!!!SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013!!!
"...Kesempatan ini ABG JAM serta keluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULFITRI yang akan tiba lagi 3 hari dari sekarang... HUIHHH? kenape cepat sangat ABG JAM buat 'wish'? YUP... sebab ABG JAM dah mule bercuti panjang bermula hari (isnin) untuk memberi perhatian jap pada persiapan hari raya yang bakal menjelang tibe bersama keluarga dan sanak saudara di kampung. Inshaalaah, ABG JAM akan kembali kelapangan penulisan di BLOG 'Jejaka Aksi Malaya' dengan idea yang segar-BUGAR dalam menyampaikan informasi dan tutorial yang baik yang boleh KITE kongsikan bersama... Oleh itu, ABG JAM menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat tersalah kata dan bahasa sewaktu ABG JAM 'galak' menulis dilaman BLOG yang hebat nih... Hiehaaaa... sempat lagi puji diri sendiri. Inshaallah ABG JAM akan keudara balik dilapangan BLOG ini pada RAYE ketiga kejap... COZ buat liputan tentang FC Barcelona dan kembali secara rasmi selepas 18hb Ogos 2013..."
Apa-apapun, ini adalah sedikit fakta tentang Hari Raya Aidilfitri yang ABG JAM sediakan buat ENTE2 sekalian yang dapat KITE kongsikan bersama...
Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر; 'Ayd al-Fiṭr;
"perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.
Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan
yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim
dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa
dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain
Hari Raya Korban.
Hari
Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)
ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan
kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu
bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak
bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu
maghrib di beberapa tempat strategik.
Akhir kata, terimalah beberapa rangkap pantun buat ENTE2 sekalian dari ABG JAM 'boom shakalakala boom!' lagi merapu seperti marang perapu kepunden marang skepel...
Ketupat Rendang Kuih Bahulu,
Enak Di Makan Bersama Keluarga,
Wahai ENTE Wahai MISTERLOBALOBAku,
Mari Kita Bermaafan Di Hari Raya...
Anak Itik Makan Roti,
Anak Ayam Makan BURGER KING, Ada Betui Ka,
Blog Jejaka Aksi Malaya 'Awesome' Sekali,
Jangan Lupe Ekkk, Selalu-Selalulah Lawati Blog ABG JAM nih, Macam-Macam Ada...