Friday, April 01, 2022

Bahagian 2 : Illuminati : Allah SWT Bongkar Gerakkan Illuminati

LAMA juga penulis mengambil masa untuk mengarang atau berkongsi semula tentang pergerakkan organisasi Iblis ini. Maaf, kerana penulis sendiri sedang berjuang diluar sana secara fizikal dan jasmani menentang arus fitnah dajjal ini dalam beberapa bulan ini. Oleh itu, kesempatan masa terluang untuk menulis adalah terhad. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, penulis kembali menyambung semula karangan yang terhalang tempoh hari dalam berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat umat seluruhnya amnya umat Islam. Bertetapan dengan ayat ini, jangan kita berputus asa atau jemu,  istikamahlah dalam dakwahmu dan tetaplah memberi peringatan kepada umatmu, dalilnya dalam surah ke 51 iaitu surah Az-Zariyat ayat ke 55;

 وَذَكِّرْ فَاِنَّ الذِّكْرٰى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِيْنَ

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."

Gerakkan Illuminati Terbongkar

Bagaimana ia terbongkar? Ia berlaku apabila Adam Weishaupt menyerahkan semua buku karangannya kepada salah seorang pengikutnya iaitu Xavier Von Zwack (seorang peguam). Xavier Von Zwack diarahkan oleh Weishaupt untuk memberikan buku tersebut kepada ketua pengikut-pengikut Illuminati di Perancis iaitu Maximillian Robespierre agar rancangan mencetuskan Revolusi Perancis dapat dijalankan. Pada penulisan yang lepas penulis ada menyatakan Adam Weishaupt ada merancang untuk membuat pergolakkan di Perancis tetapi ketika di Jerman beliau tidak ada pula pengikut yang berbangsa perancis di sana. Lalu diutuskan Xavier Von Zwack ke Perancis.

Musuh Allah merancang, Allah pun merancang, takdir Allah SWT telah membongkar gerakkan sulit tersebut. Malang bagi Xavier Von Zwack, ketika dalam perjalanan dari Jerman ke Perancis, dia telah dipanah petir dan mati serta-merta di tempat kejadian. Pasukan polis Jerman menjumpai dokumen-dokumen rahsia tersebut pada mayat Zwack. Mereka mengkajinya dan mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk mendedahkan konspirasi sulit Weishaupt dan Illuminati. Adam Weishaupt dan pengikut-pengikutnya ditangkap polis Jerman, manakala lodge (tempat perjumpaan) mereka juga disita. Pada 1785, kerajaan Bavaria (Jerman) mengumumkan pengharaman gerakan Illuminati. Selepas itu, polis Jerman menghebahkan rancangan Weishaupt itu kepada semua kerajaan-kerajaan Beraja di seluruh Eropah khususnya Perancis. Laporan pendedahan itu dinamakan The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati dan dikeluarkan pada 1786.

Raja Perancis Sombong dan Bodoh serta Kebangkitan Revolusi

Menurut sejarah, Raja Perancis adalah antara yang paling sombong dan bodoh dari kalangan raja-raja di Eropah. Malah suka menindas rakyat jelata khususnya golongan petani dan orang-orang miskin. Kita berbalik pada kesudahan Adam Weishaupt selepas di tangkap. Selepas dibebaskan, Adam Weishaupt menjemput Prof. John Robinson ke Eropah untuk membincangkan perancangan Illuminati mencetuskan Revolusi Perancis. Ketika itu, Robinson adalah Ketua Gerakan Freemason di Scotland. Tetapi Robinson tidak bersetuju dengan agenda Weishaupt malah merancang untuk mendedahkan rahsia tersebut kepada umum.

Di Perancis, gerakan revolusi dimainkan sepenuhnya oleh seorang Yahudi yang bernama Maximillian Robespierre. Dengan kepetahannya berpidato dan sifat simpati pada golongan bawahan. Rakyat Perancis Berjaya dihasut dalam masa yang singkat untuk mencetuskan revolusi. Raja Perancis yang bodoh lagi angkuh ketika itu Louis XVI tidak mempercayai berita dari polis Bavaria malah masih lagi menganggap rakyat tetap takut kepada keangkuhannya. Akhirnya, pada 1789, revolusi tercetus dengan sendirinya apabila rakyat jelata marah dengan sikap sambil lewa Louis XVI yang masih tidak mempedulikan suara rakyat, akhirnya rakyat bangkit melawan Raja Perancis yang bodoh dan sombong itu.

Kejayaan Illuminati dalam mencetuskan Revolusi Perancis pada tahun yang ditetapkan telah mendorong beberapa perancangan lain. Selepas kejayaan di Perancis, Illuminati mencetuskan pula Perang Napolean dengan tujuan kerajaan beraja di seluruh Eropah dapat ditumbangkan.

Kenapa Adam Weishaupt menjadi Ahli Freemason?

Ya, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan yang berbeza walaupun ia menjadikan Iblis sebagai mentornya. Peliknya, kenapa pula Adam Weishaupt sertai Freemason pula, sedangkan dia pengasas pada pertubuhan gelap illuminati? Asalnya Adam Weishaupt bukan seorang ahli Freemason. Dia hanya menjadi ahli Mason selepas menubuhkan Illuminati pada 1 Mei 1776. Sebelum menyertai Freemason, Weishaupt mendapati budaya setiakawan dan corak kerahsiaan yang diamalkan dalam Freemason sesuai diaplikasikan di dalam Illuminati.

Pada 1777, Weishaupt menyertai Freemason melalui sebuah lodge yang bernama 'Theodore of Good Counsel' di Munich, Jerman. Selepas Adam Weishaupt, pembantunya Zwack pula sertai Freemason pada 27 No vember 1778, kemungkinan atas arahan Adam Weishaupt. Dalam tempoh penyertaan mereka berdua, organisasi Freemason yang bertempat di Munich telah dipengaruhi sepenuhnya oleh pengaruh Illuminati pada 1779. Kesemua ahli -ahli Mason di Munich bersetuju dengan idea Satu Kerajaan Dunia yang dipromosikan oleh Adam Weishaupt.

Pada 20 Disember 1781, satu perjumpaan untuk membincangkan masa depan Freemason diadakan. Perjumpaan tersebut yang bernama Congress of Wilhemsbad telah memutuskan bahawa Freemason harus menerima idea-idea Illuminati dan memastikan misi yang dirancangkan oleh tercapai walau mengambil masa yang lama. Penyertaan Adam Weishaupt ke dalam Freemason ini menunjukkan Illuminati dan Freemason adalah dua pertubuhan Yahudi yang berbeza walau pun kedua-duanya dilihat memusuhi Islam secara tersembunyi. Di sini dapat disimpulkan bahawa penggabungan ideologi kedua-dua organisasi tersebut yang diusahakan oleh Adam Weishaupt telah menyebabkan misi pertubuhan Freemason lebih agresif dalam menghancurkan Islam.

Tindakan bijak Adam Weishaupt ini secara tidak langsung mempercepatkan matlamat Illuminati untuk mencetuskan revolusi besar di Perancis. Mason terdapat di seluruh dunia khususnya Eropah manakala persefahaman yang diputuskan di dalam kongres di Munich, Jerman sudah pasti diketahui ahli-ahli mereka di Perancis. Memandangkan 'Mason' terdidik untuk patuh arahan ketua tanpa berbelah-bagi, maka arahan dari lodge di Jerman untuk ahli-ahli yang berada di Perancis sudah pasti akan dilaksanakan. Jika kita amati kaedah 'perkahwinan' illuminati dan freemason ini, konsep ini juga telah diguna pakai oleh ahli politik seluruh dunia... lihat dengan mata hati, bukan buta hati...

Bersambung…