Sunday, August 30, 2015

First Time At Bandar Bukit Kinrara for Silat Show...

Dua persembahan silat tengahari tadi selamat berlangsung di Desa Putra Sg Merab, Bangi & Taman Bukit Kinrara, Puchong... ;Terima kaseh pada Team Silat yang bersama menjayakan tugasan masing2 dengan berdisplin! Selamat Pengantin Baru ~ Nasir & Elfrina!

Saturday, August 29, 2015

Meraikan Pasangan Mempelai serta Kerabat Raja Selangor

Tak sangka pulak hari ini bersilat disaksikan oleh Kerabat Sultan Selangor, Tengku mende saya tak ingat ler pulak namanye dan atas permintaan pihak tuan rumah, encik Azmi, saya diminta bersilat solo meraikan tengku bersama isteri serta keluarganya sebentar tadi di seksyen 24, Shah Alam... terima kaseh juga Mohd Akmal Ahmad Jim Sung Mohd Shawal untuk persembahan hari ini, jangan lupa upload video...

Persembahan Silat Minggu ini :-
29hb Ogos ~ Seksyen 24, Shah Alam, Selangor DE 
30hb Ogos ~ Bandar Kinrara,Puchong, Selangor DE 
30hb Ogos ~ Sg. Merab, Bangi, Selangor DE 
30hb Ogos ~ Kem Tentera Mindef, Kuala Lumpur 

Sunday, August 23, 2015

All Black 'Persalinan Silat' & Keris...

Serba HITAM pakaian persembahan silat sebentar tadi di Dewan Komuniti TTDI Damansara ~ macam Kesatria Baja Hitam a.k.a Kamen Rider Black! ~ henshin! Ha Ha Ha, lejen tu...

Friday, August 21, 2015

Permainan SILAT dari ATAS ke BAWAH, BAWAH ke ATAS!!!

Permainan SILAT itu dari ATAS sampai BAWAH & dari BAWAH sampai ATAS, jadi kenapa ada pihak yang hairan & mengong mengatakan teknik ARMBAR itu tiada atau bukan sebahagian dari teknik beladiri SILAT? ~ mabuk ketum ker? :phttps://instagram.com/akmal.edge/

Wednesday, August 12, 2015

'Retro Sat' ~ KENANGAN RAYE AKU & SI DIAAA...

"...belek2 gambo lame, terjumpe gambo nih, gambo kenangan raye bersame kawan2 di SMC (sekolah menengah clifford) kuala lipis, lame gak xjumpe, iyerlaaa, bile ku balik ko ke utara... :p'Gonjeng' toi mase zaman 'jambu-jambu' dulu ekkk, kih kih kih ~ persoalannye sikalang, sape si dia tuuu tuttt tuuttt? :p

Tuesday, August 04, 2015

Riadah di Port Dickson... Bukan Dickson Nwakeme Tau... hi hi hi

KESAH PAGI TADI ~ SANTAI DI PANTAI!
"...secara tetiba jer pagi tadi ade 'orang' derma terus masuk ke akaun maybank ku ~ Ya Allah banyak nyerrr, ape lagi, ku xkasi can lah, aku pun terus keluar duit tu & enjoyyyy! ~ Tengok anakku nih, 'inter-framed' pulakkk, kaco jer ayah nak 'posing vogue' jap nih! https://instagram.com/akmal.edge/

Sunday, August 02, 2015

Pulau Meranti Cyberjaya or Jajahan Puchong?

Alhamdulillah, selesai sudah persembahan silat sembah yang berlangsung di Dewan Besar LKIM jam 2 petang tadi, kali ni pakai tanjak kaler hijau & sampin hijau ;-) https://instagram.com/akmal.edge/

Saturday, August 01, 2015

Kali Pertama Beraksi di Taman Warisan Puteri Seremban...

LIVE from TAMAN WARISAN PUTERI, Seremban, Negeri Sembilan. 

Persembahan Minggu Ini :
1hb Ogos ~ tengahari ~ Taman Warisan Puteri, Seremban
1hb Ogos ~ malam ~ Dewan Gemilang Felda, Kelana Jaya
2hb Ogos ~ tengahari ~ LKIM Pulau Meranti, Cyberjaya