Saturday, April 09, 2022

Bahagian 3 : Illuminati : Helah 1 Mei 1776 - Penubuhan Illuminati

وَلَنْ تَرْضٰى عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَلَا النَّصٰرٰى حَتّٰى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ اِنَّ هُدَى اللّٰهِ هُوَ الْهُدٰى ۗ وَلَىِٕنِ اتَّبَعْتَ اَهْوَاۤءَهُمْ بَعْدَ الَّذِيْ جَاۤءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللّٰهِ مِنْ وَّلِيٍّ وَّلَا نَصِيْرٍ

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.

Ringkasan dari dalil di atas sebenarnya jelas dan mudah kita fahami, sesungguhnya musuh musuh Allah SWT dan Islam tidak sesekali berhenti atau berputus asa untuk menundukkan umat manusia terutama umat Islam. Sebab itu, mereka tetap berdisplin dan bersabar menjalankan dakyah mereka sehingga kita semua tunduk 100% kepada mereka, sama ada sedar atau tidak! Ya, tanpa kita sedar juga satu dunia sudah tunduk pada mereka!

Melalui pelbagai cara mereka temukan dan lakukan untuk menundukkan kita semua, antara organisasi yang begitu tekun menjalankan agenda Iblis ini ialah illuminati. Bermulanya pada zaman kebangkitan Eropah iaitu ketika zaman revolusi Industri, gerakan Illuminati mula memperkasakan organisasi mereka dalam bentuk perniagaan dan pertubuhan politik. Gerakan Illuminati semakin agresif menyebarkan fahaman mereka. Kenapa? Mereka mempunyai visi perjuangan yang jelas dan yakin!

Kebanyakan syarikat-syarikat Yahudi yang wujud sekarang menguasai sepenuhnya perdagangan dunia terutama dalam bidang perbankan dan kewangan. Disebabkan itu, pengaruh perbankan telah membuatkan pemimpin-pemimpin politik dari serata dunia terpaksa bergantung kepada keperluan kestabilan ekonomi untuk meneruskan kelangsungan politik. Perkara ini tidak terlepas berlaku di Malaysia dan serata dunia.

Dasar-dasar ekonomi yang meyakinkan rakyat harus dibentuk, manakala dasar-dasar yang dibentuk pula harus selari dengan kehendak pengusaha-pengusaha bank yang sememangnya dikuasai oleh Yahudi. Tanpa mereka sedar ramai negara didunia tunduk dengan kuasa kewangan yang dipelopori oleh kaum yahudi yang berketurunan Ashkenazi, Sephardi atau Mizrahi dan lain lain kecuali Yahudi Ortodoks. Mereka yang jahat ini telah lama menjalankan agenda dajjal.

Selepas Perang Dunia Pertama dan kedua, syarikat-syarikat Yahudi terus menular ke serata dunia tanpa dapat disekat. Ini kerana, penjajahan penjajahan yang dilakukan sama ada British, Amerika, Sepanyol, Belanda, Portugis ataupun Perancis adalah di bawah pengaruh Illuminati yang telah dirancang oleh Adam Weishaupt sejak 1776 lagi. Memang licik helah mereka sehingga satu dunia meraikan hari buruh pada 1 Mei setiap tahun. Tahniah! Apa-apapun penulis sudah lama tidak menyambutnya setelah tahu kita diperbodohkan oleh puak-puak Iblis ini!

Alaf ini, gerakan Illuminati semakin canggih dan sangat bersistematik pergerakan mereka. Mereka tidak lagi berbincang secara rahsia di tempat-tempat tersembunyi. Perancangan mereka dilakukan di dalam bentuk seminar, ceramah, kajian dan sebagainya. Pengaruh Illuminati dan kaitannya dengan unsur-unsur Yahudi hanya boleh difahami apabila kita meneliti asal-usul perkataan Illuminati, takrifan simbolnya dan pengaruh simbol-simbol tersebut pada logo-logo organisasi.

Bersambung…