NAMA Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.
Di tinjau pengertiannya
sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -
SENI - adalah
kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan
atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.
SILAT - ialah
ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau menyerang sama ada
bermain secara tangan kosong atau bersenjata.
SENDENG -
merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang berposisi
mengiring. Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia
mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi istilah, fizikal mahupun
rohaniah. Dari segi istilah perkataan 'Sendeng' terdiri dari dua sukukata yang
dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG'.
'SEN' -
singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan
rapi.
'DENG' - (atau
' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok
atau tempat perlindungan. Di sudut fizikal pula, kedudukan secara menyendeng
ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya
(muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap
bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara
ini juga akan memudahkan pesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke
hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.
"...Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan..."
Oleh yang
demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk melepaskan,
mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang menghampirinya
kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan bunuh
sebelum hidup".
...BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 3...
...BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 3...