Wednesday, April 13, 2022

Bahagian 4 : Illuminati : Lucifer 666 & Dunia Baru Sekular


اَللّٰهُ وَلِيُّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا يُخْرِجُهُمْ مِّنَ الظُّلُمٰتِ اِلَى النُّوْرِۗ وَالَّذِيْنَ كَفَرُوْٓا اَوْلِيَاۤؤُهُمُ الطَّاغُوْتُ يُخْرِجُوْنَهُمْ مِّنَ النُّوْرِ اِلَى الظُّلُمٰتِۗ اُولٰۤىِٕكَ اَصْحٰبُ النَّارِۚ هُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ

“Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.” (02:257)

PADA keluaran yang lepas penulis sudah kongsikan info tentang asal usul illuminati dan beberapa lagi pencerahan berhubung dengan kegiatan organisasi terkutuk iblis ini. Kadang kadang kita pun hairan dengan mereka yang sanggup tunduk pada iblis ini, apa yang lumayannya mereka berjuang untuk iblis itu, sedangkan kita tahu Allah SWT sudah pun memberi amaran yang keras seperti dalil di atas surah Al Baqarah ayat ke 257. Dan sebaliknya, orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan, baik dari kalangan jin mahupun manusia, yang mengeluarkan mereka dari cahaya hidayah kepada kegelapan kesesatan. Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya, dan itu adalah tempat yang palik buruk.

Orang-orang kafir sememangnya mereka tidak redha dengan umat Islam kerana terpengaruhi dengan usaha iblis yang memusuhi Adam a.s sejak azali lagi. Melalui Illuminati mereka menyangka mereka boleh melunaskan dendam terbuku sang pendusta iblis, padahal mereka terpedaya dengan muslihat iblis tersebut dengan menjanjikan pelbagai kesenangan dan kemenangan. Puak puak Illuminati ini menyangka merekalah yang membawa cahaya kepada manusia, oleh kerana ramai yang cintakan dunia dan ada segelintir orang Islam sertai mereka telah tertipu dengan dunia dan iblis. Perkataan Illuminati berasal dari perkataan Latin iaitu ‘Illuminatus’ yang bermaksud ‘pencahayaan’ atau mencahayakan. Di dalam kamus dwibahasa Oxford, Illuminati berasal dari kata pangkal ‘Illuminate’ (mencerahkan).

Lain pula takrifan dari Adam Weishaupt, menurutnya perkataan Illuminati itu adalah Lucifer (Iblis) yang membawa maksud pemegang cahaya. Adam Weishaupt tidak berselindung dan meyakini sendiri akan takrifan ini seperti yang tercatat di dalam buku penulisannya. Bagaimana Adam Weishaupt begitu obses dan taksub dengan iblis ini sehingga berjaya menubuhkan organisasi ini sehingga mempengaruhi organisasi lain seperti freemason. Terdapat cerita mengatakan Adam Weishaupt mendapat ‘seruan suci’ ketika dia bersendirian dalam pengkajiaannya sehingga terbitnya perkataan LUCIFER. Sebelum itu mereka menjadikan BAPHOMET sebagai sembahan mereka.

Perkataan Lucifer ini merujuk dalam bahasa Latin yang bermaksud gelaran kepada Iblis. Masyarakat Kristian memanggil Iblis dengan perkataan Lucifer berdasarkan ungkapan-ungkapan yang terdapat pada kitab Injil mereka. Kristan juga mempercayai Lucifer adalah nama asal Iblis sebelum ia dihalau dari syurga dan menjadi makhluk yang dilaknat. Bagi umat Islam sudah faham atau tahu kenapa iblis di halau dari syurga, kerana derhaka terhadap perintah Allah SWT supaya tunduk kepada Adam a.s.

Simbol Illuminati

Adam Weishaupt tidak pernah mengatakan logo ini adalah lambang Illuminati. Tetapi hasil beberapa analisis dari penyelidik konspirasi barat sejak era selepas Perang Dunia Kedua, mereka yakin inilah logo Illuminati. Keyakinan mereka berasaskan ciri-ciri misteri yang terdapat pada logo ini. Berdasarkan penelitian, simbol yang dipercayai kepunyaan Illuminati ini dibina berasaskan 5 elemen asas. Lima elemen ini pula akan mewakili satu hubungkait yang amat rasional antara satu sama lain mengikut peredaran masa. Kelima-lima elemen itu juga akan membawa maksud-maksud yang tersendiri sesuai dengan istilah masing-masnig. Lima elemen itu ialah :

1. Ungkapan ANNUIT COEPTIS

2. Gambar mata satu dalam puncak segitiga.

3. Bangunan piramid separuh siap.

4. Huruf-huruf di bawah piramid: MDCCLXXVI

5. Ungkapan NOVUS ORDO SECLORUM       

Ungkapan ANNUIT COEPTIS adalah perkataan latin kuno dan dalam bahasa Inggerisnya bermaksud ‘Approved of Undertaking’, terjemahan dalam bahasa melayu ialah ‘diluluskan untuk menjalankan’. Ertinya mudah difahami adalah ‘menyetujui usaha kita’ (yakin berjaya bersama sang penguasa iaitu dajjal). Gambar mata satu di atas piramid pula membawa maksud ‘All-seeing-eye’ atau mata yang melihat semua. Mata ini dipercayai milik ‘penguasa’ Illuminati yang memerhatikan segala gerak geri perancangan dan masyarakat dunia. Siapa penguasa itu, tidak lain tidak bukan bagi umat Islam itu ad dajjal yang berlagak sebagai al masih yang akan dibunuh oleh Isa anak Maryam nanti.

Manakala huruf roman MDCCLXXVI adalah mewakili nombor 1776. Nombor ini bermaksud tahun pertubuhan Illuminati ditubuhkan iaitu 1 Mei 1776, dan ramailah umat manusia tertipu dengan meraikan sambutan hari buruh pada tanggal 1 Mei setiap tahun. Kemudian, bangunan piramid itu pula mempunyai 13 tingkat yang mewakili 13 negeri asal di Amerika. Maka tidak hairanlah kita lihat dasar negara Amerika hingga kini pentadbiran negaranya membenci umat Islam. Menurut pendapat penyelidik konspirasi yang lain, piramid itu adalah adaptasi dari kerajaan Firaun. Nanti penulis kupaskan serba sedikit tentang negara Amerika Syarikat dan juga Malaysia jika Allah SWT izinkan. Kenapa Malaysia dan Amerika, kenapa tidak kupas tentang Israel atau British? In sha Allah satu satu penulis kupaskan nanti dengan niat berkongsi serta membantu umat kita supaya tidak lalai dengan ancaman iblis yang berleluasa kini.

Manakala ungkapan di bawah sekali iaitu Novus Ordo Seclorum adalah perkataan Latin kuno yang bermaksud New World Order (NWO) atau Dunia Order Baru. New World Order dipercayai konsep diktator pemerintahan alaf baru berlandaskan SEKULAR secara total yang bakal dibawa oleh Illuminati melalui sang penguasanya iaitu dajjal  dan kini telah pun terbukti yahudi yang menguasai seluruh aspek di dunia. Ia juga bertepatan dengan fasa-fasa peralihan buat umat Islam, ianya dikenali 'Mulkan Jabbariyyan' yang membawa definisi ‘kerajaan yang menyombong’ ataupun kejam, zalim. Kita kena ingat perkara ini sedang berlaku, ramai diantara kita masih berasa zaman NWO ini belum berlaku, bagi umat Islam mereka berasa kini masih lagi zaman 'mulkan adhodhan' iaitu masih perlu taat buta-buta pada ululamri, padahal fasa atau zaman itu sudah berlalu, kita harus sedar kini adalah zaman fitnah dajjal!

Bersambung…