Sunday, August 31, 2014

'Rumah Terbuka' Fareeda di Country Height, Kajang

"...Bulan Ogos 2014 ini adalah bulan yang tersibuk buat ABG J.A.M... Selepas raya hari tu, kembali ke kota... Mula dihujani dengan persembahan silat untuk majlis perkahwinan mahupun perasmian... Alhamdulillah, rezki kurnian Allah SWT... 31 Ogos merupakan penutup aktiviti persembahan bagi ogos... Di dalam kesibukan padat dengan persembahan sempat jugak ABG J.A.M berkunjung ke rumah terbuka 'toke' Fareeda nih atas jemputan media... Bergegas ABG J.A.M sempurnakan ajat anak bini... hihihi... Lepas tu bergegas balik ke rumah untuk bersiap buat persembahan silat untuk malamnya kemudian... Hajat nak bergambar dengan Mawar dan Fizo... Disebabkan kesuntukkan masa hajat tersebut dilupakan dulu... InshaAllah kemudian berjumpa lagi..."

Tempat : COUNTRY HEIGHT KAJANG
Majlis : RUMAH TERBUKA BUTIK FAREEDA
-

Tuesday, August 26, 2014

'Rumah Terbuka' Utusan Karya di Bandar Baru Bangi

"...Tanggal 26 Ogos baru-baru ini ABG J.A.M telah menghadiri majlis OPEN HOUSE Utusan Karya di Bangi... Ramai hadirin yang datang, baik personaliti, penggiat seni, wartawan, tetamu kehormat dan tidak lupa pada peminat dan sahabat-sahabat... Hal ini sajer ABG J.A.M nak kongsikan pada semua kebetulan bertemu pulak dengan rakan FB yang tidak pernah bersemuka diluar tapi kerap berkomunikasi... Akhirnya bertemu di sana dalam majlis tersebut... Terima kaseh Ahmad Kasyidi Ismail dari Melawati kerana sudi 'memberi' sekeping foto ini pada ABG J.A.M ;-)..."

Tempat : Laman Utusan Karya Bandar Baru Bangi
Majlis : Rumah Terbuka Utusan Karya Aidilfitri 2014
Imej : Akmal Edge dan Ahmad Kasyidi Ismail


*******

Wednesday, August 20, 2014

Tutorial Silat untuk 'ASEAN Youth Heritage Leaders 2014'

"...Tidak silap pada 13hb Ogos yang lepas ABG J.A.M menerima panggilan dari wakil Universiti Malaya iaitu Puan Linda meminta ABG J.A.M membantu menjayakan salah satu slot SILAT untuk program ASEAN Youth Heritage Leaders. Ianya anjuran Universiti Malaya bagi program pelajar-pelajar Asean yang terpilih dan berkebolehan dalam akademik, kepimpinan dan kecerdasan akal. ABG J.A.M dengan berbesar hati menerima undangan tersebut dan bertemu Puan Linda di Universiti Malaya pada 18hb Ogos bagi membincangkan perjalanan slot Silat tersebut... Alhamdulillah ianya menarik dan segalanya berjalan lancar yang berlangsung di dua lokasi berbeza iaitu Kampung Baru dan Taman Tasik Titiwangsa..."

Tempat : Kampung Baru dan Taman Tasik Titiwangsa
Majlis : ASEAN Youth Heritage Leaders 2014
Fasilitator : Akmal Edge, Salehuddin






Sunday, August 17, 2014

'Action Fight Team... Begin!'

"...Selepas berjaya menaikkan aksi-aksi pertarungan dalam filem-filem tempatan seperti KL Gangster dan Abang Long Fadil, ABG J.A.M melihat suatu kekeosongan yang perlu dibentuk untuk kualiti pada masa depan... Maka tanpa berlengah ABG J.A.M terus menubuhkan pasukan aksi lawan bagi persediaan projek pada akan datang terutama untuk projek filem aksi sendiri kelak... Maka tertubuhlah pasukan SilatShow & ActionFight Team yang mana 'rekrut'nya adalah masih lagi 'hijau' dan perlu di didik... Moga usaha ini membuahkan hasil kelak... InshaAllah..."

Tempat : Taman Tasik Ampang Hilir
Majlis : Latihan Pasukan Aksi Tempur Filem
Ahli : Annas, Afiz, Amir, Botak, Akmal Edge, Majid, Irfan, Riduan, Shawal





Friday, August 15, 2014

Sertai Himpunan Aman Palestin di Tabung Haji Ampang

"...Memang tidak dinafikan sentimen benci akan Yahudi Ashkenazi semakin menular dalam diri ABG J.A.M ini... Yahudi Ashkenazi atau lebih senang di gelar sebagai ZIONIS ini sememangnya menganggap kita semua selain sebangsa dengan dia adalah seperti 'ayam untuk disembelih' sahaja... Oleh itu, janganlah kita percaya akan tutur kata mereka yang sememangnya penuh dengan tipu daya dan muslihat... Apa-apapun ABG J.A.M menyokong penuh setiap aktiviti yang memboikot atau menyanggah salah laku ZIONIS Laknatullah ini..."

Tempat : Dataran Tabung Haji Ampang
Majlis : Perhimpunan Pendekar Aman Palestin
Anjuran : Dunia Seni Silat Melayu