...SALAM MULIA & BERKAT...
"...Bertemu kembali pada hari jumaat ini... Pada minggu lepas ABG JAM berkongsi dengan ENTE2 semua tentang informasi berkenaan hari jumaat. Kini dah masuk bahagian ketiga... ALRITE!!! Sebelum ini ENTE2 sekalian dah tau apa itu hari jumaat atau siapa yang mulakannya... Hari jumaat juga ABG JAM ada bagitau adalah 'hari pernikahan' dan 'hari perhimpunan serta perpaduan'. Kali ni ABG JAM nak berkongsi dengan ENTE2 sekalian bahawa hari jumaat juga dikenali juga sebagai 'hari perayaan'. Apakah itu 'Hari Perayaan' dalam kehidupan umat Islam di hari jumaat?..."
HARI PERAYAAN DALAM ISLAM
TERDAPAT tiga bangsa umat yang mempunyai hari raya mingguan! Bangsa umat itu ialah Yahudi, Nasrani dan Muslim. Pada mulanya Allah S.W.T memerintahkan kesemua bangsa ini menjadikan hari raya mingguan itu pada hari jumaat. Namun begitu, kaum Yahudi memilih hari sabtu dan Nasrani memilih hari ahad. Kaum Muslim tetap berpegang teguh dengan perintah Allah S.W.T dengan meraikan hari perayaan pada hari jumaat seperti yang ditetapkan. Hari jumaat adalah hari perayaan yang besar fadhilatnya serta banyak kelebihan dan tinggi darjatnya.
Suatu hadis riwayat Al-Bukhariy daripada Abu Hurairah r.a dalam terjemahannya :
Berkata ia,
"Sabda Rasulullah S.A.W. bermula kami umat Muhammad dibangkit pada akhir masa tetapi didahulukan pada hari kiamat selain daripada itu mereka diberikan kitab terlebih dahulu daripada kami. Kemudian bahawasanya hari jumaat ini ialah hari yang difardhukan oleh keatas sekalian umat. Maka telah berselisih faham mereka itu lalu dipertunjukkan Allah S.W.T kepada umat Muhammad makan kebanyakkan mereka (manusia) mengikut kami untuk merayakan hari jumaat tetapi Yahudi merayakan pada hari hari besok (sabtu) dan Nasrani merayakan pada hari lepas besok (ahad)."
Suatu hadis riwayat Muslim daripada Abi Hurairah r.a :
Berkata ia,
"Sabda Rasulullah S.A.W. telah menyesatkan oleh Allah S.W.T daripada hari jumaat akan mereka yang adalah ia sebelum daripada kami maka adalah kaum Yahudi merayakan, hari sabtu dan kaum Nasrani hari ahad maka Allah S.W.T mendatangkan petunjuk kepada kami merayakan hari jumaat maka Allah menjadikan hari jumaat, sabtu dan ahad itu sebagai hari perayaan. Dan demikianlah sekalian manusia mengikut kami pada hari kiamat bermula kami umat Muhammadiah terakhir bangkit di dunia tetapi yang mendahului hari kiamat dapat hukuman terdahulu daripada manusia."
Dan satu lagi hadis riwayat Anas r.a :
Telah berkata Anas r.a bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W lambat keluar kepada kami pada suatu ketika. Apabila ia keluar, aku pun bertanya kepadanya : "Apakah yang menegah akan dikau lambat keluar atas kami, ya Rasulullah?"
Rasulullah bersabda :
"Jibrail membawa datang kepadaku suatu benda menyerupai cermin yang bersih lagi cerah. Dan ditengah-tengah cermin itu ada satu noktah hitam. Lalu aku bertanya pada Jibrail : "Apakah benda yang hitam ini, ya Jibrail?"
Jibrail menjawab :
"Itulah hari jumaat untuk kebaikan bagi kamu dan umat kamu. Sesungguhnya telah diberi kepada Yahudi dan Nasrani akan hari itu tetapi mereka tidak menerima lalu mereka tersesat jalan dan Allah S.W.T telah memberi hidayat kepada kamu wahai Muhammad."
Dan aku bertanya lagi: "Apakah benda yang hitam ditengah-tengah noktah hitam pada cermin itu, ya Jibrail?"
Jibrail menjawab :
"Ini adalah suatu waktu dimana pada hari jumaat itu tidak akan ditolak sebarang permintaan hambaNya. Maka jika tidak ditunaikan sekarangpun, akan ditunaikan pada hari kiamat atau diangkatkan daripada hamba itu akan balanya."
INSHAALLAH, BERSAMBUNG PADA MINGGU DEPAN...