...Bertemu Kembali...
"...Pada minggu lepas, ABG JAM telah menulis tentang 'Asal-Usul Hari-Hari Dalam Islam'. Untuk bahagian pertama ABG JAM mulakan dengan hari Jumaat. Pada bahagian kedua ini, ABG JAM kupas lagi informasi tentang hari jumaat untuk dikongsikan bersama-sama. Kenapa hari jumaat? Ya, hari jumaat merupakan penghulu segala hari yang patut kita semua ketahui kerana pelbagai peristiwa dan kebaikan yang boleh kita perolehi..."
RASULULLAH S.A.W bertanya kepada Jibril a.s: "Apa yang diperuntukkan kepada umatku? Jibril a.s menjawab: Hari jumaat dan Syurga dihadiakan kepada umatmu semata-mata kerana rahmat Allah."
HARI PERHIMPUNAN DAN PERPADUAN
Jika pertemuan para nabi pada hari jumaat, begitu jugalah Allah S.W.T menjadikan pertemuan umat Muhammad S.A.W pada hari yang sama, iaitu ketika mereka melakukan solat pada hari jumaat. Allah S.W.T mengundang para hamba-Nya untuk bertemu pada hari jumaat.
Pada satu hari, tepatnya pada hari jumaat, ketika Rasulullah S.A.W sedang berkhutbah, tiba-tiba datang Al-Kalabi dari Syam dan dia memukul rebana sebagai petanda kedatangannya. Mendengar rebana itu, maka keluarlah orang ramai yang berada didalam masjid. Tinggal 12 orang sahaja yang mendengar khutbah baginda.
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: "Sekiranya tidak ada orang yang dua belas ini di dalam masjid, maka sudah pastilah lembah ini dipenuhi dengan api." Apakah perkara yang lain selain perkara yang disebutkan diatas? Jawapannya ialah 'hari perkahwinan' dan 'hari perayaan' dalam Islam.
INSHAALAH, BERSAMBUNG PADA MINGGU HADAPAN...