"...ABG JAM nak TELLING U the THRUTH! Ceywaaahhh... SPEAKING pulakkk... Takpe, sekarang tengah belajar bahasa catalan plak... Seni beladiri asing selain silat yang sama falsafah dan konsepnya dengan Silat Sendeng ialah Jeet Kune Do (JKD) Bruce Lee. Cara 'sparring', konsep, falsafah dan permainannya tidak banyak beza dari segi teknik dan pukulan. Bezanya JKD takde 'Seni' itu sahaja..."
Mendahului serangan
Pada masa
dahulu pembelajaran Seni Silat Sendeng lebih menumpukan kepada aspek seni
beladiri ataupun lebih dikenali sebagai “pukul”. Berdasarkan prinsip, menyerang
adalah sebaik-baik belaan, latihan-latihan Seni Silat Sendeng pada ketika itu
lebih menjurus kepada memahirkan teknik-teknik mendahului serangan musuh.
Prinsip ini diterjemahkan di dalam bentuk teknik beladiri yang 99 peratus
menyerang dan 1 peratus menunggu.
Dalam ertikata
lain, pesilat sendeng amat jarang menunggu serangan sebaliknya memintas
serangan musuh berdasarkan isyarat yang dipamerkan oleh musuh yang bersedia
untuk menyerang.
Isyarat ini
juga disimpulkan di dalam falsafah yang berbunyi "Dalam terang ada cahaya,
dalam kilat ada kilau, dalam seni ada halus, dalam silat ada silau,dalam gayang
ada gerak, dalam gerak ada bayang."
Pesilat Sendeng
akan dapat mendahului serangan setelah 'masak gerak' iaitu kemahiran untuk
mengenal punca punca gerak ataupun ibu gerak samada pergerakan tangan, kaki
ataupun mana-mana bahagian tubuh. Secara khusus, pergerakan halus dikenali
sebagai gerak manakala pergerakan kasar pula dikenali sebagai gayang.
Bagi
membolehkan pesilat sendeng mendahului serangan lawan, beliau perlu memahami
konsep ibu pukul serta menguasai teknik memati gerak dan memati pukul. Konsep
mendahului serangan diterangkan melalui falsafah yang berbunyi "Gerak
engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau
makanan aku." Ini bermakna lagi pantas musuh menyerang lagi pantas kita
serang.
Dalam keadaan
musuh menyerang dengan pantas kita matikan serangannya. Sebab itulah walaupun
pada dasarnya pihak lawan cuba menyerang dahulu tetapi pergerakan lawan itu
dapat dipintas dan akhirnya pesilat Sendeng yang memukul.
Selain daripada
itu, pesilat Sendeng juga perlu mempunyai keberanian dan dapat mengunakan akal
yang waras semasa menghadapi sesuatu serangan. Saat menghadapi musuh ini
disimpulkan didalam falsafah yang berbunyi 'Gerak, gayang, pantas, berani,
berakal'. Gerak dan gayang pada musuh tapi pantas, berani dan berakal pada
kita.
Konsep
mendahului serangan bertujuan untuk menghapuskan punca ancaman seperti yang
ditekankan di dalam falsafah Sendeng yang berbunyi "Yang memukul itulah di
pukul, yang menyerang itulah yang diserang, yang menyakitkan itulah yang
disakitkan."
Akhirnya,
seorang pesilat Sendeng yang telah benar-benar mahir dan memahami konsep
mendahului serangan akan mencapai tahap dimana "Penamat belajar mengelak,
tak payah mengelak, penamat belajar menepis, tak payah menepis” dan "Capai
sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup."
...BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 4...
...BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 4...