Friday, February 08, 2013

20 Perkara Yang Boleh Membawa Kita Ke Syurga




TANPA kita sedar sebenarnya bukan susah hendak melaksanakan perkara-perkara yang yang beroleh pahala. Dan, bukan juga susah untuk melaksanakan perkara-perkara yang beroleh dosa. Namun, yang mana satu pilihan anda semua? Saya yakin, semua orang mahu melakukan perkara-perkara dan amal-amal yang baik buat bekalan kemudian kelak. Tidak mungkin ada diantara yang anda semua sukakan perkara mungkar walau realitinya perkara mungkar memang berleluasa sekarang.

Oleh itu, kesempatan dan kelapangan yang diberikan Allah S.W.T ini saya gunakan untuk berkongsi dengan para sahabat semua yang menatap blog saya ini. Selain membaca info dan ilmiah melalui artikel yang saya karangkan, saya juga suka menyampaikan perkara-perkara yang baik-baik buat muslimin dan musimat semua.


Saya bukanlah ustaz atau pendakwah 'rasmi' tetapi saya menjalankan tuntutan agama kita, dan sememangnya menjadi kewajipan kita dalam menyampaikan ilmu, kerana setiap muslim yang dilahirkan di muka bumi ini adalah 'khalifah'. Ianya bertepatan dengan riwayat al-Bukhari, daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya, Nabi S.A.W bersabda: “Sampaikanlah daripada Ku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israel. Tiada kesempitan dan dosa.”

Tahukah anda apakah perkara yang membenar atau membolehkan kita atau membawa kita ke syurga? Benar, terdapat 20 perkara yang boleh membawa kita ke syurga. Justeru itu, saya susun kesemua perkara itu buat informasi dan pengetahuan anda semua buat muslimin dan muslimat.

  
1.      Menjaga solat suboh dan asar
2.      Solat diawal waktu dan berbakti kepada ibubapa
3.      Berjihad dijalan Allah SWT
4.      Menghilangkan gangguan jalan
5.      Sabar atas kehilangan anak kecil
6.      Membaca ayat quisi selepas solat fardhu
7.      Sentiasa dalam keadaan wuduk
8.      Sentiasa ke masjid pagi dan petang
9.      Berdoa selepas wuduk
10.  Mati dalam keadaan bersyahadah
11.  Menjauhi dosa-dosa besar
12.  Bagus dalam mendidik anak perempuan
13.  Memelihara lidah dan kemaluan
14.  Berakhlak mulia
15.  Memelihara anak yatim
16.  Menghafaz 99 nama Allah SWT
17.  Membina masjid
18.  Banyak membaca surah Al-Ikhlas
19.  Banyak berpuasa sunat
20.  Mendapat haji mabrur

Daripada 20 perkara yang disebut diatas tadi, berapa banyak tanpa kita sedar telah melakukan amalan tersebut. Jika kesemuanya, alhamduillah, jika tidak cuba-cubalah melakukannya perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit, insya-allah. Moga-moga perkongsian informasi ini akan memberikan kita keberkatan dan kesedaran bukan sekadar diri muslimin dan muslimat sahaja, malah ianya mengingatkan diri saya sendiri. AMIN. ;-)