Wednesday, March 19, 2014

'Recap' : Katsarin - Drama Bersiri 26 Episod

"...Alamdulillah... lama rasanye tak keudara dalam ruangan RECAP nih... Sebelum ini RECAP menceritakan tentang penglibatan ABG JAM dalam pembikinan drama aksi Ejen Rahsia 5 (ER-5) pada tahun 2006. Sebelum membikin ER-5 sudah banyak ABG JAM terlibat dengan penerbitan drama tempatan seperti drama 26 episod ROOM SERVICES arahan Ahmad Fauzee dan BARA terbitan SKOP Production... Nak cerita tapi foto nyer takde... Oleh itu, biarlah ABG JAM ceritakan STORY-MORI yang ade bahan nyer sajer... Baik, selepas ER-5 pada tahun 2006... ABG JAM terlibat pula dengan produksi tempatan yang menerbitkan drama bersiri 26 episod bertajuk KATSARIN..."

Tahun : 2007
Tajuk : KATSARIN
Watak : ORANG KANAN SUBSEK (ADAM CORRIE)

DALAM cerita ini saya memegang watak antagonis memburu Katsarin disamping bertindak sebagai koreografer aksi pertarungan sepanjang pembikinan drama 26 episod untuk RTM2. Penggambaran berlaku dibeberapa lokasi seperti di Kuala Lumpur, Klang, Pulau Pangkor, Langkawi, Changlun, Jitra, Alor Setar, Kuala Kedah, Port Dickson dan Danok. Ramai penglibatan pelakon tempatan seperti Aman Graseka, Adam Corrie, Nasir Bilal Khan, Julia Hana, Qazem Nor, Rashdan Baba, Saiful Zelwany dan ramai lagi.




Sunday, March 16, 2014

Persembahan Silat di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya

"...Silat, Silat, Silat... Itulah Kerjanyer... Alhamdulillah, setiap bulan 'atlease' paling tidak satu persembahan setakat ini tidak pernah 'miss'... THANK YOU ALLAH! Iyelah, itulah rutin ABG JAM selain mengajar silat di Puchong dan Wangsa Maju persembahan merupakan satu lagi cabang ABG JAM mempromosikan silat selepas layar perak... Harap-harap cita-cita mempromosikan silat ke layar perak oleh buah pesilat sendiri akan direalisasikan kelak... Dari Pesilat untuk Pesilat!..."

Tarikh : 15 Mac 2014
Tempat : Dewan Seri Endon Presint 10, Putrajaya
Pesilat : Akmal Edge, Azim, Nik Izaham dan YusofNor





Wednesday, March 05, 2014

Persembahan Silat di Alam Budiman, Puncak Perdana, Shah Alam


"... SILAT... sudah menjadi darah daging ABG JAM dalam kehidupan dari dulu hingga kini... Alhamdulillah, dapat meneruskan kesinambungan seni silat melayu pusaka warisan bangsa kita... Begitulah kini kini ABG JAM dan silat tidak dapat dipisahkan... Jika SHOOTING mesti selalunya berkaitan dengan aksi silat atau aksi tangan kosong... Mengajar silat dan membuat persembahan untuk masyarakat... Semoga pengorbanan ini akan pergi ketitik asal perjuangan asal ABG JAM iaitu memartabatkan silat dilayar perak kelak dengan izin-Nya..."

Tarikh : 1 MAC 2013
Tempat : DEWAN MBSA U10, PUNCAK PERDANA
Pesilat : AKMAL EDGE, ZAID, NIK & YUSOFNOR