"...Pada keluaran yang lepas, ENTE semua disajikan informasi berkenaan dengan teori dan pendekatan yang digunakan dalan JEET KUNE DO (JKD) Burce Lee. Kali ini ABG JAM terus menyampaikan informasi buat ENTE serta peminat Bruce Lee yang 'fans' BEBENOR dengan JKD. Al-maklumlah, JKD bukan senang dapat di Malaysia NIH... SO, ABG JAM mengurangkan kekecewaan itu dengan informasi yang berguna ini. Moga-moga informasi ini boleh KITE kongsikan bersama-sama... SO, pada kali ABG JAM cuba terangkan secara RINGKAS, MUDAH dan PADAT isi kandungannya buat episod 4 ini berkenaan dengan PRINSIP dala JKD... Selamat Menimba Ilmu..."
BERIKUT
adalah prinsip-prinsip yang Bruce Lee masukkan ke dalam sistem pembelajaran
Jeet Kune Do. Bruce Lee berpendapat ini adalah kebenaran dalam pertempuran
sebenar yang telah jelas dengan sendirinya, dan formula kajiannya ini akan
membawa kepada kejayaan 'pemakai'nya jika diikuti dan digunakan dengan betul
dalam sesuatu 'peperangan'. Kebiasaannya dalam setiap satu daripada pertempuran
yang khusus, ia boleh dianggap sebagai satu peranan penting dalam menjadikan
seseorang itu sebagai artis beladiri yang matang dan lengkap.
JKD Bruce Lee mengajar pengamalnya iaitu sistem
pertahanan terbaik ialah 'menyerang'!, maka wujud prinsip dan sistem dalam JKD
yang dikenali dengan 'Intercepting Fist' yang bermaksud pirinsip 'Memotong atau
Memintas Serangan'. Bagi seseorang yang menyerang menggunakan tangan, penyerang
'bermain secara dekat' dengan sasaran. Ini memberi peluang kepada orang yang
diserang itu untuk menggunakan prinsip atau kaedah 'memintas serangan'. Prinsip
'pemintasan' boleh digunakan untuk lebih daripada memintas serangan secara
fizikal. Serangan balas secara tergempar (pergerakan halus yang lawan mungkin
tidak sedar) boleh dilihat atau tidak, dan dengan ianya akan memberi faedah dan
manfaat pada seseorang melaksanakannya.
Oleh itu, Bruce Lee
memperkenalkan prinsip atau kaedah 'The Five Ways Attack' iaitu kaedah 'Lima
Cara Serangan'yang akan memberi 'kemudahan' buat pengamal JKD dalam
'menyelesaikan' sesuatu pertempuran dengan tenang dan senang. Prinsip ini
terdiri daripada ajaran serangan JKD iaitu konsep 'Stop Hits & Stop
Kicks' dan 'Simultaneous parrying & punching', mengambil resmi dan
prinsip dari permainan lawan pedang serta konsep Wing Chun, yang mana secara
jujurnya kaedahnya adalah serentak dalam menyerang dan bertahan. Konsep-konsep
ini telah diubah suai untuk pertempuran bersenjata dan dilaksanakan ke dalam
rangka kerja JKD oleh Bruce Lee, maka engkaplah 'prinsip pemintasan'.
"...Bersambung dalam episod ke-5 yang bertajuk 'Be Like Water' atau diterjemahnya iaitu 'jadilah seperti air'... Tunggu pada keluaran seterusnya, inshaallah..."