Pelakon Aksi Seni Beladiri? Tahukah anda, siapa mereka ini...secara realistiknya Malaysia belum ada tetapi bibik-bibik atau tanda-tanda sudah ada... |
MUKADIMAH
Selamat kembali ke arena komentar saya pada kali ini… setelah berkurun lamanya tidak menulis menyalur idea & informasi, buat pertama kalinya saya memecah ‘tembok’ yang sering menghalang daripada saya berbuat demikian. Tembok itu adalah MASA! “…demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan beramal soleh…” Pada artikel yang pertama baru-baru ini, saya telah membahaskan pendapat dan luahan tentang kegagalan Malaysia menghasilkan filem-filem bergenre aksi seni beladiri. Namun berbeza pada kali ini, saya akan menceritakan informasi tentang barisan-barisan pelakon aksi seni beladiri wanita antarabangsa, yang mana mungkin atau tidak pernah anda dengar dan lihat aksinya. Oleh itu, selamat membaca…!
SEPERTI biasa, ruangan artikel ini akan saya sajikan buat para pembaca, blogger dan peminat filem aksi seni beladiri yang budiman, untuk dikongsikan bersama-sama. Untuk pengetahuan anda, artikel kali ini bukan berupa kritikan atau komen pedas seperti keluaran yang lepas tetapi menjurus kepada informasi yang sedikit sebanyak boleh membuka minda anda tentang pembikinan filem aksi seni beladiri amnya. Berhubung tajuk kali ini, ‘Pelakon Aksi Seni Beladiri Wanita’, di sini saya susun semula barisan srikandi filem aksi seni beladiri yang pernah menggegar dunia perfileman.
Kita mulakan dengan pelakon aksi beladiri yang pertama di dunia pada era 70an. Pernahkah anda dengar nama Angela Mao? Saya pasti ramai dikalangan peminat filem aksi seni beladiri tidak kenal beliau. Angela Mao adalah pelakon seni beladiri wanita yang pertama dilahirkan dalam dunia perfileman.
Pernah berlakon sebagai pelakon jemputan dalam filem Enter The Dragon, ketika itu dia hanya dibayar dengan USD 100 sahaja untuk kerja-mengejar dan babak pertarungan di samping Bob Wall. |
ANGELA MAO
Angela Mao atau nama sebenarnya Mao Ying@Angela Mao Ying@Mao Fu Ying telah dilahirkan di Taiwan pada 20 September 1950. Beliau merupakan pelakon aksi seni beladiri yang paling Berjaya di Hong Kong pada tahun 1970 sehingga mendapat jolokan dengan beberapa nama oleh peminatnya seperti Lady Whirlwind dan Lady Kung Fu. Beliau adalah pengamal Kung Fu di samping memiliki kemahiran dalam seni beladiri Hapkido dan Taekwondo yang menjadi asas seni pertarungan dalam filemnya. Antara filem hebat aksi lakonannya seperti filem sensasi Bruce Lee bertahap Hollywood iaitu Enter The Dragon (guest artist), Hapkido dan Lady Whirlwind yang telah mengangkat nama Angela Mao sebagai pelakon aksi seni beladiri sekitar 70an dan 80an. Berikut adalah senarai filem-filem lakonannya;
Filmography
The Angry River (1970) - Lan Feng
Thunderbolt (1970)
The Invincible Eight (1971)
Deadly China Doll (1972) - Hei Lu
Hapkido (1972) - Yu Ying
Lady Whirlwind (1972) - Miss Tien
Enter the Dragon (1973) - Su Lin
Back Alley Princess (1973) - Ying
Sting of the Dragon Masters (1973) - Wan Ling-ching
The Two Great Cavaliers (1973)
The Fate of Lee Khan (1973)
Naughty! Naughty! (1974)
The Shrine of Ultimate Bliss (1974) - Angela Li Shou-Hua
The Invincible Kung Fu Trio (1974)
The Tournament (1974)
The Himalayan (1975)
Return of the Chinese Boxer (1975)
International Assassins (1976) - Queen of Cambodia
Lady Karate (1976)
Duel with the Devils (1977) – Chu
Invincible (1976)
The Eternal Conflict (1976) - Fei Fei
Duels in the Desert (1977)
Broken Oath (1977) - Lotus Lin
The Damned (1978)
Iron Maiden (1978) - Chin Lun
Return of the Tiger (1979)
Snake Deadly Act (1979) - Brothel Madam
Flying Masters of Kung Fu (1979)
Moonlight Sword and Jade Lion (1981)
The Stunning Gambling (1982)
Ninja, the Violent Sorcerer (1982) (uncredited) – Anna
Book and Sword Chronicles (TV series) (1984) - Luo Bing
Eastern Condors (1987)
Devil Dynamite (1987)
Ghost Bride (1992)
Aksi pertarungan Kung Fu klasik Angelo Mao memang 'aunthentic' ketika menentang penjahat dalam filem lakonannya... |
Kalau kita perhatikan semua filem-filem hasil lakonannya adalah berunsur seni pertarungan. Itulah bezanya antara pelakon aksi dengan pelakon biasa sahaja. Barulah layak seseorang itu dilabel sebagai pelakon aksi. Cerita selanjutnya tentang dirinya, akan saya ceritakan pada artikel biografinya dalam masa yang terdekat ini.
Cynthia merupakan aksi wanita lasak yang pernah di lahirkan setanding dengan pelakon aksi seperti Jackie Chan kerana keberanian melakonkan aksi di pukul dalam adegan pertarungannya... |
CYNTHIA ROTHROCK
Beliau merupakan pelakon filem aksi dan jurulatih seni beladiri gaya bebas di Amerika dan merupakan pelakon aksi seni beladiri wanita yang paling Berjaya di Hollywood. Di lahirkan pada 8 Mac 1956 bertempat di daerah Wilmington, Delaware adalah srikandi filem aksi beladiri Amerika yang paling cantik, mantap dan manis orangnya. Merupakan juara dunia sebanyak lima kali dalam kejohanan Karate berturut-turut di antara tahun 1981-1985. Selain itu, Cynthia juga merupakan pemegang enam tali pinggang tahap hitam dari berlainan disiplin beladiri seperti Tang Soo Do, Taekwondo, Eagle Claw Kung Fu, Wushu, Northern Shaolin dan Pai Lum Tao Kung Fu. Untuk pendedahan lain nanti akan saya kemukan dalam artikel khas untuk biografi pelakon aksi seni beladiri wanita pada keluaran akan datang. Berikut adalah senarai filem-filem aksi lakonannya;
Filmography
1985- 24 Hours to Midnight
1985- Defend Yourself/Sybervision
1985- Yes, Madam
1986- Millionaire's Express (Shanghai Express)
1986- Righting Wrongs (aka Above the Law)
1987- Magic Crystal
1988- The Inspector Wears Skirts (aka Top Squad)
1988- China O'Brien
1988- China O'Brien II
1989- Triple Cross (aka Angel of Fury)
1989- Martial Law
1989- Prince of the Sun
1990- Free Fighter
1990- Fast Getaway
1990- Lady Dragon
1990- Tiger Claws
1990- Rage and Honor
1991- Honor and Glory
1991- Rage and Honor 2
1991- Lady Dragon 2
1992- Rage and honor
1992- City Cops (Beyond the Law)
1993- Irresistible Force
1993- Guardian Angel
1994- Undefeatable
1994- Bloody Mary Killer
1994- Fast Getaway 2
1994- Eye for an Eye
1995- Tiger Claws 2
1996- Hercules: The Legendary Journeys (TV)
1996- Sworn to Justice (formerly Blond Justice)
1996- Checkmate
1996- Night Vision
1996- The Encyclopedia of Martial Arts-Martial Combat
1997- The Hostage
1997- American Tigers
1999- Tiger Claws 3
2000- Manhattan Chase
2001- Redemption
2002- Outside the Law
2003- Bala Perdida
2004- Xtreme Fighter (aka Sci-Fighter)
Cantik, Lasak & Berkemahiran, adalah pakej yang dimiliki Rothrock dan jarang ada bagi seseorang individu berggelar pelakon aksi lasak wanita... |
Filem-filem di atas telah memberi penghormatan buat Cynthia selaku pelakon aksi seni beladiri yang unggul sekitar tahun 90an dan awal tahun 2000. Lebih daripada 40 buah filem aksi yang pernah beliau lakonkan termasuk di Hong Kong dan Hollywood.
Jeeja Yanin, produk aksi seni bela diri terbaru Siam yang berjaya selepas Tony Jaa... |
YANIN ‘JEEJA’ VISMISTANANDA
Melepasi tiga dekad, dunia masih tidak ketandusan pelakon aksi bela diri yang berwibawa yang boleh mewakili kehebatan kaum wanita. Sinonim dengan Negara gajah, Siam meneruskan kesinambungan itu dengan mengambil-alih status pelakon aksi wanita yang berjaya di alaf baru ini selepas Hong Kong (Angela Mao) dan Amerika (Cynthia Rothrock). Sesuai dengan saiz wanita asia Yanin telah di ketengahkan oleh Prachya Pinkaew yang juga pencetus filem aksi di Siam. Pinkaew juga adalah individu yang sama bertanggungjawab menaikkan nama Tony Jaa ke persada dunia melalui sentuhan filem aksi mereka. Atas sentuhan magis beliaulah, nama Yanin juga turut dikenali dan terserlah bakat aksinya dalam filem arahan beliau.
Yanin ‘Jeeja’ Vismistananda atau nama sebenarnya dalam bahasa Siam adalah Nicharee Vismistananda. Sama seperti Angela Mao, terdapat beberapa nama mengikut sebutan dalam loghat keturunan mereka ini. Antaranya, Yanin ‘Chicha’ Wisamitanan@ Nee Chicharee Vismistananda@ Nitchari Wismitanan tetapi dalam credit tittle dalam filem sulung lakonannya iaitu Chocolate (Women Quanba), beliau menggunakan nama Yanin Mitananda. Namun, secara ringkasnya nama lain yang mudah disebut buat peminat adalah Jeeja Yanin. Di lahirkan pada 31 Mac 1985, di Bangkok, Thailand, wirawati Siam ini memiliki tali pinggang hitam dalam seni beladiri Taekwondo tahap 3 dan mahir dalam ilmu Muay Thai. Berikut adalah antara filem-filem aksi lakonannya;
Kemampuan Jeeja menendang dengan ala Bruce Lee, menjadikan dia istimewa berbanding pelakon-pelakon wanita lain di negaranya... |
Filmography
Chocolate (2008) as Zen
Raging Phoenix (2009) as Deu
Jak Ka Ran (2011) as Jak Ka Ran
The Kick (2011)
Chocolate 2 (2011)
Tom-Yum-Goong 2 (2011)
Aksi hebat Jeeja dalam filem pertama lakonannya, Chocolate a.k.a women quanba... |
Itulah barisan pelakon aksi seni beladiri wanita yang terbaik setakat ini. Pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa Michelle Yeoh, Zhang Zi Yi, Karen Mok, Shu Qi atau Anita Mui itu tidak tergolong daripada pelakon aksi seni beladiri yang saya nyatakan di atas? Sedangkan mereka banyak berlakon dalam filem-filem aksi sebelum ini bersama-sama pelakon aksi terkenal dunia seperti Jackie Chan, Jet Li atau Donnie Yen?
Ya, itu memang benar tetapi mereka semua bukanlah pelakon aksi yang sebenarnya seperti tiga individu yang di atas. Angela Mao, Cynthia Rothrock dan Jeeja Yanin merupakan pelakon aksi yang ‘bergelanggang’, pengamal, master atau jurulatih yang ada kelayakan. Berbeza pula dengan Michelle Yeoh, beliau berasal dari model, penari dan berlakon dalam filem aksi kerana kerjaya serta sebagai ‘batu loncatan’ untuk mengembangkan bakat dan pengaruh ke persada antarabangsa.
Seperti sedia maklum, filem aksi Hong Kong sering mendapat tempat di pasaran luar. Sama juga dengan Zhang Zi Yi, Karen Mok, Shu Qi, Anita Mui atau Gong Li, mereka semua adalah model, penyanyi atau penggubah lagu yang Berjaya di Hong Kong. Untuk meluaskan empayar, mereka perlu mempelajari dan berlakon dalam filem aksi serta stunt. Di Malaysia masih belum ada yang menonjol dalam lakonan filem aksi seni bela diri, tetapi bagi generasi baru ini sudah ada beberapa orang calon yang saya lihat berpotensi.
Zhang Zi Yi dan Michelle Yeoh merupakan pelakon, model dan penari, tetapi mereka menggunakan kelebihan industri Hong Kong dalam filem aksi sebagai platform mereka mencipta nama di Hollywood... |
Begitulah serba sedikit informasi buat anda tentang dunia filem aksi seni beladiri yang mungkin masih baru buat anda. Semoga rencana ini boleh memberi anda satu dimensi dan pandangan baru tentang filem aksi dan seni beladiri. Dari ketiga-tiga pelakon aksi ini dapatlah saya klasfikasikan mereka ini mengikut rating seperti berikut;
- Yanin ‘Jeeja’ Vismistananda
- Cynthia Rothrock
- Angela Mao
Insya-allah, pada keluaran akan datang, kita kenal pula barisan-barisan pelakon lelaki yang pernah dan terkini yang mewarnai dunia perfileman genre aksi seni beladiri. Rasanya pada topik ini, ramai pembaca dan peminat filem aksi kenal mereka, tetapi ada juga yang anda tidak kenal mereka. Nantikan pada isu yang akan datang. Pada anda yang membaca dan melayari blog ini, saya dahului ribuan terima kaseh atas sokongan anda!