Saturday, June 29, 2013

EP3 : SILAT : Jenis-Jenis Silat Di Malaysia


SILAT, seperti kita semua tahu adalah seni beladiri ibunda Tanah Melayu ini iaitu Malaysia. Pelbagai tafsiran dan definisi silat telah diterjemahkan oleh pakar beladiri silat nusantara mahupun pakar bahasa dan sejarah. Walau apapun penilaiannya, silat tetap berkembang dari masa ke semasa, dari tahun ke tahun, dari zaman berzaman. Malaysia tidak terkecuali dalam perkembangan silat yang semakin mencabar dari segi ilmiah dan praktikalnya. Bukan sahaja di Indonesia, Filipina, Thailand, Burma atau Vietnam semakin sukar di kira, Malaysia juga sama. Oleh kerana itu, pertambahan bilangan silat di Malaysia semakin hari semakin berkembang dan berleluasa.

Sebenarnya bukan silat sahaja yang mengalami fenomena ini. Fenomena ini turut berlaku dalam mana-mana beladiri di dunia. Selalunya ianya melibatkan satu perguruan yang sudah besar seperti karate, taekwondo, kung-fu atau wushu dan lain-lain. Karate amnya sudah berkembang dengan pelbagai nama atau fahaman. Contohnya, karate shotokan, gojo-ryu, hayashi-ha, shito-ryu, wado-ryu, kyokushin dan lain-lain. Sama juga perihalnya dengan taekwondo. Kita pernah dengar sebelum ini dengan taekwondo WTF, kini sudah dengar perpecahannya kepada beberapa nama seperti ITF, MITF, GTF dan lain-lain lagi.

Tahukah anda, bilangan perguruan silat yang bertapak di Malaysia sehingga ke hari ini? Mengikut perkiraan fakta dan data, ianya sudah melebihi angka 360 perguruan silat yang ada atau bertapak di Malaysia buat masa ini. Mungkin sudah mencecah 400 jenis silat sama ada yang baru atau lama. Dalam bilangan 300 lebih ini terdapat beberapa jenis silat tua atau yang lama tetapi kurang dikenali atau kurang popular oleh generasi baru kini. Antara contoh silat tersebut ialah Silat Sendeng, Sapek Kalo, Sentaja atau Sunting. Jika diperkenalkan pada generasi baru kini, pasti mereka terpinga-pinga. Berbeza jika kita sebut silat gayong, cekak atau lincah cepat-cepat mereka tahu.


Berikut adalah jenis-jenis silat yang ada di Malaysia mengikut turutan abjad huruf.

Huruf ‘A’ (silat)
Abjad, Acheh Helang Putih, Agam , Al Muazat (Johor), Alif Ba Ta, Amal, Api, Awal (Sabah)

Huruf ‘B’ (silat)
Badek, Baginda Ali (Johor), Baji Bumi, Baju Merah Harimau Berantai, Bakawali, Bakti Negara, Bandung (Sabah), Bangau Putih, Bangkoi (Sabah), Bangsal, Bantan (Melaka), Bayangan (Sabah), Belebat Canggak Emas, Berembang, Buah Mersing, Buah Penian, Buah Pokol, Buah Pulut, Budi Bahasa, Budi Suci (Johor), Bugis, Bunga, Bunga Negeri Kedah, Bunga Rampai

Huruf ‘C’ (silat)
Cakarla (Negeri Sembilan), Cekak Bengkulu, Cekak Harimau, Cekak Malaysia, Cekak Monyet, Cekak Ustaz Hanafi, Cek Kendewa (Sarawak), Cemandas, Chemande, Chikalong Cempaka Putih, Cimandi Hitam, Cimandi Hulu, Cimandi Putih, Cindai Putih, Cirimau

Huruf ‘D’ (silat)
Dela, Depo Woojo

Huruf ‘E’ (silat)
Elat (Pulau Pinang), Embun Putih (Sarawak), Empat, Ezhar,

Huruf ‘F’ (silat)
Firasah (Selangor), Firasat Cemande


Huruf ‘G’ (silat)
Gayang Lima, Gayung Asli, Gayung Cekak Sendeng, Gayung Fatani, Gayung Garuda (Kedah), Gayung Ghaib, Gayung Harimau, Gayung Harimau Hitam, Gayung Laksamana, Gayung Lincah, Gayung Makrifat, Gayung Malaysia, Gayung Pancasila, Gayung Pusaka, Gayung Semarang, Gayung Singa Berantai, Gayung Tok Janggut, Gayung Tujuh, Gayung Zahir Sembilan, Gayungman Asli, Gayungman Kedah, Gegaran Petani (Pulau Pinang), Gelombang, Gelut, Gelut Lintau, Gerak, Gerak Abadi, Gerak Harimau Puaka, Gerak Ilham Gabungan Pendekar, Gerak Kilat, Gerak Lian, Gerak Sakti Insaniah Qudsiah, Gerak Suci, Gerakan 1001 (Sarawak), Gerakan Satu, Gerbang Sakti

Huruf ‘H’ (silat)
Hadramaut, Hailam Betawi (Sarawak), Halimun Allah, Hang Setia, Hang Tuah, Harimau Al Haq, Harimau Berantai, Harimau Betina, Harimau Putih (Sabah), Harimau Seri Rama, Hulubalang

Huruf ‘i’ (silat)
Ikatan Kalam Utama, Inai Teroi, Indera Putera, Istilaq

Huruf ‘J’ (silat)
Jati Bersekutu, Jati Kedah, Jatuh, Jawi

Huruf ‘K’ (silat)
Kaedah, Kaki Tunggal, Kalimah, Kalimah Ghaib, Kalimat Tujuh, Kampung Tebiuh, Kayu, Kayu Merah Harimau Berantai, Kemain, Kembangan (Kelantan), Keramat, Kerayung Sendeng, Kerinci, Keris, Khalifah, Kilat, Kubu, Kudrat Illahi (Johor), Kuningan (Johor), Kuntau Betawi, Kuntau Elat, Kuntau Langkah 21 Gerak, Kuntau Sambar Helang, Kuntau Sendeng, Kuntau Tekpi, Kutar

Huruf ‘L’ (silat)
Laksamana (Johor), Laksamana Hang Jebat, Lam Melayang, Lang Merah, Lang Sewah, Langkah Batu Bara, Langkah Hang Tuah, Langkah Sumbang, Langkah Tiga, Lian, Lian Padukan (Johor), Lian Yunan, Lincah, Lincah Lintar, Lintah, Lintang, Lintau, Liring, Lokma (Sarawak)

Huruf ‘M’ (silat)
Macan Ireng, Majapahit, Majlis, Makrifat (Sarawak), Mandau Senyawa, Mat Kilau, Mayang Mengurai (Sarawak), Medan, Mega Chemande, Melaka, Melayu Asli, Melayu Gayong Pulut Kpg. Kua, Melayu Jawa, Melayu Kedah, Melayu Pahang T.Khatib.M.Noh, Menora, Minang, Minang Jawa Kedah, Minangkabau, Monyet, Moo

Huruf ‘N’ (silat)
Naga, Nasrul Haq, Nasuha Rajawali, Natar, Nur Ilahi


Huruf ‘P’ (silat)
Pagar Ruyong, Pagu (Selangor), Pahlawan (Johor), Panca Indera Lintau, Pancang 12, Pancasila Gayung Harimau, Panden Juan Sutan Maakat, Panglima, Panjar Tujuh (Sabah), Panji Alam, Pantai Sempadan, Paradin, Pasak, Pasak Harimau, Pasak Padang, Pegema, Pegian, Pelaga (Johor), Pelangi, Pelepas, Pencak, Pencak Gayong Melayu, Pencak Melayu Kedah, Pencak Riak Harimau, Pencak Sayau, Pencak Silat Melayu Jati, Pencak Silat Sabah, Pencek, Pencekar Muda, Pendekar Mat Dahan (Pahang), Pendekar Sulaiman (Pahang), Pengantin (Johor), Peninjau, Penjurit Kepetangan (Perak), Perasyah, Periaman, Perisai Sakti Mataram, Perisai Waja, Perkasa Gagah Di Rimba, Perlak (Pahang), Perwira Kedah, Petir, Peturun, Pinang Jawa (Kedah), Pisau, Porpila, Pukulan, Pukulan Gerak, Pukulan Syuhada (Pulau Pinang), Pulut (Kelantan), Purba, Pusaka (Sabah), Pusaka Melayu Asli, Puteri Mandi

Huruf ‘R’ (silat)
Raja Sehari (Perlis), Rajawali, Rampai Sakti, Rampuk, Rancak, Randai, Ranting, Rela Pahlawan (Kedah), Rencong Kapan, Rencong Kayak, Rian, Rohaniah

Huruf ‘S’ (silat)
Sabil Indera Sakti, Saka, SakaBumi, Sala, Sangga Bunuh Aspari (Sarawak), Sangkar Rewana, Sapek Kalo (Sepit Kala), Sapu Angin, Saudara Lima (Pulau Pinang), Sayung, Segap, Sekalung (Sabah), Sekebun, Selangkah, Selangkah Gerak (Kelantan), Selayang Emas (Perlis), Selendang Merah (Kedah), Seleng Cimandi, Seligi Acheh, Seligi Kuningan, Seligi Putera, Seligi Sebalik, Seligi Tunggal (Melaka), Selindang Hitam, Sembah, Semerap, Sempedi, Semulajadi (Negeri Sembilan), Sendeng Kuntau Jawa, Sendeng Makrifat (Sarawak), Sendeng Malaysia, Sendeng Merepat, Sendeng Tapak Sembilan, Sendi (Kelantan), Sendi Cemara Bugis , Sentaja, Separap, Sepasang (Sabah), Sepelet (Terengganu), Sepulut, Seranteh (Selangor), Serendah, Seri Melodi, Seri Minangkabau Tapak Suci, Seri Palembang, Seri Temarang, Serimau Hitam, Sewangi Tujuh, Si Buta Gua Hantu, Siku, Sikume, Sikuna, Singa Kandangan, Songsang, Spring, Sri Gayong Panglima Ulung, Sri Pelanduk (Melaka), Stralak Jalid, Struman, Sukmorogo, Sumandera, Sumandi, Sunda, Sunting, Sunting Dua Belas, Suntingan (Johor), Suntingan Acheh

Huruf ‘T’ (silat)
Tandang, Tangkas, Tapak Rohani, Tapak Sembilan, Tapak Seratus, Tapak Serumpun, Tapak Suci, Tapak Waja, Tari, Tari Asli, Tari Inai, Tari Jawa, Tari Sekubu, Tari Teralak Lincah, Tari Tongkat, Tekpi, Tepi Seni Budaya Bangsa, Teralak Keli (Kelantan), Teralak Nata, Terlak Empat, Terlak Kelantan, Terlak Padang, Terolak Sendeng, Tiga Kalimah Kalimantan, Titi Batang, Titi Pahang, Titi Pinang, To' Perpat Panglima Hitam, Tongkat, Tongkat Nombor Lapan, Tua, Tujuh Makam, Tujuh Putera Hang Setia, Tujuh Selendang Hidayat(S'wak), Tukat Jawa, Tunggal


Huruf ‘W’ (silat)
Wali Ghaib, Wali Sakti, Wali Sembilan, Wali Songo, Wali Suci, Wali Tujuh, Warisan, Warisan Gerak Ilham, Warisan Pusaka

Huruf ‘Z’ (silat)
Zahir

Begitulah keseluruhan 360 jenis-jenis silat yang dapat saya catatkan dalam artikel ini. Segala jenis-jenis silat ini adalah hasil daripada fakta yang saya perolehi melalui pengkajian informasi berkenaan silat di Malaysia sahaja. Jika terdapat nama-nama silat yang tidak tercatat dalam artikel bukanlah kerana tidak sedar akan kewujudan perguruan tersebut tetapi ianya memenuhi catatan berdasarkan 360 jenis-jenis silat yang ada di Malaysia.

Inshaallah, pada keluaran seterusnya saya akan menulis berkenaan dengan perguruan silat-silat yang ada di Malaysia. Pada Episod 4 kelak saya akan mulakan dengan perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia. Kemungkinan penekanan lebih kepada perguruan-perguruan silat yang kurang dikenali.