Sunday, July 21, 2013

Kanser Kali Kedua, Penamat Karier Tito Vilanova...


As-Salam Buat Semua,

TERGEZUT jugak ABG J.A.M tentang musibah yang menimpa ketua jurulatih FC Barcelona seperti yang diumumkan dalam berita tempatan kita... kesian dia... kena kanser kali kedua setelah baru pulih baru-baru ini... ABG J.A.M yang jugak PEMINAT MATI KERAS (die hard fans) Barça, menyatakan sokongan moga Tito Vilanova cepat sembuh walaupun dia bukan coach lagi untuk FCB. Tempat beliau akan diganti oleh orang lain... Sayang! Lepas kehilangan Pep Guardiola, kini Tito pulak... KONPEM la dia tak turun MALAYSIA nanti... huhuhu... SADIS2... Cadangan ABG J.A.M pengganti yang sesuai buat masa ini yang KU nampak ialah Johan Cryuff... orang yang memperkenalkan sistem permainan 'Total Football' pada Barça dan diadaptasi serta disempurnakan oleh Pep Guardiola sehingga menjadikan Barça kelab terbaik dunia... YESZAAA... Viva Barça!

Berikut adalah petikan kenyataan daripada presiden kelab FC Barcelona berhubung musibah yang menimpa Tito Vilanova :-


"...Presiden Sandro Rosell mengumumkan petang semalam bahawa pengurus Catalan itu tidak akan terus di FC Barcelona kerana terpaksa menerima rawatan berterusan ketika proses pemulihan... Pasukan juga tidak akan pergi ke Poland pada hari Sabtu ini untuk perlawanan persahabatan... Tarikhnya akan dipinda kemudian..."


"...Menutup sidang akhbar, Presiden Rosell menjelaskan: "hidup mesti diteruskan. Jelas ini merupakan satu tamparan yang sukar untuk kita terima, tetapi Barça telah mengalami banyak 'pukulan' dalam sejarah kita dan kita sentiasa berjaya mengatasinya dengan kejayaan. Tiada apa yang berbeza ", sambil menambah, saya meminta anda semua untuk memahami - berfikir dan mengambil berat pada orang yang berjasa pada kelab dan kemudian barulah bercerita tentang Kelab..." Ni ABG J.A.M plakk yang tambah, "MES QUE UN CLUB" (more than club - motto FC Barcelona)


"... Antara akbhar-akhbar di sekitar Sepanyol, Itali, Perancis dan Sekitar Eropah yang menyatakan sokongan terhadap Tito Vilanova..." Get Well Soon TITO!!!!