BERTEMU kembali… yeahhh Abang J.A.M bersemangat nak kongsikan sambungan kisah Adiwira Muslim Marvel yang seterusnya. Baiklah, bahagian kedua ini satu lagi watak adiwira muslim yang dicipta oleh Marvel iaitu SOORAYA KADER a.k.a THE DUST. Nama persis orang arab-melayu. Ya, watak ini dicipta oleh Grant Morisson, kelibatnya muncul dalam komik New X-Men siri 133 pada tahun 2002. Soraya Kader, penampilan sama seperti seorang muslimah iaitu lengkap berpurdah hitam. Watak ini sering keluar dalam komik Marvel. Sooraya Kader ini dikenali dengan gelaran ‘The Dust’ atau Debu. Ini kerana Sooraya Kader adalah seorang ‘mutant’ mempunyai kuasa yang mampu mengeluarkan kepulan debu seolah-olah seperti Storm.
Sebenarnya Sooraya Kader tidak menyedari bahawa dirinya ‘mutant’ ataupun memiliki kuasa yag boleh memanipulasikan debu. Satu peristiwa yang menyebabkan kuasanya terzahir apabila ada seorang lelaki yang membuatkan dia marah dan secara tidak sengaja Sooraya memanipulasi debu dengan menyerang lelaki yang membuat dia marah. Keajaiban Sooraya Kader pantas tersebar dan kumpulan X-Men medapat tahu kisah Sooraya Kader lalu pergi mendapatkannya. Lalu Sooraya Kader telah direkrut menjadi ahli X-Men yang seterusnya dan diberi perlindungan di X-Men.
Asal usul Sooraya Kader berasal
dari Afghanistan dan beragama Islam. Setelah sekian lama mendapat penjagaan
X-Men, Sooraya Kader telah menyertai kumpulan adiwira lain iaitu Champions sama
seperti Miss Marvel. Itulah secara ringkasnya ulasan berkenaan adiwira muslim
marvel Sooraya Kader a.k.a Dust. Bahagian ke-3 nanti Abang J.A.M akan kongsikan
seorang lagi watak adiwira muslim marvel yang mungkin anda belum pernah dengar.