Saturday, August 31, 2013

Seni Silat Sendeng Malaysia : Falsafah & Konsep Seni Silat Sendeng – Pergerakan Relatif dan Hidup (Bahagian 4)

"...Bertemu kembali dalam kolum ini... Keluaran sebelum ini dalam bahagian ke-3. ABG JAM kemukakan falsafah dan konsep seni silat sendeng dalam konteks pembelajaran 'mendahului serangan'. Untuk informasi seterusnya ABG JAM dedahkan kepada umum tentang konsep dan falsafah seni silat sendeng dalam konteks pembelajaran 'pergerakan relatif dan hidup.' Disamping itu dibekalkan sedikit falsafah berkaitan 'praktikal' bagi yang cuba memahami da mempelajari keberkesanannya..."

Pergerakan Relatif
Sendeng dalam erti kata lain juga bermaksud ialah sandar. Pukulan Sendeng yang dilakukan secara lazimnya menyandar atau menumpang kepada kekuatan, kelajuan, kemarahan dan kemaraan pihak lawan.

Falsafah Sendeng berbunyi 'cepat datang cepat pula jatuh, besar yang datang besar perginya'. Falsafah ini mengariskan konsep di dalam Seni Silat Sendeng di mana pesilat membela diri secara relatif dengan menggunakan kekuatan dan kepantasan pihak lawan.

Terdapat juga falsafah Sendeng yang berbunyi "Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati. Dia datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia sepikul."



Pergerakan Yang Hidup
Di dalam Seni Silat Sendeng setiap teknik pergerakan adalah hidup seperti falsafah yang berbunyi 'tangan itu yang menumbuk dan tangan itu juga yang menepis'. Setiap serangan yang dimulakan ianya akan berlapis-lapis sebab pesilat sendeng dilatih melakukan dua kerja serentak.

Falsafah Sendeng menekan pergerakan yang hidup "Ada datang ada pergi, ada hidup ada mati, ada sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya, ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci ada pembukanya."

Praktikal
Teknik beladiri di dalam Seni Silat Sendeng lebih menekankan kepada cirri-ciri praktikal dan keberkesanan. Ini digambarkan oleh falsafah yang berbunyi "Sendeng itu permainannya buruk tetapi kenanya bonyok. Pukulnya hodoh, kena lodoh." dan "Pukul sendeng datangnya tak tegak tetapi kenanya tepat."

...BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 5...

Friday, August 30, 2013

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat (Bahagian 3)


...SALAM MULIA & BERKAT...
"...Bertemu kembali pada hari jumaat ini... Pada minggu lepas ABG JAM berkongsi dengan ENTE2 semua tentang informasi berkenaan hari jumaat. Kini dah masuk bahagian ketiga... ALRITE!!! Sebelum ini ENTE2 sekalian dah tau apa itu hari jumaat atau siapa yang mulakannya... Hari jumaat juga ABG JAM ada bagitau adalah 'hari pernikahan' dan 'hari perhimpunan serta perpaduan'. Kali ni ABG JAM nak berkongsi dengan ENTE2 sekalian bahawa hari jumaat juga dikenali juga sebagai 'hari perayaan'. Apakah itu 'Hari Perayaan' dalam kehidupan umat Islam di hari jumaat?..."

HARI PERAYAAN DALAM ISLAM
TERDAPAT tiga bangsa umat yang mempunyai hari raya mingguan! Bangsa umat itu ialah Yahudi, Nasrani dan Muslim. Pada mulanya Allah S.W.T memerintahkan kesemua bangsa ini menjadikan hari raya mingguan itu pada hari jumaat. Namun begitu, kaum Yahudi memilih hari sabtu dan Nasrani memilih hari ahad. Kaum Muslim tetap berpegang teguh dengan perintah Allah S.W.T dengan meraikan hari perayaan pada hari jumaat seperti yang ditetapkan. Hari jumaat adalah hari perayaan yang besar fadhilatnya serta banyak kelebihan dan tinggi darjatnya. 

Suatu hadis riwayat Al-Bukhariy daripada Abu Hurairah r.a dalam terjemahannya :

Berkata ia,
"Sabda Rasulullah S.A.W. bermula kami umat Muhammad dibangkit pada akhir masa tetapi didahulukan pada hari kiamat selain daripada itu mereka diberikan kitab terlebih dahulu daripada kami. Kemudian bahawasanya hari jumaat ini ialah hari yang difardhukan oleh keatas sekalian umat. Maka telah berselisih faham mereka itu lalu dipertunjukkan Allah S.W.T kepada umat Muhammad makan kebanyakkan mereka (manusia) mengikut kami untuk merayakan hari jumaat tetapi Yahudi merayakan pada hari hari besok (sabtu) dan Nasrani merayakan pada hari lepas besok (ahad)."

Suatu hadis riwayat Muslim daripada Abi Hurairah r.a :

Berkata ia,
"Sabda Rasulullah S.A.W. telah menyesatkan oleh Allah S.W.T daripada hari jumaat akan mereka yang adalah ia sebelum daripada kami maka adalah kaum Yahudi merayakan, hari sabtu dan kaum Nasrani hari ahad maka Allah S.W.T mendatangkan petunjuk kepada kami merayakan hari jumaat maka Allah menjadikan hari jumaat, sabtu dan ahad itu sebagai hari perayaan. Dan demikianlah sekalian manusia mengikut kami pada hari kiamat bermula kami umat Muhammadiah terakhir bangkit di dunia tetapi yang mendahului hari kiamat dapat hukuman terdahulu daripada manusia."


Dan satu lagi hadis riwayat Anas r.a :

Telah berkata Anas r.a bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W lambat keluar kepada kami pada suatu ketika. Apabila ia keluar, aku pun bertanya kepadanya : "Apakah yang menegah akan dikau lambat keluar atas kami, ya Rasulullah?"

Rasulullah bersabda :
"Jibrail membawa datang kepadaku suatu benda menyerupai cermin yang bersih lagi cerah. Dan ditengah-tengah cermin itu ada satu noktah hitam. Lalu aku bertanya pada Jibrail : "Apakah benda yang hitam ini, ya Jibrail?"

Jibrail menjawab :
"Itulah hari jumaat untuk kebaikan bagi kamu dan umat kamu. Sesungguhnya telah diberi kepada Yahudi dan Nasrani akan hari itu tetapi mereka tidak menerima lalu mereka tersesat jalan dan Allah S.W.T telah memberi hidayat kepada kamu wahai Muhammad."

Dan aku bertanya lagi: "Apakah benda yang hitam ditengah-tengah noktah hitam pada cermin itu, ya Jibrail?"

Jibrail menjawab :
"Ini adalah suatu waktu dimana pada hari jumaat itu tidak akan ditolak sebarang permintaan hambaNya. Maka jika tidak ditunaikan sekarangpun, akan ditunaikan pada hari kiamat atau diangkatkan daripada hamba itu akan balanya."

INSHAALLAH, BERSAMBUNG PADA MINGGU DEPAN...

Thursday, August 29, 2013

Dulu 'R+M' = Real Madrid, Kini Berseteru Ronaldo & Mourinho!


"...ABG JAM nak STORY-MORi siket tentang dua ikon bolasepak dunia nih... sajer2 sambil santai2 nih... Kedua-dua DEPA nih sering menarik perhatian umum, baik diatas padang atau diluar padang... Dulu DEPA satu 'team' sekarang nih dah jadi seteru balik... Mourinho kembali ke Chelsea (ibarat jilat ludah sendiri), Ronaldo kekal di Real Madrid. Apa kesahnyer??? Kesahnya dah tegang sebelum Mourinho keluar dari Real lagi, cuma kebanyakkan 'player' Real bersabor sebab Mourinho masih pengurus mereka... Pergolakkan bermula apabila Iker Casillas digugurkan dari skuad utama, kedua, Ronaldo dipersenda dan ketiga, Mourinho dicop sebagai orang yang merosakkan Real Madrid. Mourinho menunjukkan sikap tidak profesional sewaktu perlawanan terakhir liga musim lalu..."

Real Madrid CF lawan Chelsea FC
Tarikh : 8hb Ogos 2013
Tempat : Loa Angeles, LA, USA
Keputusan : 3 - 1 (Real menang)


NAK dijadikan cerita, ketika ini Mourinho kembali membimbing pasukan 'Coward Chelsea' (bile bertemu FCB sahaja - bermain sistem 'parking bus at the goal') bertemu kembali Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara Antarabangsa di Amerika pada awal bulan ogos ini. Sebelum perlawanan tersebut telah berlaku perang psikologi yang mana Mourinho mengatakan Ronaldo bukan 'Real Ronaldo', merujuk pada bekas pemain terbaik dunia 'Ronaldo Brazil' yang turut bermain untuk Real. Kemudian Cristiano Ronaldo membalas dengan berhemah, "Saya tidak akan menggigit tangan yang pernah menyuap saya".

Sebenarnya bukan Cristiano Ronaldo atau Iker Casillas saja yang bengang dengan Mourinho, boleh kata hampir keseluruhan pemain senior Real Madrid tidak puashati dengan sikap Mourinho yang sering memperlekehkan mereka. Ini termasuk Marcelo, Sergio Ramos atau Pepe. Buktinya, sewaktu pertemuan akhir pada kejohanan tersebut. Gol pertama diraikan oleh Marcelo adalah satu sindiran buat Mourinho. Marcelo berlari memandang ke arah bangku simpanan Chelsea didepan Mourinho dengan isyarat 'Ambik Kau!'. 


Gol kedua dijaringkan Ronaldo turut ditujukan pada Mourinho dengan menunding jarinya kedada kanan tanda dirinya 'Ronaldo' dan jari kirinya kearah logo tanda dia pemain 'Real' sejati. Gol ketiga turut dijaringkan oleh Ronaldo melalui tandukan menutup malam gemilang Ronaldo dan Real serta mesej untuk Mourinho satu kesilapan kerana 'pernah mengatakan dia 'budak degil tak mahu dengar cakap'. Kemenangan Real Madrid mengatasi Chelsea 3-1 itu menutup kritikan Mourinho mengatakan Real bukan kelab sukan tetapi 'politik'. 

Apa yang pasti, Jose Mourinho bukan lagi 'yang teristimewa'. Apa-apapun, musim 2014 nanti dunia bolasepak di Eropah terutamanya berlaku persaingan sengit. Selamat maju jaya buat pengurus baru dengan pasukan barunya. Selain Mourinho, Guardiola turut kembali dengan Bayern, Ancelotti dengan Real, Benitez dengan Napoli atau Moyes pasti merasa bahang dengan memimpin Man.U.

Wednesday, August 28, 2013

Rakaman Suara Untuk Filem KL Tak Gangster a.k.a Abang Long Fadil

"...Akhirnya... Tamat sudah sessi rakaman suara ABG JAM untuk filem KLXGangster arahan Syafiq Ysof pada hari isnin (dua hari lepas). Cuma tinggal 'setting' untuk 'making of...' AJE yang belum buat... Melihat pada hasil awal 'cutting' untuk 'fight-scene' boleh dipuji... Sempat ABG JAM melihat babak aksi pertarungan dan lakonan watak didokong ABG JAM iaitu ISMAEL... Begitu juga dengan aksi-aksi pertarungan lain... Hmmm... sungguh KU tak sangka pengarahnya Syafiq turut berbakat seperti abangnya, Syamsul. Semoga filem ini mendapat perhatian dan berjaya..."

Tarikh : 26hb Ogos 2013
Masa : 11 pagi
Tempat : Skop Production Sdn Bhd

Tuesday, August 27, 2013

Persembahan Silat di Dewan Jubli Perak Kuala Lipis Pahang Darul Makmur

"...Ini merupakan majlis perkahwinan keluargaku sendiri So, ABG JAM mengambil 'tindakan' tidak membuat persembahan silat... Segan bersilat depan keluarga... Ha Ha Ha... Oleh itu, ABG JAM kasi peluang pada anak didik ABG JAM tunjuk bakat dan 'setting' jenis persembahan sendiri... Hmmm... NOT BAD... Boleh punnn.... Tahniah! Lepas ini ABG JAM muleh rest dahhh... Jadi 'Pengurus' persembahan atau jurugambar pulakkk..."

Tarikh : 25 Ogos 2013
Tempat : Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
Masa : 12.30 Tengahari

Friday, August 23, 2013

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat (Bahagian 2)


...Bertemu Kembali...
"...Pada minggu lepas, ABG JAM telah menulis tentang 'Asal-Usul Hari-Hari Dalam Islam'. Untuk bahagian pertama ABG JAM mulakan dengan hari Jumaat. Pada bahagian kedua ini, ABG JAM kupas lagi informasi tentang hari jumaat untuk dikongsikan bersama-sama. Kenapa hari jumaat? Ya, hari jumaat merupakan penghulu segala hari yang patut kita semua ketahui kerana pelbagai peristiwa dan kebaikan yang boleh kita perolehi..."

RASULULLAH S.A.W bertanya kepada Jibril a.s: "Apa yang diperuntukkan kepada umatku? Jibril a.s menjawab: Hari jumaat dan Syurga dihadiakan kepada umatmu semata-mata kerana rahmat Allah."

HARI PERHIMPUNAN DAN PERPADUAN
Jika pertemuan para nabi pada hari jumaat, begitu jugalah Allah S.W.T menjadikan pertemuan umat Muhammad S.A.W pada hari yang sama, iaitu ketika mereka melakukan solat pada hari jumaat. Allah S.W.T mengundang para hamba-Nya untuk bertemu pada hari jumaat.


Pada satu hari, tepatnya pada hari jumaat, ketika Rasulullah S.A.W sedang berkhutbah, tiba-tiba datang Al-Kalabi dari Syam dan dia memukul rebana sebagai petanda kedatangannya. Mendengar rebana itu, maka keluarlah orang ramai yang berada didalam masjid. Tinggal 12 orang sahaja yang mendengar khutbah baginda. 

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: "Sekiranya tidak ada orang yang dua belas ini di dalam masjid, maka sudah pastilah lembah ini dipenuhi dengan api." Apakah perkara yang lain selain perkara yang disebutkan diatas? Jawapannya ialah 'hari perkahwinan' dan 'hari perayaan' dalam Islam.

INSHAALAH, BERSAMBUNG PADA MINGGU HADAPAN...

Thursday, August 22, 2013

Persembahan Silat di Taman Kanagapuram Jalan Klang Lama

"...Seminggu lepas RAYE, seperti biasa ABG JAM menyambung aktiviti persembahan silat yang sememangnya merupakan antara kerja KU selain berlakon dan mengajar silat. Sehari selepas persembahan di Setia City Convention Centre mengadap Sultan dan Menteri Besar Selangor, ABG JAM diundang untuk membuat persembahan di rumah encik Zulkifli bagi meraikan pasangan mempelai anaknya di Taman Kanagapuram, Seksyen 18, Jalan Klang Lama..."

Tarikh : 18 Ogos 2013
Tempat : No.14, Jalan 18/17, Taman Kanagapuram, Seksyen 18,
Off Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya.
Masa : 12.30 tengahari

Wednesday, August 21, 2013

Bersilat Hadapan Sultan dan Menteri Besar Selangor...

 "...Seminggu selepas aksi FCBarcelona Tour Malaysia 2013 berlalu, ABG JAM menyambung kembali aktiviti persembahan silat. Alhamdulillah, atas undangan encik Jalal (JalalKompang), ABG JAM ditugaskan untuk memeriahkan ketibaan pasangan mempelai anak kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor. Segalanya berjalan lancar dan kelihatan Tuanku Sultan cukup senang dan tertarik dengan persembahan ABG JAM... Kui Kui Kui... Puji diri sendiri... Ha Ha Ha..."

Tarikh Majlis : 17 Ogos 2013
Tempat : Setia Alam Convention Centre, Shah Alam, Selangor
Masa : 9.00 Malam

MENYEMBAH DULI... Ampun Tuanku... Kelihatan Tuanku Begitu Fokus Dengan Persembahan Silat KU...

SEMBAH masa bersilat tadi tu sebenarnya KU nak mintak 'permission' eksyen bergambo kat kereta TUANKU... Hahahaha...

Jika TUANKU tak kasi KU bawak kete, KU rembat moto PULISI nih... ok gak... kasi 'modified' sikit cam KAMEN RIDER... hihihihi...

Tunggu masa jer KU nak rembat kete MITSUBISHI LANCER EVO pulis nih... Eh? Evo kar Preve'???

APOCOTTT!!! Bunyi plak kete nih... Haaa... Ni gaya hikmat elakkan tak kene tapi terkono tahap 3... ENTE2 nak tau? KU mengelak kete nih... hebat tak???

Tuesday, August 20, 2013

'...MESSi, NEyMAr & SCOREboarD...'

"...Rasanya dah lame ABG JAM tak menulis dan berkongsi tentang aktiviti atau perihal diri KU ini. Oleh itu, ABG JAM nak kongsikan SAME2 dengan ENTE2 sekalian. Pada sambutan RAYE baru2 nih... ABG JAM pecah tradisi... Tak pernah ABG JAM buat beraye distadium! Nih semua GARE2 tengok bola pasai si FCB Tour to MALAYSIA 2013 lah... Raye pertama kedua di KUALE KANGSAR, raye ketiga di stadium SHAH ALAM, raye keempat raye balik kampungKU di KUALE LIPIS pulakkk... KELASSS tak?... HAMTAM sajalah... Sekali sekala kan... Bukan selalu diorg datang sini... SO, ABG JAM nak kongsikan detik2 gembire ABG JAM masa menyaksikan peristiwa FCBarcelona nih kat stadium tuh... Ada yang kelakar, keciwa dan gembira..."
!!! BERAYE DI STADIUM SHAH ALAM !!!


!!! BERSAME 'NEYMAR MALAYSIA', KAH KAH KAH !!!

STORY-MORI sikit... masa nak balik, cita2 nak bergambar dengan bintang2 dunia... tapi... KECIWA... susah nak dapat... so terjumpe dengan 'legend' bola kite nih... semua kenal kan...

!!! YANG NIH? 'MESSI MALAYSIA', KIH KIH KIH !!!

SAMA gak ceritanya dengan kat atas... lagi sorang 'legend' bola kite... DOLLAH SALLEH, boleh kate dia nih cam MESSI gak masa zaman kegemilangannya... kini menjadi COACH team PAHANG DM... team negeri KEH WEhhhh...

!!! SCOREBOARD oh SCOREboarD !!!

Ini bukan SUPER-IMPOSED atau CGI... atau KONSPIRASI... ini betui2 berlaku... ini bukan COBAANNNN... Gambo goyang sikit masa KU 'captured' gambo nih kat stadium... ambik gambo sambil gelak sakan bersama2 penonton dari JEPUN, SEPANYOL, ARAB, AFRIKA & Mat Saleh...

HHHAAAaaaaa... ini keputusan sebenar... gol yang dijaring oleh Cesc Fabraegas, Neymar Jr. dan Gerard Pique...

!!! PENONTON YANG HADIR? TETAP RAMAI WALAU RAYE !!!

Walaupun masih dihari raye yang ketiga, sebenarnya pertukaran venue perlawanan adalah satu 'kebaikan' kerana ramai peminat dari sekitar Shah Alam, Klang, Damansara, Petaling Jaya dan berdekatan boleh turun... SO, buktinya, lihat foto ini... Dikhabarkan jumlah penonton yang hadir lebih ramai dari penonton perlawanan antara Chelsea dan Harimau Malaya... Ada benar juga... jika tak masa kan ada 'LIVE' kat TV... game Chelsea hari tu xder 'live'...

Saturday, August 17, 2013

Seni Silat Sendeng Malaysia : Falsafah & Konsep Seni Silat Sendeng – Mendahului Serangan (Bahagian 3)


"...ABG JAM nak TELLING U the THRUTH! Ceywaaahhh... SPEAKING pulakkk... Takpe, sekarang tengah belajar bahasa catalan plak... Seni beladiri asing selain silat yang sama falsafah dan konsepnya dengan Silat Sendeng ialah Jeet Kune Do (JKD) Bruce Lee. Cara 'sparring', konsep, falsafah dan permainannya tidak banyak beza dari segi teknik dan pukulan. Bezanya JKD takde 'Seni' itu sahaja..."

Mendahului serangan
Pada masa dahulu pembelajaran Seni Silat Sendeng lebih menumpukan kepada aspek seni beladiri ataupun lebih dikenali sebagai “pukul”. Berdasarkan prinsip, menyerang adalah sebaik-baik belaan, latihan-latihan Seni Silat Sendeng pada ketika itu lebih menjurus kepada memahirkan teknik-teknik mendahului serangan musuh. Prinsip ini diterjemahkan di dalam bentuk teknik beladiri yang 99 peratus menyerang dan 1 peratus menunggu.

Dalam ertikata lain, pesilat sendeng amat jarang menunggu serangan sebaliknya memintas serangan musuh berdasarkan isyarat yang dipamerkan oleh musuh yang bersedia untuk menyerang.

Isyarat ini juga disimpulkan di dalam falsafah yang berbunyi "Dalam terang ada cahaya, dalam kilat ada kilau, dalam seni ada halus, dalam silat ada silau,dalam gayang ada gerak, dalam gerak ada bayang."

Pesilat Sendeng akan dapat mendahului serangan setelah 'masak gerak' iaitu kemahiran untuk mengenal punca punca gerak ataupun ibu gerak samada pergerakan tangan, kaki ataupun mana-mana bahagian tubuh. Secara khusus, pergerakan halus dikenali sebagai gerak manakala pergerakan kasar pula dikenali sebagai gayang.



Bagi membolehkan pesilat sendeng mendahului serangan lawan, beliau perlu memahami konsep ibu pukul serta menguasai teknik memati gerak dan memati pukul. Konsep mendahului serangan diterangkan melalui falsafah yang berbunyi "Gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan aku." Ini bermakna lagi pantas musuh menyerang lagi pantas kita serang.

Dalam keadaan musuh menyerang dengan pantas kita matikan serangannya. Sebab itulah walaupun pada dasarnya pihak lawan cuba menyerang dahulu tetapi pergerakan lawan itu dapat dipintas dan akhirnya pesilat Sendeng yang memukul.

Selain daripada itu, pesilat Sendeng juga perlu mempunyai keberanian dan dapat mengunakan akal yang waras semasa menghadapi sesuatu serangan. Saat menghadapi musuh ini disimpulkan didalam falsafah yang berbunyi 'Gerak, gayang, pantas, berani, berakal'. Gerak dan gayang pada musuh tapi pantas, berani dan berakal pada kita.

Konsep mendahului serangan bertujuan untuk menghapuskan punca ancaman seperti yang ditekankan di dalam falsafah Sendeng yang berbunyi "Yang memukul itulah di pukul, yang menyerang itulah yang diserang, yang menyakitkan itulah yang disakitkan."

Akhirnya, seorang pesilat Sendeng yang telah benar-benar mahir dan memahami konsep mendahului serangan akan mencapai tahap dimana "Penamat belajar mengelak, tak payah mengelak, penamat belajar menepis, tak payah menepis” dan "Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup."

...BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 4...

Friday, August 16, 2013

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat (Bahagian 1)


...ASSALAMUALAIKUM BUAT MUSLIMIN & MUSLIMAT..

"...Pada hari jumaat yang mulia ini ABG JAM ingin berkongsi dengan ENTE2 sekalian tentang pengetahuan ISLAM. Seperti sedia maklum, blog ABG JAM nih bukan sekadar memberi informasi tentang hiburan, sukan atau beladiri sahaja, tetapi ABG JAM selitkan juga informasi berbentuk ISLAMIYAH buat pedoman, pengajaran dan tauladan kita semua supaya tidak LALAI, HANYUT dalam belaian dunia ini. Oleh itu, sedikit ilmu yang ABG JAM perolehi ini dengan izin-Nya, akan dapat disampaikan walau dengan sepatah huruf. Moga ALLAH SWT memberkati kita semua, AMIN ;-)..."

TAHUKAH anda semua, siapakah yang mula-mula memberi nama 'Hari Jumaat' ini? Mereka yang mula-mula memberi nama hari Jumaat ini ialah Ka'ab bin Luwai. Sebelum difardhukan, hari Jumaat itu dinamakan sebagai hari 'Arubah. Kata Ibnu Sirin, "Orang-orang Madinah telah datang berhimpun tiap-tiap hari itu sebelum kedatanganNabi Muhammad S.A.W ke Madinah dengan diketuai oleh Mus'ab Bin Umair sebaga Imam Madinah."


Hari JUMAAT adalah 'Penghulu Segala Hari'. Sebahagian ulama' mengatakan; telah terjadi tujuh pernikahan antara para anbiya' dan para aulia' pada hari Jumaat tersebut:

1] Pernikahan antara Nabi Adam a.s dan Siti Hawa
2] Pernikahan antara Nabi Yusof a.s dengan Zulaikha
3] Pernikahan antara Nabi Musa a.s dengan Shafrawa
4] Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Balqis
5] Pernikahan antara Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khadijah
6] Pernikahan antara Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Aisyah
7] Pernikahan antara Sayidina Ali Bin Abi Thalib dengan Fatimah

HARI PERNIKAHAN
Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a berkata: "Rasulullah S.A.W ditanya tentang hari Jumaat." Maka Baginda menjawab, "Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan." Kemudian sahabat bertanya lagi: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Kerana para anbiya' melaksanakan pernikahan pada hari tersebut."

INSHAALAH, BERSAMBUNG PADA MINGGU HADAPAN...

Thursday, August 15, 2013

EP5 : Jeet Kune Do - ‘Jadilah Seperti Air’


!!!...SELAMAT KEMBALI...!!!

"...Seperti yang dijanjikan pada keluaran lepas ABG JAM akan menyambung artikel berkenaan JKD Bruce Lee. ini, dah masuk ke bahagian ke-5 yang bertajuk 'Jadilah Seperti Air' di'TRANSLATE' ke bahasa inggeris bunyi 'Be Like Water'. Kenapa Bruce Lee begitu menekankan sifat air ini dalam beladiri ciptaannya? Nak tau, ENTE bacalah... Hi Hi Hi..."

BRUCE Lee percaya bahawa sistem seni mempertahankan diri sepatutnya lebih fleksibel dan efektif. Oleh itu, Bruce Lee sering menggunakan air sebagai analogi untuk menerangkan mengapa fleksibiliti adalah satu sifat yang dikehendaki dalam seni mempertahankan diri. Sifat air itu tidak terbatas tahap fleksibelnya. Ia boleh melalui segala objek yang menghalang dan mengelilinginya, tetapi pada masa yang lain ia boleh mengaburkan perkara dari penglihatan. Ia boleh berpecah dan pergi di seluruh tempat, menyertainya di sisi lain, atau ia boleh menghancurkan apabila ia melaluinya. Ia boleh menghakis batu paling sukar dengan perlahan-lahan, menghempas bak memukul atau ia boleh mengalir lalu kerikil paling kecil. Bruce Lee percaya bahawa sistem mempertahankan diri harus mempunyai sifat-sifat seperti ini. Pelajar JKD menolak sistem tradisional latihan, gaya bertarung dan pedagogi yang digunakan dalam sekolah-sekolah tradisional confucian kerana kekurangan ini fleksibiliti.

JKD mendakwa ianya bukannya satu konsep dinamik yang tidak kekal selamanya dan ianya boleh berubah, sekaligus menjadi sangat fleksibel. Oleh itu, Bruce Lee menyarankan kepada pelajarnya melalui pembelajarannya ialah, 'Ambil apa yang berguna, lupakan yang tidak diperlukan'. Pelajar atau pengamal JKD juga digalakkan untuk mengkaji setiap bentuk pertempuran sebanyak mungkin. Ini dipercayai dapat membantu seseorang itu mengembang ilmu pertempuran secara 'matang' dan cepat. Demikianlah falsafah dan pendekatan Bruce Lee dalam mengembangkan ilmu beladiri ciptaannya JKD. 

Oleh itu, ABG JAM tinggalkan ENTE2 semua salah satu falsafah 'air' yang sering Bruce Lee sampaikan sepanjang kehidupannya dalam mengembangkan ilmu beladiri...
"...Empty your mind, be formless, shapeless, like water. If you put water into a cup, it becomes the cup. You put water into a bottle and it becomes the bottle. You put it in a teapot it becomes the teapot. Now, water can flow or it can crash. Be water my friend..."
-

Wednesday, August 14, 2013

Tribute To Ejen Rahsia 5 (ER-5) Bahagian 6 (Akhir)

 

...BERTEMU KEMBALI...

ALHAMDULILLAH, Dengan Izin-Nya Dapat kembali ABG JAM melakarkan nukilan ini sekali lagi... Masuk ke bahagian 6 buat kolum 'tribute' ini dan merupakan bahagian terakhir buat kolum ini. Selepas ini akan muncul kolum 'tribute' yang lain berkenaan dengan kerja-kerja seni yang pernah ABG JAM lalui hingga kini...

"...Cam biase, ABG JAM nak STORY-MORI sikit, walau masih mood RAYE nih... seperti yang dijanjikan ABG JAM akan menyambung kembali penulisan & celoteh ABG JAM dalam blog KU ini khas buat ENTE2 sekalian. Video-REEL yang terakhir ini adalah video gabungan aksi pertarungan terbaik yang terdapat 13 episod ER-5 yang melibatkan aksi 'GOCOH' ABG JAM... Hahaha... Semoga ENTE-ENTE semua terhibur... Harapan ABG JAM... 'Always Stay With Me', sebab ada banyak lagi perkara yang ABG JAM nak kongsi dengan ENTE2 semua lepas nih..."

Terima kaseyyy... Atas sokongan dan dorongan sahabat2 semua... Moga satu hari nanti cita2 ABG JAM nak bikin filem beladiri beridentitikan 'MALAYA' akan terlaksana... Tolak 'copy-cat'! Tegakkan 'original identity'!

Monday, August 05, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 (1434H)


!!!SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013!!!
"...Kesempatan ini ABG JAM serta keluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULFITRI yang akan tiba lagi 3 hari dari sekarang... HUIHHH? kenape cepat sangat ABG JAM buat 'wish'? YUP... sebab ABG JAM dah mule bercuti panjang bermula hari (isnin) untuk memberi perhatian jap pada persiapan hari raya yang bakal menjelang tibe bersama keluarga dan sanak saudara di kampung. Inshaalaah, ABG JAM akan kembali kelapangan penulisan di BLOG 'Jejaka Aksi Malaya' dengan idea yang segar-BUGAR dalam menyampaikan informasi dan tutorial yang baik yang boleh KITE kongsikan bersama... Oleh itu, ABG JAM menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat tersalah kata dan bahasa sewaktu ABG JAM 'galak' menulis dilaman BLOG yang hebat nih... Hiehaaaa... sempat lagi puji diri sendiri. Inshaallah ABG JAM akan keudara balik dilapangan BLOG ini pada RAYE ketiga kejap... COZ buat liputan tentang FC Barcelona dan kembali secara rasmi selepas 18hb Ogos 2013..."
Apa-apapun, ini adalah sedikit fakta tentang Hari Raya Aidilfitri yang ABG JAM sediakan buat ENTE2 sekalian yang dapat KITE kongsikan bersama...

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر; 'Ayd al-Fir; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Akhir kata, terimalah beberapa rangkap pantun buat ENTE2 sekalian dari ABG JAM 'boom shakalakala boom!' lagi merapu seperti marang perapu kepunden marang skepel...

Ketupat Rendang Kuih Bahulu,
Enak Di Makan Bersama Keluarga,
Wahai ENTE Wahai MISTERLOBALOBAku,
Mari Kita Bermaafan Di Hari Raya...

Anak Itik Makan Roti,
Anak Ayam Makan BURGER KING, Ada Betui Ka,
Blog Jejaka Aksi Malaya 'Awesome' Sekali,
Jangan Lupe Ekkk, Selalu-Selalulah Lawati Blog ABG JAM nih, Macam-Macam Ada...

Seni Silat Sendeng Malaysia : Pengertian Seni Silat Sendeng (Bahagian 2)


NAMA Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.

Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -

SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.

SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.

SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang berposisi mengiring. Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi istilah, fizikal mahupun rohaniah. Dari segi istilah perkataan 'Sendeng' terdiri dari dua sukukata yang dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG'.

'SEN' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi.

'DENG' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Di sudut fizikal pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara ini juga akan memudahkan pesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.

"...Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan..."

Oleh yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup".

...BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 3...