Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts

Saturday, March 27, 2021

Penggambaran Budak Tebing 2

RASANYA lama jugak Abang J.A.M tak update aktiviti shooting, awal tahun baru bari ini Abang J.A.M shooting telemovie 'Angkara Dendam', sebagai koreografer aksi lawan dan 'cameo' dalam cerita tersebut. Pancit jugak masa tu sebab dah lama sangat tak beraksi lasak, alhamdulillah Abang J.A.M berjaya melaksanakannya dengan mememuaskan pihak produksi terutama pengarahnya, Feroz Kader. 

Untuk projek penggambaran yang seterusnya, kali ini Abang J.A.M nak share update shooting satu aktiviti penggambaran, terlibat dengan produksi bernaung bawah TV3, penerbitnya Jalena Rejab, kali pertama menerima job daripadanya, tambahan pula pengarahnya Abang J.A.M bekerjasama iaitu Feroz Kader. Projek kali ini bertajuk 'Budak Tebing 2', Abang J.A.M bertindak sebagai koreografer dan tidak berlakon. Antara babak pertarungan yang melibatkan pelakon seperti Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Edy, Adam Lee, semua mereka mendapat sentuhan koreografer Abang J.A.M

Monday, March 01, 2021

Kamen Rider Malaysia!

KAMEN Rider Malaysia!!! Wow... terkejut Abang J.A.M apabila menerima mesej dari peminat cerita adiwira Adiperkasa baru baru ni... yelah, dah lama jugak Abang J.A.M tak beraksi atau ber'henshin', terharu dan bersemangat rasanya apabila membaca mesej tersebut. Tunggulah perkembangan terkini naskhah cerita Adiwira AdiPerkasa kelak dari penerbitnya yang menerbitkan beberapa siri adiwira yang lain. Naskhah yang terdekat jika tiada aral melintang adalah kronologi 2 - Adiwira Adijagad, Sang Kumba, Sitaji, Zirah Pendekar dan lain-lain. Kita sama-sama doakan usaha mereka mendapat perhatian pihak berkenaan.


Abang J.A.M sentiansa menyokong perjuangan mereka kerana mereka memang berbakat dan layak diletakkan tempat yang sepatutnya. Jika mereka ini di Jepun, sudah pasti peluang mereka akan cerah kerana kepakaran sebegini amat luas dan permintaan tinggi di sana. Saya pun tidak faham kenapa mereka tidak diberikan sokongan oleh pihak berkenaan. Sedangkan mereka menghasilkan kronologi 1 Adiwira Adiperkasa dalam bajet teramat kecil, namun mereka berjaya menghasilkan kualiti grafik yang setanding dengan visual efek yang mahal. Abang J.A.M turut berharap akan ada pihak tampil membantu dan memberikan sokongan moral mahupun wang ringgit selepas ini. Keep it My Frenz!

Oklah, Abang J.A.M belanja sikit 'henshin' Adiwira Adijagad untuk korang semua... 'MENJELMA'...

Saturday, February 20, 2021

Abang J.A.M buat apa sekarang, senyap jer???

EHHHH, Senyap katanya... apa-apapun Assalamualaikum buat sahabat semua... menjawab pertanyaan diatas, Abang tak senyap pun walaupun kini menyepi di kebanyakkan laman sosial seperti FB, IG atau Twitter... Abang J.A.M hanya fokus pada beberapa perkara penting buat masa ini iaitu kehidupan, kewangan dan masa depan. Apa tu? adalah sikit sikit ada kaitan dengan dunia bisnes. Habis 'shooting' bagaimana? Huihhh, masih aktif, baru-baru ni terlibat dalam penggambaran telemovie arahan Feroz Kader untuk Astro bertajuk ANGKARA DENDAM. Watak Cameo dan bertindak sebagai 'fight choreographer'.

Tak info pun bang... kih kih kih... saja tidak war warkan, nak 'privacy' sikit. Dah keluar baru cerita... InshaAllah ada kesempatan Abang J.A.M bersiar lagi dengan status yang lebih terkini tentang Abang J.A.M... sambil sambil tu Abang J.A.M kongsikan bersama video 'making of...' ketika shooting telemovie 'Angkara Dendam' yang diceritakan tadi, selamat terhibur... Jaga Diri Semua!

Sunday, January 17, 2021

Abang J.A.M Kembali!!!

ARGHHH!!!, lama juga tidak ke udara di laman blog ini... tahun baru semangat baru ni Abang J.A.M bersedia berkongsi sesuatu yang baru buat sahabat sahabat semua. Dari segi isi kandungan tidak seperti terdahulu, terlalu fokus pada aktiviti peribadi, tetapi kali ini saya akan berkongsi dengan anda cerita cerita pelabagai, senang cakap apa-apa ajalah! Seperti awal awal dulu saya buat... 

Nah! Salam Sejahtera buat anda semua yang mengikuti blog ini. Pelbagai peristiwa yang saya alami, baik suka duka mengharungi cabaran hidup yang sering menguji kesabaran dan keimanan. Alhamdulillah segalanya ketentuanNya. Tanpa ujian itu kita tidak akan sedar akan hikmahNya. Terima Kaseh Allah!

Friday, October 12, 2018

Bila Susah Jangan Sedih, Bila Senang Jangan Lupa Diri...


BE HAPPY, DO NOT LET SADNESS DESTROY YOU, SAY ALHAMDULILLAH ON EVERYTHING THAT HAPPENS TO YOU
"...rezeki adalah ujian, dimewahkan bukan bererti dimuliakan, disempitkan bukan bererti dihinakan.. pemilik, penjaga & pemberi segala nya dari Allah SWT"

Allah SWT berfirman:
وَمَا مِنْ دَاۤ بَّةٍ فِى الْاَرْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَ يَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." ~ (Hud 11: Ayat 6)
sedikit pesanan bersama ;
"jangan rezeki je kita ikut Allah, segala-galanya kene ikut, jangan ikut atau bersama puak2 spt sekular liberal, orientalis, freemason, illuminati dll yang memusuhi agama mu" ~ maaf kan saya sekadar berkongsi untuk amal yang bermanfaat di hari jumaat yang mulia ini"

Allah SWT berfirman:
فَذَكِّرْ اِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰى
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);" ~ (Al-A'la 87: Ayat 9)

Sunday, October 07, 2018

Khabib Nurmagomedov Beat Conor Mc Gregor

AMBIK UBAT... NI BARU BETUL FIGHT TILL END... THE MORAL IS, DON'T TALK & TRY TO MESS UP MY RELIGION 👊💪👊
"...Khabib Nurmagomedov a.k.a Habib Nur Muhammad berjaya kalahkan Conor McGregor dengan submission... angkuh sangat McGregor, kan dah kene TAP OUT!..."

Professional Fight Records (after UFC 229) :
Khabib 27-0-0 / McGregor 21-4-0

Statistik Pertarungan :
Knockdown : (khabib) 0-0 (McGregor)
Total Strike : 66% 75%
Significant Strike : 59% 63%
Takedown : 43% 0%
Submission : 1-0 (round 4 mins 3.03)

Thursday, October 04, 2018

Welcome, Muhammad Yusuf Iskandar


"Alhamdulillah, pada tarikh 2 oktober 2018 jam 11.09 pagi hari selasa, saya telah menyambut kelahiran anak ketiga dan anak lelaki yang pertama dalam keluarga saya, oleh itu, secara rasmi & perkenalkan, ladies & gentlemen, please meet MUHAMMAD YUSUF ISKANDAR pada anda semua, terima kaseh Allah s.w.t atas rezeki dan amanah ini, segala puji bagi mu... Aminnn..."

Wednesday, October 03, 2018

Goodbye Long Hair, Suci Tak Muka Saya?


GOODBYE LONG HAIR, SUCI TAK MUKA I 😅?
"...lama jugak berambut panjang, sempena Hijrah aritu, saya potong jugak rambut, sayang gak potong janggut tu tapi apakan daya keadaan memaksa, hahaha, faham ker?, kalau tak i boleh jadi cam tok janggut dah weh..."

Tuesday, September 18, 2018

AL FATIHAH Buat Allahyarham Tuan Guru Sheikh Muhammad Paiz


"Assalamualaikum... hujan mencurah curah ke bumi sejak semalam, kini baru berhenti seperti meratapi pemergian seorang lagi alim ulama yang kita kasihi menemui Yang Maha Pencipta meninggalkan kita di alam bumi yang fana ini... saya dahulu pernah menadah tangan menimba ilmu daripadanya di rasah, negeri sembilan setelah diperkenalkan oleh guru silat saya... terima kaseh atas segala ilmu yang diajarkan kepada kami walau sesempat sekecil zarah pun moga ianya memberi manfaat, inshaAllah... dari situ juga lah saya mengenal kalimat ini ;

" tiada tuhan melainkan Allah, (nabi) Muhammad rasul utusan Allah, pada setiap kelipan dan pada setiap pernafasan, sebanyak luasnya apa yang ada pada ilmu Allah"
AL FATIHAH...
Wabi Allah al taufiqwa al hidayah, wassalamu'alaikum... 😇

Sunday, September 16, 2018

Rise of the Fighter (My First Touch Directing)


VIDEO AKSI PERTAMA ARAHAN SENDIRI (video lama di edit semula) ~ teaser pilot ~ view at youtube: https://youtu.be/HiFgceyTlGw
"belek belek dokumen lama dalam simpanan tetiba terjumpa klip klip video aksi lama nih... memang benar, bukan mudah untuk mengarah sebuah naskhah visual aksi sendiri terutama diri sendiri yang berlakon, mengarah aksi dan membuat shot serta menjaga kualiti pelakon yang membantu menjayakan projek ini walau didalam serba kekurangan. Inilah bukti serta pemangkin, inshaAllah akan diteruskan dalam pembikinan pilot filem yang akan dilaksanakan kelak, AMINNN"
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 5 : https://youtu.be/6bwILkvVVGY
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 6 : https://youtu.be/reJVjq_FRkk
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 7 : https://youtu.be/-E8I0hkj7kw

Tuesday, August 28, 2018

Entittled : Silat Warrior atau One Armed Silat Warrior?


SILAT WARRIOR atau ONE ARMED SILAT WARRIOR?
"nampak gayanya, saya terpaksa ubah sedikit jalan cerita pembikinan pilot filem aksi silat saya sebab saya masih belum pulih daripada kecederaan sepenuhnya... lama jugak dok fikir, hahaha... jika nak tunggu mungkin lambat dan mungkin terbantut cita cita tersebut selain takut nampak kecacatan silat itu nanti... oleh itu, dengan mengikut situasi semasa, saya kena ade 'contigency plan' atau saya stick on basic plan...? ok ker, anda rasa camneh? saya dah nampak back up idea... 'one armed silat warrior'... tengah cari idea ni nak buat skrip... bismillah, dengan izinNya!!!"

***pssttt, ade kengkawan yang tahu mana mana lokasi cantik untuk di buat babak pertarungan silat... mohon2 share dengan saya... 😘😘😘
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o

Follow my Pinterest : https://pinterest.com/akmaledge9

Saturday, August 25, 2018

Body Double of Farid Kamil dalam Filem Tombiruo

BODY DOUBLE OF FARID KAMIL DALAM FILEM TOMBIRUO

"Atas permintaan sahabat dan ramai juga yang bertanya, adakah saya terlibat dalam pembikinan filem tersebut... jadi nak tengok aksi saya dalam filem tersebut, sebab tak nampak pun... semalam saya dah muat naik kat facebook ni tapi kene block lak video tu oleh astroshaw, ape2pun saya tunaikan jugak dengan ubah sikit content video ini, video asal masih ada... alhamdulillah tidak kene block, cuma siapa nak tengok video asal bole PM saya... selamat berhujung minggu & menonton" 🙏👊😇
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o

Follow my Pinterest : https://pinterest.com/akmaledge9

Wednesday, August 22, 2018

😇🌟🌟SALAM AIDIL ADHA 1439 H🌟🌟😇


"Alhamdulillah, selesai ibadah korban, baru boleh nak posting posing... Salam pembuka langkah, jangan berundur lagi, mara bersama keimanan, sekalipun orang-orang kafir, musyrik & munafik tidak menyukai mu, inshaAllah, Allah Maha Besar"

.اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

"...MAAF ZAHIR BATIN JIKA ADA SALAH SAYA DALAM TUTUR KATA DAN SEBAGAINYA..."
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o

Follow my Pinterest : https://pinterest.com/akmaledge9