Monday, December 31, 2012

EP7 : Panduan Beladiri Wanita : PUNCA-PUNCA JENAYAH


Bagaimana semua jenayah ini boleh berlaku?
SEBENARNYA segala aktiviti jenayah ini berlaku dengan sepantas kilat! Ianya bukan sekadar fakta tetapi perkara benar yang berlaku depan mata saya sendiri seperti aktiviti ragut. Sedangkan ketika itu mangsa baru masuk ke kereta selepas keluar dari pusat pajak gadai di taman melawati. Saya sendiri tergaman ketika itu sewaktu sedang menikmati juadah pagi.

Oleh itu, disini saya bekalkan untuk anda sedikit maklumat tentang hakikat sebenarnya proses atau masa yang diperlukan oleh seorang atau kumpulan penjenayah menjalankan aktivitinya;-

a.   Satu pembunuhan akan berlaku sekitar 25 saat.
b.   Satu kes rogol akan berlaku setiap 6 saat.
c.   Satu rompakan berlaku sekitar 60 saat.
d.   Satu serangan ganas akan berlaku sekitar 35 saat.
e.   Satu kes pecah premis akan berlaku setiap 10 saat.
f.    Satu kes kecurian akan berlaku setiap 4 saat.
g.   Satu kes kecurian kenderaan berlaku sekitar 22 saat.

PUNCA-PUNCA JENAYAH


Oleh kerana topik yang kita bincangkan topik jenayah, eloklah kalau kita sentuh tentang punca-punca jenayah yang berlaku atau sering menimpa kaum wanita. Punca utama menyebabkan wanita sering menjadi sasaran adalah ‘Cuai’!

Cuai di sini bukan bererti anda leka atau lalai sahaja tetapi boleh dipecahkan kita pecahkan kepada beberapa bahagian. Antara perkara yang selalu anda terlepas pandang sehingga boleh menggadaikan maruah dan keselamatan ialah ;
1. Cuai dengan Penampilan
2. Cuai dengan persekitaran
3. Cuai dengan ilmu bela diri

Cuai dengan Penampilan


Dalam konteks ini, tidak dinafikan memang golongan hawa ini amat suka pada ’keindahan’ iaitu kecantikan dan penampilan. Namun, anda perlu berhati-hati serta bijak dalam memilih jenis-jenis pakaian, pendedahan diri dan pergaulan supaya anda tidak terdedah pada aktiviti-aktiviti jenayah yang bahaya seperti rogol. 

Bagi yang beragama Islam iaitu para muslimat, pakailah yang menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam agama kita. Bagi yang bukan Islam, tutup tubuh dengan beretika, sayangi dan hargai diri ini atas maruah yang diberikan oleh Allah SWT.

Cuai dengan Persekitaran


Kebanyakan dari anda ramai yang tidak mengendahkan tempat atau perjalanan dilalui. Mungkin anda sudah tidak memilih jalan-jalan gelap atau sunyi, ramai yang sudah tahu. Mungkin anda lupa, perasan atau tidak bila melintasi dihadapan sekumpulan jejaka atau mat-mat rempit sudah anda diganggu serta ada dikalangan mereka yang akan ‘bergelora’ nafsunya! Ianya boleh berlaku di mana-mana sekarang dan terbaru di internet!

Cuai dengan ilmu Bela Diri


Perkara ini adalah perkara jelas dan nyata kerana sememangnya ramai dikalangan wanita tidak berminat dengan ilmu bela diri. Jika diadakan seminar atau bengkel beladiri walaupun murah harganya susah bagi anda untuk menghadirinya tetapi cuba sesuatu perkara berhubung kecantikan sudah tentu anda berlumba-lumba mendapatkannya walaupun mahal! 

Insya-Allah, pada keluaran seterusnya, saya akan teruskan memberi informasi bermaklumat dalam konteks beladiri demi kebaikan kita bersama. Untuk tajuk seterusnya dalam EP8 : Panduan Beladiri Wanita : KENALI PEMANGSA ANDA. ;-)

Saturday, December 29, 2012

EP1 : Nunchaku – Popular kerana Bruce Lee?

Filem pertama Bruce Lee yang menampilkan kehebatan senjata bela diri nunchaku dalam 'Fist of Fury'.
RAMAI diantara kita mengenali senjata beladiri ini melalui filem, betul? Jawapannya saya pasti yer! Ada juga yang tidak tahu namanya atau terdapat juga yang menyebut namanya dengan tidak betul. Namanya NUNCHAKU! Harap-harap lepas ini anda sudah tahu menyebut namanya dengan betul. Kawan-kawan saya pernah bertanya, senjata apakah ini dan apa namanya? Kebanyakkan dari mereka tidak tahu, ramai yang menyebut dengan nama agak melucukan. Ada yang menyebut ‘cota atau batang berantai’, ‘cicak’ dan malahan nama makanan ‘cakoi’ turut terlibat. Adoiii... memang melucukan.

Namun begitu, nunchaku begitu popular hingga ke hari ini, hampir kebanyakkan seni bela diri yang baru wujud ada menggabungkan senjata ini ke dalam sistem latihan dan silibus mereka. Malah, sebuah sekolah seni bela diri kuno Rusia, ‘Pseudo’, mendakwa bahawa nunchaku adalah senjata kebiasaan para pahlawan purba Rusia, tetapi ini adalah karut. Perkara itu kita bincangkan kemudian.


Filem kedua Bruce Lee, mempamerkan keberkesanan menggunakan nunchaku dalam membela diri dengan jelas.
Bilakah senjata ini dimulakan diperkenalkan? Kalau tidak silap saya pada 70an, dalam filem ‘Fist of Fury’ oleh mendiang Bruce Lee, tetapi kewujudan senjata ini sudah lama. Sejak dari itu senjata beladiri ini menjadi terkenal dan mula digemari oleh pelusuk dunia kerana keunikkan persembahan permainannya yang fleksibel dan ‘fancy’. Untuk menambahkan keberkesanan penggunaannya, Bruce Lee menyambung kesinambungan permainanan nunchaku ini dalam filem pecah panggungnya yang ketiga dalam ‘The Way of Dragon’. Kehebatan nunchaku juga turut dipaparkan dalam filem pecah panggungnya seterusnya iaitu ‘Enter The Dragon’ dan ‘Game of Death’.


Disebabkan kesederhanaan pembuatannya, keberkesanan yang tinggi dan praktikal dalam pertempuran jalanan dan popularitinya melonjak melalui filem-filem lakonan Bruce Lee. Nunchaku telah mempunyai kelahiran baru dalam eranya. Hari ini nunchaku adalah salah satu senjata yang popular selepas pisau dan baton. Pengaruh filem Bruce Lee cukup menebal dan menjadi punca pada orang ramai mula percaya bahawa nunchaku ini berasal dari Kung-fu Cina, sedangkan dalam aliran beladiri Jepun Ninja, karate dan lain-lain terdapat juga permainan nunchaku.

Asal-usul Nunchaku

Filem 'Enter The Dragon', sekadar meneruskan kesinambungan 'legasi' nunchaku Bruce Lee.
Mengikut kisah mitos lagenda, kita telah diberitahu bahawa kewujudan nunchaku berasal dari  ‘mencambuk beras’ yang telah ditukar oleh petani Jepun menjadi senjata maut untuk melawan pejuang samurai. Mitos ini bagaimanapun, adalah tidak betul, sebenarnya nunchaku bukanlah senjata dari bangsa Jepun, ia juga tidak pernah digunakan sebagai memukul padi, ia juga tidak dibangunkan oleh penduduk kampung dan ia tidak pernah digunakan terhadap samurai.

Nama nunchaku berasal dari pecahan suku kata ; 'Nu-n-cha-ku'. Seperti yang kita tahu, nunchaku berasal dari Okinawa (Uchina), hari ini sebahagian daripada Jepun. Okinawa terletak hampir pertengahan antara Taiwan dan Jepun ‘tanah besar’, dan ianya adalah pulau terbesar di kepulauan Ryukyu (harfiah ‘tali’), 650 batu terletak diantara pulau-pulau kecil di selatan Jepun dan Taiwan.

Okinawa hari ini sudah menjadi sebahagian daripada Jepun, tetapi orang Okinawa itu sendiri tidak memperakui bahawa mereka adalah bangsa  Jepun. Mereka juga mempunyai budaya dan bahasa mereka sendiri, walaupun kedua-duanya perkara itu telah secara perlahan-lahan ‘dilenyapkan’ oleh kerajaan Jepun. Bahasa Jepun tidak sedikit pun mengandungi satu perkataan untuk nunchaku.


Pertarungan nunchaku antara Bruce Lee dan Danny Inosanto adalah pertarungan yang paling diingati dalam filem 'Game of Death'.
Apabila seseorang itu hendak menulis nunchaku didalam bahasa Jepun, maka dia perlu menulis dengan menggunakan abjad suku kata / fonetik yang digunakan dalam bahasa Jepun.  Untuk menulis nunchaku anda perlu menulis seperti perkataan asing dan pinjaman, umpamanya suku kata ‘nu-n- cha-ku ‘. Atau sebaliknya, anda boleh menggunakan aksara Cina bagi ‘kayu dua ahli’ (‘double baton’), yang disebut ‘Shuang jie gun’ dalam bahasa Cina, ‘nun cha kun’ oleh orang Okinawa dan ‘begitu setsu kon’ dalam bahasa Jepun.

Persoalannya sekarang, adakah jelas nunchaku ini berasal dari Jepun atau sebaliknya? Apakah babak pertarungan Bruce Lee dalam filem ‘Fist of Fury’ melawan pejuang samurai itu adalah simbolik pada mitos berkenaan atau benarkah nunchaku ini berasal dari bangsa Cina atau India, kemungkinan dari Filipina mahupun Korea? Untuk menjawab persoalan itu, kita akan ‘siasat’ misteri ini melalui melalui beberapa catatan sejarah tentang nunchaku pada keluaran akan datang...

Tahukah Anda, Apakah Sebaik-Baik Wangian Yang Terbaik Di Dunia?


Adakah anda masih tercari-cari wangian yang terbaik untuk dipakai pada diri anda? Sejak azali lagi pelbagai minyak wangi telah pun di cipta dan di keluarkan oleh umat manusia. Namun, ianya hanya bersifat sementara dan kurang khasiatnya. Sebutlah jenama apa-apa keluaran antarabangsa sekalipun tidak mampu kekal dan memberi manfaat yang baik buat pemakainya.

Oleh itu, cadangan yang terbaik mengikut pandangan saya buat anda yang suka dengan haruman, carilah haruman yang disukai oleh para malaikat. Haruman itu ialah haruman wangian minyak kasturi. Haruman wangian kasturi amat sesuai untuk membersih dan memulihkan aura diri selain memberikan kekuatan serta kesihatan mental, fizikal, emosi, rohani dan jasmani. Insya-Allah dengan izin-Nya.

Selain itu, berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutama Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah r.a dan para ahli perubatan Islam mengesahkan kasturi mempunyai banyak khasiat. Paling ketara ialah minyak kasturi boleh memberi kekuatan pada rohani pemakainya. Untuk makluman, haruman adalah untuk santapan rohani, manakala kasturi adalah sebaik-baik haruman. Mencium kasturi boleh menenangkan roh. Justeru itu, janganlah kita menyeksa roh kita sendiri dengan menghidu bau-bau yang kurang enak dan busuk.

Di samping itu, janganlah kita lupa kewajipan kita bersolat, meninggalkan amalan zikir dan membaca Al-quran. Amalan-amalan ini merupakan santapan roh yang hakiki bagi memperkuatkan dan meningkatkan keimanan kita. Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi  adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w,
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”
(Hadis Riwayat Muslim)



Kebaikan Memakai Minyak Wangian Kasturi
1.   Menenangkan Jiwa
2.   Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
3.   Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
4.   Menghilangkan debaran jantung
5.   Menghilangkan Sesak Nafas
6.   Melegakan Lelah (Asma)
7.   Menyedarkan orang yang pengsan
8.   Memperkuatkan organ luaran tubuh
9.   Memperkuatkan organ dalaman tubuh
10. Menghilangkan rasa gementar
11. Menghilangkan sejuk tubuh
12. Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
13. Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
14. Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
15. Menjernihkan mata putih pada mata
16. Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
17. Mencegah wabak penyakit
18. Melanjutkan usia
19. Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu kuncunya.

Menurut Imam Syafie r.a. bahawa, antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum seperti kasturi.
Sumber: Madrasah Darul Atiq



Kasturi Minyak Wangi Kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.
Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,
"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,
"Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".

Nabi Muhammad bersabda :
“Sesiapa dipelawa wangian, janganlah menolaknya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah misk/kasturi.”
(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

Dalam ertikata lain, tiada lagi yang terbaik daripada yang terbaik melainkan terbaik belaka, kerana segala kata-kata Rasulullah s.a.w itu benar belaka. Oleh itu, wangian yang terbaik dikalangan wangi adalah kasturi.

Bagaimana Nak Memilikinya?
Senang sahaja, hubungi nombor telefon yang tertera di bawah jika ingin membelinya dengan kadar harga yang berpatutan.

1 BOTOL = RM15
3 BOTOL = RM45
5 BOTOL = RM70

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila SMS atau TELEFON 017-3325657

Friday, December 28, 2012

Scott Adkins Gemarkan Aksi Ganas!


Scott Adkins! Mungkin ramai dikalangan peminat di Malaysia masih asing tentang pelakon aksi seni beladiri ini. Bagi yang ‘hardcore’ berkenaan filem seni beladiri mungkin mengenalinya. Ada yang mengenali dengan nama ‘Yuri Boyka’, ada juga mengingatinya dalam filem ‘Ninja’. Sebenarnya tanpa kita sedar beliau telah pun berjaya menghasilkan banyak babak pertarungan untuk filem-filem ‘box-office’ Hollywood sebagai ‘body-double’ atau ‘stunt-double’. Antaranya dalam ‘X-Men Origin – Wolverine’.  Boleh dikatakan, jika di Hollywood, beliau adalah hero baru bagi filem seni beladiri selepas Jean Claude Van Damme, Steven Seagal, Dolph Lundgren, Wesley Snipes, Mark Dacascos atau Jeff Speakman. Ikuti perbualannya yang dirakamkan oleh laman web CraveOnline.com

Babak pertarungan filem sebelum ini, tidak sama dengan watak John. Adakah mereka kekok untuk beraksi sebagai pelakon seni beladiri?
Ya, mereka sebenarnya bukan seorang ‘fighter’ yang terlatih khas untuk sesebuah filem. Mereka mempunyai kemahiran tetapi mereka tidak sedar bahawa kemahirannya itu hanya sesuai untuk keadaan realiti bukan di dalam cinematografi. Babak pertarungan awal bersama Andrei [Arlovski] adalah tidak ubah seperti adegan cemas sebuah filem seram, tidak  lebih dari itu. Saya suka cara watak John [Hyams] difilemkan melalui sekuel pertarungan. Kemunculannya dengan tersendiri menjadikan jalan cerita begitu menarik. Dia datang dan musnahkannya!

Bagaimana rasanya apabila sessi koreografing tidak menggunakan langsung cara anda berlawan?
Anda tahu subjek cerita ini? “Anda tidak perlu berikan apa-apa yang sepatutnya anda patut buat, dia (John) hanya orang biasa, tiada kemahiran dan berlawan semata-mata untuk terus hidup.” Maksud saya, dalam cerita ini dia hanya perlu tumbuk, lalu dia tunduk atau elak dan cuba keluar dari bahaya sesuatu serangan yang datang. Ianya lebih kepada kaedah pemusnahan, itu cara berlawannya. Apa yang penting hanyalah, dia boleh pukul, hentak dan musnahkan lawan dengan mudah tanpa seni.



Mahukah anda, jika watak John dibuat semula, jika anda berpeluang nanti?
Ianya perkara ‘subjektif’. Dalam pertarungan kedua dengan Andrei, sekali lagi dia terpaksa berlawan dengan kaedah yang sama. Cuma sepatutnya, kita boleh gunakan kaedah pertarungan dalam ‘Matrix’, contohnya, “apabila dia ada peluang untuk melepaskan diri, dia boleh berkata begini; patutkah aku lari? Tidak! Saya akan cuba kalahkan ejen Smith.” Disebabkan perkara itu saya tercedera. Sebelum penggambaran filem ini saya sudah tercedera di bahagian ligamen ACL, enam minggu saya menderita. Empat bulan sebelumnya, saya masih tidak boleh berjalan dengan betul. Kebetulan filem ini tidak memerlukan kaedah tendangan yang sepatutnya saya buat, tetapi ianya bukan menjadi kegemaran saya untuk melakukannya kerana saya lebih gemar melakukan teknik-teknik yang sukar orang lain buat. Ianya lebih kepada bentuk bergaduh semata-mata.

Apa pandangan anda tentang konsep filem-filem ganas?
Pada tahun 80an, filem sebegini banyak dihasilkan dan impaknya mempengaruhi dunia perfileman merata tempat. Ianya mengingatkan saya pada filem-filem seperti ‘Robocop’ dan ‘Total Recall’ atau ‘Comando’. Ianya memang kategori filem hiburan yang ‘ganas’. Sememangnya saya gemarkan membuat filem-filem berunsur cabaran yang kental dan ganas, tetapi tidak itu bermakna saya ni orang ‘jahat’. Saya membesar dengan filem-filem sedemikian. Ayah saya selalu mainkan filem ‘Rambo’ dan kami selalu tontonnya bersama-sama. Saya akui, ianya tidak menjejaskan moral saya dan saya hargai apa yang ditonton selain dapat saya jadikan sempadan.

Anda ada terlibat untuk filem berbentuk kekeluargaan, bukan?
Yeah! Dengan Dolph Lundgren. Saya cuba memenuhi selera peminat semua tetapi secara peribadinya saya lebih cenderung membuat filem berunsur yang saya gemar. Saya cuba menonjolkan pelbagai watak seperti John dalam filem tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap gemarkan pertarungan ganas. Kenapa? Cuba tengok filem ‘The Raid’ (Iko Uwais), ianya begitu menghiburkan, ada elemen kejutan, apabila tiba-tiba seseorang dikelar lehernya, perkara yang sebegini yang saya mahukan. Apabila seseorang keluar dari panggung mereka akan puas dan berkata, ‘Whoa!’ jika itu berlaku, maknanya filem itu berjaya.



Sekiranya anda membuat filem seni beladiri yang ’brutal’, adakah barisan pelakonnya mungkin hanya rakan-rakan rapat sahaja?
Tidak semestinya, jika filem itu memerlukan keseluruhan kepakaran beladiri, saya kata ya, jika bukan secara keseluruhan ia sebaliknya.

Tidakkah anda terfikir untuk membuat filem-filem seperti Jackie Chan, yang tidak terlalu ganas?
Sekiranya terlalu banyak sangat filem yang perlu saya buat, kemungkinan ya.

Pernahkah anda melalui saat-saat mengecewakan disebabkan kecederaan yang dialami sewaktu menjalani penggambaran?
Pernah. Ianya memang teruk, kerana sebelum ini saya buat tiga filem berturut-turut tidak pernah dapat kecederaan. Ketiga-tiga filem itu ialah ‘Universal Soldier’, ‘El Gringo’ dan The Expendables’. Sebenarnya masa menjalani penggambaran filem ‘Expendables’ lutut saya dah mula bermasalah, waktu itu berlaku di Bulgaria pada musim sejuk.  Memang-memang menyusahkan, maka terpaksa buat surgeri dan atas nasihat saya perlu berehat dan tidak terlalu bebankan lutut tersebut. Mereka mula berkata, “awak tidak boleh beraksi 100% dalam 9 bulan ini. Disebabkan itu, saya terlepas untuk membuat satu lagi filem aksi termasuk berehat daripada melakukan aktiviti seni beladiri.



Akan ada perubahan cara kamu berlawan pada masa akan datang?
Tidak mungkin...

Bagus! Sebagai seorang profesional, apakah langkah untuk anda mengelak dari perkara ini berulang?
Saya benar-benar bernasib baik, secara jujur saya katakan... apabila umur kita meningkat, maka apa yang belum pernah kita rasai akan menghampiri kita. Oleh itu, kita perlu berhati-hati. Jika kita lalai, maka tiada gunanya usaha kita yang terdahulu apabila berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang dikecapi sekarang hilang sekelip mata dengan begitu sahaja. Untuk mengekalkan apa yang dikecapi sekarang, saya perlu bijak menyusun teknik latihan supaya tidak tercedera dan memantapkan lagi kemahiran.

Apa yang anda lakukan jika sedang dalam proses pemulihan dari kecederaan?
Saya akan cuba mengekalkan momentum dalam kaedah yang berbeza. Sebagai contoh, saya boleh tumpu latihan saya otot bahagian atas badan dan lain-lain, tetapi sebaiknya saya perlu berehat dan berehat. Selain itu, pemakanan juga perlu dijaga dan dikawal serta ‘membenarkan’ berat badan saya naik sedikit. Bila dah sembuh saya akan bertenaga kembali dan mendapatkan kembali ke bentuk asal.



Apakah perancangan seterusnya untuk ‘Undisputed 4’?
Skrip memang sudah ada ditangan, dan saya harap dapat dilakukan pada tahun hadapan. Segalanya bukan bergantung pada saya seorang sahaja...

Adakah pengakhirannya kembali semula ke penjara?
Tidak. Boyka keluar dari penjara. Pada pendapat saya tajuk ini barus ditukar dengan nama ‘Boyka : Undisputed 4’, sebabnya latar belakang cerita ini tidak lagi dipenjara. Ianya menceritakan latar hidup Boyka pula.

Bagus... sama seperti ‘First Blood’ disambung ke sekuel kedua dengan tajuk ‘Rambo’, sebabnya karakter tersebut sudah mula ‘besar’ daripada tajuknya.
Betul tu... saya rasa ramai orang (penonton) sudah tahu karekter Boyka dengan lebih dekat, jadi tidak salah kalau tajuknya diubah menjadi ‘Boyka : Undisputed 4’.



Adakah anda telah mendapat gambaran bentuk pertarungan bakal dipamerkan dan siapa lawan yang secocok untuk filem itu nanti?
Belum lagi. Saya perlu dapat lampu hijau dulu dan baru saya mulakan. Saya sudah dapat gambaran siapa yang terpilih dan layak untuk sekuel kali ini, tetapi saya tidak mahu beritahu lagi.

Filem seterusnya ialah ‘Zero Dark Thirty’ dan ‘Tomb of the Dragon’?
Yup, termasuk ‘Re-Kill’.

Apa yang anda boleh beritahu tentang filem lakonan anda yang akan datang?
Ianya satu pengalaman bagus dan baru dapat berkerjasama dengan Kathryn Bigelow dalam Zero Dark Thirty’.



Sebagai pelakon, adakah anda rasa diri ini sudah boleh melangkah jauh dalam bidang ini?
Tidak seperti yang diduga. Anda dapat berkerjasama dengan seorang pengarah dedikasi, pemenang filem oskar sebagai pengarah terbaik. Berbesar hati dapat bersamanya. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam mengarah, yang akan membuatkan para pelakon selesa dan tenang berlakon, banyak memberi tunjuk ajar, dan anda akan merasakan segalanya seperti semuanya berasal dari buah fikiran anda sendiri. Tidak semua pengarah yang baik dapat berbuat demikian. Cara beliau memberi arahan dan bercakap juga dengan lemah lembut dan budi pekerti. Itulah pengalaman yang menggembirakan dan teruja dibuatnya kerana menjadi sebahagian projek itu. Tomb of the Dragon’, seperti yang anda katakan sebagai ‘filem keluarga’, turut banyak menggunakan elemen CGI, itu antara pengalaman saya yang hebat.

Tetapi ianya masih sebuah filem berbentuk ‘cabaran’?
Itu yang saya harapkan. Dalamnya ada elemen filem ‘Jaws’, ada sedikit-sedikit seperti ‘Indiana Jones’, apa-apa nanti anda lihat sendiri. Ianya memang menyeronokkan kerana ianya berlata-rbelakangkan di China. Mereka mempunyai tukang-tukang pereka set yang hebat, memang menakjubkan studio filem di Beijing. Tempatnya besar dan luas, saya fikir ianya lebih besar daripada studio-studio yang ada di barat. Tambahan pula, di China semuanya murah berbanding barat. Saya dengar, filem ‘Avatar’ pun pernah menggunakan studio ini.

Dan filem ‘Re-Kill...?
Ianya sebuah cerita kepolisan. Sama seperti drama episod polis.

Wednesday, December 26, 2012

Selepas 'The Expendables 3' Jackie Chan Bersara?


PELAKON aksi tersohor dunia, Jackie Chan mengesahkan akan terlibat bersama teraju utama filem aksi francais ‘Expendables’ iaitu Sylvester Stallone untuk projek ‘Expendables 3’ jika berpandukan pada olahan skrip awalnya. Jackie Chan berkata demikian dalam sidang akhbar ‘CZ12’ (Chinesse Zodiac 12) di Kuala Lumpur, pada 17 Disember 2012 baru-baru ini.

“Sly ada mengundang saya sejak pembikinan ‘Expendables 2’ yang lepas tetapi saya tidak dapat menerima pelawaan tersebut sebab saya terlalu sibuk dengan pembikinan filem saya iaitu ‘CZ12’ dan bimbang tidak dapat memberi komitmen untuk filemnya nanti. Sly menerimanya tetapi dia tetap mahukan saya terlibat dalam projek yang seterusnya. Dia menaruh harapan saya dapat menyertainya dalam sekuel yang ketiga nanti dan saya bersetuju dengan syarat saya tampil sebagai watak kecil dalam beberapa babak sahaja,” jelas Jackie Chan.


Jackie menambah, Sly berharap filem francaisnya ini akan dibintangi oleh ‘kawan-kawan’ filem aksi dunia.  Buat masa sekarang skripnya masih dalam kerja-kerja pengolahan kriteria.

Selain ‘Expendable 3’, Jackie turut terlibat dalam menjayakan sebuah lagi filem francais Hollywood untuk tahun depan. Filem tersebut bakal dilaksanakan sama seperti filem sekuel ‘Rush Hour’, yang mana Jackie akan bergandingan dengan bintang barat seperti Chris Tucker (Rush Hour) dan Owen Wilson (Shanghai Noon & Knight). Tajuk projek filem tersebut setakat ini ialah ‘Skip Tracer’.


 “Buat masa ini, skrip tersebut turut diteliti oleh Chris Tucker. Secara peribadi, saya rasa jika dia menerimanya, adalah lebih kami teruskan dalam ‘Rush Hour 4’ tetapi saya tidak fikir ketiga-tiga sekuel filem tersebut sudah menjadi penamat yang sempurna buat kami berdua. Ada lebih baik jika saya dapat bermula dengan seseorang dengan sesuatu yang baru,” ujarnya.

Dalam masa yang sama pada tahun 2013, filem ‘Police Story 2013’ akan menemui peminat dipawagam selain filem berbentuk muzikal bertajuk ‘I Am Jackie Chan’ yang pembikinannya dilakukan dalam tahun yang sama. Namun begitu, Jackie mengesahkan beliau tidak berlakon untuk filem berkenaan, sebaliknya dia sedang mencari watak pelakon cilik untuk memainkan peranannya ketika beliau masa kanak-kanak.


Disebabkan kesibukan yang memanjang, Jackie Chan membuat pengumuman ‘CZ12’ adalah filem aksi terakhir lakonannya. Pengumuman itu telah mengejutkan hadirin yang hadir, namun, Jackie menjelaskan memang beliau ada niat untuk bersara setelah tamat segala pembikinan filemnya. Walaupun begitu, Jackie menyakinkan pada peminatnya, tidak mungkin dia akan bersara begitu sahaja kerana filem aksi sudah menjadi darah dagingnya.

Katanya lagi, “apa yang boleh saya lakukan lagi jika saya berhenti membikin filem aksi? Kenapa perlu saya berhenti? Kesinambungan maksud saya berhubung pengumuman tadi adalah, ‘CZ12’ ialah filem aksi ‘besar’ saya yang terakhir. Saya tidak mahu lakukan lagi aksi-aksi berbahaya lagak ngeri dengan sendiri sekarang, dan saya akan gunakan teknologi CG efek pada masa depan buat filem-filem saya. Untuk berhenti atau bersara? Tidak sekali-kali...

EP6 : Panduan Beladiri Wanita : JENIS-JENIS SENJATA PENJENAYAH


JENIS-JENIS SENJATA PENJENAYAH
Beberapa jenis senjata yang sering diguna-pakai oleh penjenayah untuk melancarkan aktiviti mereka. Ianya sudah tentu senjata api dan senjata tajam menjadi pilihan yang boleh menakutkan semua mangsa dan memudaratkannya. Apakah jenis-jenis senjata api dan tajam itu yang menjadi pilihan penjenayah ini?

Jenis-Jenis Senjata Api
Dalam dunia globalisasi ini sekarang, segala permintaan dan niat akan mudah ’dimakbul’ atau ditunaikan. Perlukan sedikit ’kekuasaan’, jika itu dipenuhi segala hajat akan tercapai.’kekuasaan’ yang dimaksudkan itu adalah wang ringgit!

Untuk memiliki senjata api sekarang tidak sukar sama ada secara sah atau haram. Itu merupakan antara punca senjata api mudah dimiliki. Kadang-kala bukan senjata yang tulen tetapi sudah cukup boleh menipu dan menakut-nakutkan kita. Apa tidaknya, ia melibatkan nyawa dan masa depan.

Walau apapun jenisnya, ianya tetap berbahaya kepada makhluk hidup kerana ia direka cipta untuk tujuan membunuh. Jika anda bercadang untuk membeli senjata api, senantiasa ingatlah bahawa ianya direka bentuk untuk menembak sasaran pada jarak jauh dan dekat, jangan kita pula menjadi sasaran.


Berikut adalah senarai atau jenis-jenis senjata api yang sering digunakan untuk tujuan jenayah;-

a.   Handguns – Senjata api jarak dekat
Kegunaan : perlindungan peribadi.

b.   Shotguns – Senjata api jarak dekat
Kegunaan : acara sukan & pemburuan kecil.

c.   Sub-machine guns – Senjata api jarak sederhana
Kegunaan : operasi ketenteraan sahaja

d.   Rifles – Senjata api jarak jauh
Kegunaan : pemburuan sasaran yang lebih besar dan pertandingan

Jenis-Jenis Senjata Tajam
Sebelum saya dan anda dilahirkan lagi penggunaan senjata-senjata telah berabad lamanya diperkenalkan. Kewujudannya lebih awal berbanding senjata api kerana pada itu penggunaan senjata api tercetus selepas bahan letupan berjaya dicipta. Ketika itu barulah revolusi senjata pun bermula.


Terdahulu senjata tajam menjadi ejen atau pilihan muktamad dalam membela diri, memburu, membunuh dan lambang kekuasaan buat seseorang atau kerajaan. Untuk pengetahuan, senjata tajam terbahagi kepada dua, iaitu senjata tajam pendek dan senjata tajam panjang.

a.   Senjata Tajam Pendek
     Pisau, Kerambit, Tumbuk Lada, Tekpi, Keris dan lain-lain.

b.   Senjata Tajam Panjang
     Parang, Pedang, Lembing dan lain-lain.

Melihat jenis-jenis senjata tajam dipaparkan disini sebenarnya, senjata tajam menjadi pilihan penjenayah dan kerap diguna dalam operasi ’jahat’ mereka. Ini kerana ianya senang didapati seperti pisau dan parang.

Pisau disini kita boleh lihat dari sudut jenisnya seperti pisau lipat, pisau cukur, pisau pemotong daging, pisau komersil dan konversional. Pisau bersifat kecil dan tersembunyi serta tidak mudah dikesan kerana boleh disembunyi dimana-mana. Ia juga senang dikendalikan, mudah, cepat dan pantas ketika menyerang.

Berbeza pula dengan parang, walaupun turut menjadi kegemaran para penjenayah tetapi sifat bentuk fizikalnya membataskan pergerakannya ketika melakukan aktiviti jenayah terutama pada waktu siang dan di tempat awam. Walau bagaimanapun, keberkesanannya tidak pernah diragui kerana kerap kali menemui sasaran dan boleh membawa maut pada mangsa!


Jenis-Jenis Senjata Tumpul
Sebelum terbentuknya senjata-senjata tajam seperti parang, pisau, tombak atau lembing, manusia membina senjata-senjata bertujuan untuk memburu atau mempertahankan diri dengan menggunakan asas alam semulajadi seperti kayu dan batu. Semuanya itu sebelum sumber logam atau besi dijadikan sumber utama membina senjata.

Senjata yang terbentuk melalui sumber asas seperti kayu, rotan, akar atau kulit kayu dan batu lebih menjurus pada perbuatan membela diri kerana sifatnya yang tumpul, senyap dan tidak membahaya. Sekiranya diguna dengan sepenuh tenaga ianya boleh menyakitkan  dan memudaratkan.

Bagi saya senjata tumpul ini wajar dimiliki dan dipelajari kegunaannya oleh anda bagi tujuan membela diri. Contoh-contoh senjata tumpul yang boleh dimiliki seperti tongkat panjang dan pendek. Saya sudi mengajar anda kerana kebanyakkan senjata tumpul bukan menjadi pilihan penjenayah!

*sila rujuk pada ruang teknik senjata pada keluaran terbaru nanti.

Pada keluaran akan datang, akan dibincangkan dan dikongsi bersama dengan topik yang lain pula. Sila ikuti sambungan artikel ini pada keluaran keluaran minggu depan dalam EP7 : Panduan Beladiri Wanita : PUNCA-PUNCA JENAYAH, Insya-Allah ;-)

Tuesday, December 25, 2012

EP5 : Panduan Beladiri Wanita : JENAYAH KEJAM & GANAS

”Atas sokongan para sahabatku di facebook, artikel ’Panduan Beladiri Wanita’ ini akan saya terbitkan 3 kali setiap minggu... terima kasih atas dorongan dan semangat untuk menerbitkan naskhah ini supaya dapat dikongsi bersama buat para pembaca artikel diblog saya ini, moga-moga ianya dapat memberi manfaat yang berguna buat semua. Sekian, terima kasih. Selamat Membaca Sambil Menimba Ilmu...”


Apa itu Jenayah Kejam dan Ganas?
Jenayah Kejam dan Ganas lebih menjurus kepada perbuatan kasar melalui serangan atau tindakan yang melibatkan kecelakaan pada fizikal dan melibatkan kehilangan dan rampasan barang serta wang ringgit atau pecah masuk premis. Jenayah kategori ini adalah lebih berat berbanding Jenayah Harta Benda seperti rompakan, kecurian dan pecah premis kerana ianya melibatkan dua aktiviti dalam satu masa seperti ragut.

Apa itu Bunuh?
Pengertian bunuh adalah menghentikan kehidupan seseorang atau makhluk yang dilakukan oleh individu ke atas individu lain sama ada dengan izin atau tanpa kerelaannya, sengaja atau tidak sengaja.

Di Malaysia, kes pembunuhan jelas berlaku tanpa mengenal usia, jantina, agama atau bangsa dan taraf kehidupan. Semua diancam bahaya yang sama tidak kira motif kes yang akan berlaku baik perkara kecil atau besar.

Secara purata setiap pembunuhan yang berlaku di Malaysia lapan per sepuluhnya berlaku dengan penggunaan senjata. Setiap satu daripada dua pembunuhan berlaku secara kejam dan ganas!

Oleh itu, jika anda menyangka kaum lelaki yang kerap mencetuskan permasalahan ini akan menjadi mangsa tertinggi adalah silap. Kini kaum wanita turut tidak terkecuali dan kerap terdedah pada bahaya ini. Wahai golongan hawa! Persiapkan diri anda untuk berdepan ancaman ini yang tidak dijangka dengan ilmu bela diri!


Apa itu Ragut?
Ragut bermaksud menyentak atau merampas sesuatu benda tanpa keizinan pemilik dan melarikannya. Kalau dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut yang dilabel sebagai Jenayah Harta Benda biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas.

Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia dan telah dikategorikan sebagai Jenayah Fizikal yang Kejam dan Ganas!

Walaupun kaum lelaki ada juga menjadi mangsa ragut tetapi jumlahnya adalah sedikit jika dibandingkan dengan kejadian ragut dikalangan wanita. Wahai para wanita, berhati-hatilah!!! Bagaimana untuk anda mencegahnya. Terdapat dua cara iaitu informasi dan bela diri.

Setiap masalah pasti ada pencegahannya, mungkin anda sendiri boleh menambah mana yang patut daripada senarai tips di bawah bagi menggelakkan anda menjadi mangsa seterusnya kes ragut. Tips elak jadi mangsa ragut, antaranya;-


a.   Letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

b.   Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

c.   Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.

d.   Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

e.   Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

f.    Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

g.   Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

h.   Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

i.     Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

j.    Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.

Pada keluaran akan datang, saya akan bincang dan kongsikan bersama anda dengan lebih mendalam lagi untuk isu-isu jenayah yang lain. Sila ikuti sambungan artikel ini pada keluaran keluaran seterusnya dalam EP6 : Panduan Beladiri Wanita : JENIS-JENIS SENJATA PENJENAYAH, Insya-Allah ;-)