SENI Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.
Perguruan
ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu
Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga
jenis aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3
bulan, Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti
aliran persilatan yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.
"...Pada 13hb Julai 2009 bertempat di Ledang, Johor, perguruan silat ini telah diistyharkan oleh YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, sebagai silat rasmi negeri Johor..."
Bagi Kuntau 3
Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat Melayu
yang asli seperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll,
permainan senjata seperti keris, tumbuk lada , tekpi, pedang, pedang–perisai
dan tembong. Juga terdapat belebat kuntau, pecah (kata) ,pernafasan lean dan
pukul selain dari tangkapan dan kuncian.
Dalam permainan
Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerang tangan
kosong dan sparing. Permainan Sendeng 7 Hari lebih menumpukan kepada membaca
gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan. Dalam
peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan.
Bersambung...