rahim). Filem asalnya bertajuk PUTRA ini diarahkan oleh Bobsingah ini turut diperkuatkan oleh pelakon handalan yang lain seperti Dato' Aziz Singah, Beto Kusairy, Izara Aishah, Namron, Yank Kassim, Saiful Zelwany dan ramai lagi.

Friday, September 07, 2012

'PUTRA" Kena BALUN!


Tinggal lagi 2 hari sebelum sessi penggambaran filem 'Putra' akan dimulakan, satu perubahan mengejut telah dilakukan oleh pihak penerbit filem 'Putra'. Setelah mendapat beberapa idea dan pandangan dari beberapa pihak yang berkenaan, pihak penerbit dan produksi sepakat menukar nama filem 'Putra' ke nama 'Balun'. Di harap rombakan ini akan menambah dan menguatkan 'aura' filem ini dan segala berjaya serta berjalan dengan lancar hendak-Nya. -AMIN ;-)

Monday, September 03, 2012

Sessi 'Fitting Costume' Classic Couture

Selepas menamatkan sessi latihan aksi, untuk persiapan seterusnya, kesemua para pelakon yang terlibat termasuk Akmal Edge membuat ukuran serta mengenakan persalinan mengikut watak masing-masing. Dalam filem PUTRA nanti Akmal memegang watak 'Tiger' iaitu orang paling kanan 'Shaid Blonde' lakonan Eizlan Yusof iaitu seorang ketua mafia yang paling ditakuti dalam cerita tersebut.