Friday, July 26, 2013

Hayati Peristiwa Nuzul Quran


As-Salam buat Muslimin dan Muslimat serta para pembaca yang dikasihi, 

ALHAMDULILLAH, kite semua telah pun menjalani ibadah puasa melebihi hari yang ke-15. Syukur ke hadrat illahi kerna limpah-Nya kite masih berpeluang mengecapi nikmat yang diberi. Hari ini adalah hari cuti umum sempena Nuzul Al-quran. Oleh itu, ABG JAM nak share sedikit ilmu pengetahuan tentang Nuzul Al-quran dengan ENTE semua lah... Wassalamu...

"...Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq..."