Tuesday, December 20, 2011

The ACTOR


"...Merenung masa depan... Apakah masih ada sinar harapan untuk memartabatkan filem seni bela diri pertama di Malaysia?..."

DARI Seorang 'fighter' berhijrah sebagai seorang 'actor'. Sejarah sebagai pelakon secara serius bermula pada tahun 2004 setelah menyertai sebuah akademi latihan lakon di Persatuan Seniman. Sebenarnya niat untuk bergelar pelakon telah sekian lama sebelum tahun 2004 lagi. Sejak kecil Akmal sering bergiat dalam persembahan sekolah, teater dan pernah terlibat penggambaran seperti video-klip Siti Nurhaliza, lagi Damak pada tahun 1997 di Kuala Lipis. Namun dalam hatinya bukanlah untuk menjadi pelakon seperti pelakon kebanyakkan yang ada di Malaysia ini, kerana pelakon 'contoh' yang ada di Malaysia ini tidak menepati citarasa dan impian. Cita-citanya adalah untuk menjadi 'pelakon aksi seni beladiri' yang belum berjaya dilahirkan oleh industri perfileman kita secara 'serius'!


"...Sewaktu penggambaran Filem Pendek SILAT 1Malaysia baru-baru ini, selaku pelakon utama..."

Melihat pada kekosongan itu, Akmal menimba ilmu ilmu lakonan bermula tahun 2004, pada masa yang sama Akmal telah bekerja di syarikat Metrowealth milik David Teo seorang 'saudagar' filem terbesar di Malaysia sekarang. Demi cita-citanya, Akmal 'meninggalkan' Metrowealth dalam mengejar impiannya bergelar pelakon aksi. Namun, segalanya bukan mudah, pelbagai rintangan yang perlu dihadapi sebelum mendapat 'tempat' di dalam industri ini. 'Kita' perlukan, kawan, kenalan, 'contact' dan kelebihan jikan untuk berjaya. Teringin rasa ingin berundur, namun pantang 'fighter' mengalah sebelum berjuang, itulah kalimah buat pesilat seperti Akmal yang menongkah arus dalam industri filem ini yang tidak seperti industri luar negara seperti Hong Kong, Indonesia dan Siam. Rupanya sistem perfileman kita masih belum terbuka. Siapa ada nama, ada pengaruh ada kelebihan pada mata penerbit, pengarah dan penggiat filem, dia akan berjaya! tidak ada istilah label pelakon, semua versi filem akan dilakon oleh orang sama jika anda adalah kroni.


"...Aksi pertarungan dalam EJEN RAHSIA 5, Akmal Edge sebagai pelakon utama memegang watak Jeffery..."

Melihat kesukaran itu, Akmal seperti 'putus asa', tetapi jika berundur bererti anda tewas! Diteruskan jua walau terpaksa 'mengikat perut' demi menjadi pelakon filem seni beladiri dan memartabatkan filem seni bela diri pertama di Malaysia. Pada awal pembabitan, Akmal bermula sebagai pelakon tambahan tanpa dialog, kemudian naik sikit taraf pelakon tambahan berdialog. Selepas itu, tidak disangka-sangka, Akmal mendapat tawaran oleh pengarah Ahmad Fauzee berlakon dalam drama 'Room Services' a.k.a Telatah Tetamu 26 episod di TV2, sebuah cerita komedi setelah dicadangkan oleh sahabatnya yang juga pelakon Qazem Nor sebagai supporting-cast. Itulah satu peluang yang tidak dilepaskan Akmal yang diguna sebaik mungkin untuk mengukuhkan nama dipersada hiburan Malaysia.


"...Pernah menjadi Stuntman dan body-double untuk Shahrukh Khan dalam filem DON 2 di langkawi awal tahun 2011... Tak CAYA kar? Tuh, tengok pakaian dan tulisan 'D' kat tangan ABG JAM nih..."

Selepas itu menamatkan penggambaran 'Room Services' dengan jayanya di Port Dickson selama 35 hari, Akmal menerima tawaran menjadi koreografer dalam sebuah teater bangsawan 'Lela Manja' arahan Khusiary Mahayuddin. Kebetulan hero cerita tersebut iaitu Raja Azrey turut terlibat telah mencadangkan Akmal berlakon sebagai Tok Guru Manja dalam cerita tersebut. Walaupun pada asalnya Akmal menolak kerana tidak pernah berlakon teater secara 'besar', bimbang tidak menepati piawaian penonton, namun atas sokongan dan dorongan mereka, akhirnya Akmal menerima berlakon sambil membuat koreografing aksi silat dan pertarungan dalam teater tersebut yang dipersembahkan di Dewan Audititorium MBPJ di samping pelakon yang terkenal seperti Eira Syazira, Zack Zamree (Gerak Khas), Kartina Aziz, Yus Waisar dan Raja Azrey sendiri.


"...GAYA HERO... (hihihi, angkat diri sendiri) Itulah antara karakter yang pernah dilakonkan oleh Akmal, tetapi tetap sinonim untuk cerita aksi..."

Keyakinan Akmal makin bertambah setelah menimba ilmu lakonan dari peluang yang diberikan sebelum ini. Di masa yang sama, Akmal turut melakukan kerja-kerja koreografing bagi babak aksi lawan jika tidak menerima peluang berlakon. Namun, bukan itu penamat cita-citanya, kerana impiannya adalah untuk menjadi seperti Bruce Lee, Jackie Chan, Jet Li, Van Damme, Steven Seagal, Chuck Norris dan Donnie Yen tetap menebal. Pada tahun 2007, Akmal dipanggil untuk membintangi drama aksi penyiasatan 'Ejen Rahsia 5' sebagai 'main-cast'. Inilah detik-detik yang ditungu-tunggu selama ini, tanpa berfikir panjang Akmal menerima watak sebagai 'Jeffery' seorang pakar silat dalam cerita tersebut yang ke udara di stesen tv Astro-Ria selama 13 episod. Sehingga kini cerita Ejen Rahsia 5 ini telah diulang tayangannya sudah masuk kali ke-7 di Astro-Ria.


"...Antara projek koreografing yang dilakukan Akmal selain berlakon, ini yang terbaru, ditugaskan mengajar Erra Fazira berlawan dalam telemovie PENJARA..."

Sehingga kini, Akmal masih meneruskan 'pemburuan' impiannya yang masih belum tercapai. Sepanjang penglibatannya, Akmal telah berlakon serta melakukan pelbagai genre filem atau drama koreografing baik dalam Malaysia dan untuk filem luar negara seperti Bollywood dan Mollywood. Antaranya filem Chow Kit, Don 2, Naa Istham, Telemovie Aku Jebat, Drama Akademi Polis, Telemovie Penjara, Drama 26 Episod Katsarin dan Drama Fiksyen 13 Episod Satria Mega.