Friday, February 15, 2013

The Man with The Iron Fists




‘The Man With The Iron Fist’ adalah salah satu filem yang perlu anda tontoni. Pembikinan filem ini bermula seawal tahun 2005 dan selepas hampir dua tahun melalui proses ‘pembangunannya’, barulah RZA dan Eli Roth berjaya mendapatkan sokongan kewangan pada Mei 2010. Setelah itu, bermulalah Penggambaran yang berjaya dilaksanakan pada bulan Disember 2010 pada kadar bajet $ 20 juta dan penggambarannya berakhir menjelang Mac 2011. Lokasi filem ini tertumpu di Shanghai dan di sekitar negara China. RZA dan Howard Drossin bertanggungjawab mencipta skor muzik filem ini, dan RZA turut menyediakan soundtrack, yang memaparkan beberapa lagu-lagu baru yang disampaikan pelbagai versi artis. Satu siri konsert yang menampilkan muzik dari soundtrack telah diadakan bagi tujuan untuk mempromosikan filem ini.

Pada mulanya filem ini dikritik hebat setelah ditayangkan di Amerika Utara pada 2 November 2012. Pengkritik terbahagi kepada dua bahagian, namun kebanyakkannya lebih mahu menjaga maruah dan penghormatan kepada filem-filem seni mempertahankan diri filem sahaja. Namun begitu, terdapat juga yang melabelkan filem ini tidak ubah seperti filem ‘muzikal’ memandangkan pengarahnya adalah ‘mat rap’. kemungkinan ia adalah wakil bagi genre tersebut yang disokong dengan elemen pertarungan bela diri. Aspek pengarahan turut dikritik hebat kerana kekurangan penghalusan dan kefahaman. Penyelamat filem ini adalah lakonan hebat Russell Crowe dan Byron Mann telah diterima baik. Filem ini juga hampir-hampir tidak mampu untuk mendapatkan kembali kos modal asas sebanyak $ 20 juta. Kutipan filem ini hanya mencatat pendapatan kutipan tiket pada kadar $ 20,090000 sahaja.
 

Sinopsis
‘The Man With The Iron Fist’ adalah sebuah filem genre aksi seni bela diri versi Amerika 2012 yang diarahkan dan ditulis oleh RZA dan Eli Roth. Filem ini dibintangi oleh pelakon handalan seperti Russell Crowe, Cung Le, Lucy Liu, Byron Mann, RZA, Rick Yune, David Bautista, dan Jamie Chung. Ianya berkisar tentang konflik yang berlaku pada pertengahan abad ke-19, di negara China. Lokasi konfliknya berlaku di ‘Jungle Village’, di mana puak-puak berkumpulan sering berlawan antara satu sama lain. ‘Jungle Village’ adalah pusat Puak-Puak yang bertelagah. Melihat senario itu, Blacksmith (RZA) kampung tersebut telah mencipta senjata-senjata maut untuk beberapa puak yang bertelagah. Tujuannya adalah untuk mengaut keuntungan selain berusaha menggunakan wang diperolehi untuk membebaskan kekasihnya ‘Lady Silk’ dan terus keluar dari kampung tersebut.

Singa Emas ialah Pemimpin atau Ketua Puak Singa, ditugaskan untuk menjaga penghantaran emas besar kepunyaan Maharaja mereka. Oleh kerana tamak dan hasad dengki Ketua Puak Singa menjadi mangsa pengkhianatan oleh dua individu pembantu beliau iaitu ‘Singa Perak’ dan ‘Singa Gangsa’. Kedua-dua watak itu dilakonkan oleh Byron Mann dan Cung Le, pakar bela diri dan ahli tempur jalanan. Mereka menghuru-harakan keadaan bergaduh dengan Puak Hyena (Dubuk) dan membenarkan para pencetus konspirasi untuk meracuni dan membunuh Singa Emas. Kepulangan Anak Singa Emas, Zen-Yi, menambahkan lagi kekalutan. Dia bertekad untuk membalas dendam diatas kematian bapanya.


Utusan Maharaja yang menyamar sebagai Jack Knife (Russell Crowe) telah tiba di kampung tersebut untuk memantau emasnya dengan menetap di kediaman Blossom Pink, pusat pelacuran yang dikendalikan oleh Blossom Madam (Lucy Liu). Singa Perak telah menghantar ahli-ahli ‘Puak Rodent’ kerana terdesak untuk membunuh Zen-Yi tetapi sebelum mereka berjaya menemuinya, Zen-Yi terlebih dahulu membunuh mereka. Kegagalan itu memaksa Singa Perak meminta Brass Body (Batista) iaitu pembunuh upahan, ditugaskan untuk membunuh Zen-Yi.

Setelah mencapai misinya, Blacksmith mula berunding dengan Blossom Madam bagi menyampaikan pembayaran terakhir yang diperlukan untuk membebaskan kekasihnya. Tidak lama kemudian,  Brass Body tiba dikampung, Zen-Yi dan orang-orangnya telah diserang oleh Brass Body dan mendapati mereka bukan tandingannya kerana kulit badannya boleh berubah menjadi logam yang keras. Brass Body berjaya mengalahkan Zen Yi, namun Zen Yi sempat diselamatkan oleh Blacksmith dan mencipta senjata baru buatnya untuk mengalahkan Brass Body. 


Kesilapan Pembikinan
Pada mulanya filem ini pasti kelihatan seperti ia akan menjadi kegilaan ramai selepas menyaksikan trailernya yang hebat, tetapi dalam realiti filem ini ternyata mengecewakan kerana banyak pergaduhan yang dipersembahkan tidak yang dapat memberi kesan dan impak yang tidak dapat dilupakan. Kekecewaan itu disuarakan oleh penasihat dan penyelaras aksi filem ini iaitu Corey Yuen. “...Mungkin filem versi ini durasinya tidak lebih daripada meminum secawan teh...” Beliau telah pun melakukan kerja-kerja yang hebat sebelum ini. Antara filem-filem yang hebat dihasilkannya seperti Transporter, D.O.A, Expendables dan lain-lain.

Jika anda menonton filem ini, anda tidak akan dapat melihat pergerakan unik seperti filem seni bela diri yang lain tetapi anda boleh dapati ianya banyak unsur keganasan seperti yang pernah dilakukan seperti gaya Shaw Brothers. Saksikanlah filem jika anda peminat filem-filem aksi yang tulen. Namun, bagi saya filem ini bukan suatu naskhah yang sesuai buat pencinta filem seni bela diri kerana filem ini ‘murah’ dari segi moralnya dan tidak sesuai ditontoni oleh semua lapisan umum dan tiada informasi berguna kecuali hiburan semata-mata.