SALAM kembali dari dari saya Akmal Edge. Maaf buat
anda semua dari saya kerana lama menyepi. Bukannya saya sudah tidak minat
menulis tetapi dek kekangan masa membuatkan penulisan saya terbantut kerana ada
yang lebih mustahak terpaksa saya selesai. Alhamdulillah, kesempatan ini saya
jalankan semula amanah saya dalam menyampaikan informasi berhubung seni bela
diri, filem, sukan dan sedikit pengetahuan agama buat anda semua.
Sebenarnya saya
sedang sibuk menguruskan projek filem yang terbaru untuk syarikat perfileman
SKOP Productions iaitu ‘Abang Long Fadil- KL Tak Gangster’ a.k.a. ‘KL Gangster
3’. Selain itu, saya sedang sibuk menguruskan persembahan silat dan seminar
silat serta pembukaan gelanggang baru saya. Doakan ianya semua berjalan dengan lancer
dan Berjaya. Insya-Allah ;-) Oleh itu, terimalah artikel ‘JKD Bruce Lee’ ini
dan semoga anda semua beroleh informasi, ilmu dan terhibur…
Jeet Kune Do
(JKD,) semudah panggilan berbunyi ‘Jeet Kun Do’ atau ’Jeet Kuen Do’ adalah satu
aliran beladiri ’kacukan’ pelbagai sistem beladiri dan falsafah hidup yang di
asaskan oleh mendiang Bruce Lee pada tahun 1967. JKD adalah mudah, tiada
pergerakan klasik dan ringkas iaitu digunakan mengikut perbezaan, kaedah dan
keadaan. Sistem itu terbahagi pada beberapa seperti tumbuk, tendang, trapping
(perangkap@kuncian) dan grappling (gelut) atau ground-fight.
Ianya semua bergantung
pada system atau falsafah ‘style witout style’ (gaya tanpa gaya). Tidak seperti
beladiri lain, JKD tidak berbentuk atau tetap (terikat dengan sesuatu gaya)
tetapi konsep dan falsafah yang menjadi panduan dalam pembelajarannya. Konsep
itu dinamakan ’interception’ iaitu konsep memintas atau menyekat serangan
sebelum lawan menyerang.
Namun begitu,
nama JKD mengikut seperti yang dinyatakan Bruce Le, ianya hanyalah sekadar nama
sahaja. Beliau sendiri kerap kali menjadikan ‘the art of expressing the human
body’ sebagai rujukan dalam penulisan, ucapan atau sessi temuramahnya.
Berdasarkan penyelidikannya tentang seni beladiri kebanyakkannya ‘tidak jujur’
dan ‘tidak realistik’ dalam gaya sehingga menyumbang kepada kegagalan dalam
sesuatu gaya.
Bruce Lee mengatakan
persaingan dalam bela diri seperti ‘dry land swimming’. Beliau percaya gaya
bebas dan kombatif lebih jujur, spontan dan sukar diramal oleh lawan. Dalam
ertikata lain, ’only react to it’ dan pengamal bela diri yang bagus mesti bersifat
seperti resam air, mudah menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan, situasi dan
tempat selain lebih pantas, tangkas, licik serta tanpa ragu-ragu.
Pada tahun
2004, Bruce Lee Foundation sepakat menggantikan nama Bruce Lee Jeet Kune Do
kepada Jun Fan Jeet Kune Do (振藩截拳道) berdasarkan sistem bela diri yang asli
diasaskan oleh Bruce Lee. ‘Jun Fan’ di sini adalah nama sebenar Bruce Lee dalam
bahasa Cina dan terjemahan dalam kesusasteraannya ialah ‘Bruce Lee’s Way of the
Intercepting Fist.’ (Kaedah Menyekat atau Memintas Serangan gaya Bruce Lee).
Apa itu
kaedah menyekat atau memintas serangan lawan? Ikuti sambungan artikel ini dalam
episode ke-2 pada keluaran akan datang, insya-allah minggu depan yang bertajuk ‘Sistem
Dan Falsafah Bruce Lee’…