FC Barcelona akan mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur (Malaysia) pada 10 Ogos. Perlawanan itu adalah penutup siri penjelajahannya di Asia buat pasukan Tito Vilanova yang akan berlangsung di musim panas tahun ini. Pengarah Urusan FC Barcelona, Antoni Rossich, mengumumkan perjanjian itu pada satu majlis yang diadakan di ibu negara Malaysia, yang dihadiri oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.
Perlawanan ini telah menarik banyak perhatian di Malaysia seperti yang dapat dilihat dengan perhatian yang diberikan oleh media tempatan. Ini merupakan kunjungan kali pertama FC Barcelona di Malaysia, di mana bola sepak adalah sukan yang paling popular. Barça mempunyai pengikut yang besar di kalangan peminat tempatan seperti yang ditunjukkan dalam sosial, hakikat bahawa Malaysia berada di kedudukan nombor 15 dalam bilangan peminat Facebook dengan 779,910 peminat.
Kehadiran FC Barcelona di negara ini juga akan membantu mempromosikan kempen 'Tahun Melawat Malaysia 2014', yang dianjurkan oleh Kementerian Malaysia Pelancongan.
Barça akan menentang pasukan yang terdiri daripada pemain terbaik liga Malaysia di stadium nasinal Bukit Jalil yang kerap menjadi tuan rumah perlawanan pasukan kebangsaan. Kerja-kerja pembinaan di stadium, yang boleh menampung lebih 100,000 penonton, bermula pada 1 Januari 1997 dan telah siap sebelum Sukan Komanwel bermula pada tahun berikutnya.
Ia kemudiannya diberi penghormatan menjadi gelanggang Piala Asia pada tahun 2007.
Lawan Barça dalam perlawanan persahabatan itu akan dibimbing oleh pengurus pasukan Dato K Rajagopal, dan termasuk bintang besar daripada pemain Malaysia seperti Safiee Sali, Mahali Jasuli, Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Safiq Rahim.
Perlawanan di Kuala Lumpur akan menjadi perlawanan terakhir 'Tour 2013' di Asia. Selepas itu, pasukan Tito Vilanova akan kembali ke Barcelona untuk menyiapkan pasukan berdepan dengan perlawanan yang kompetitif bagi musim 2013/14.