Tuesday, July 23, 2013

Donnie Yen dan Wilson Yip Keluar Dari Ip Man 3!!!


Bertemu kembali di arena ini,

FRANCAIS filem Ip Man adalah filem seni beladiri amat popular dan dinanti-nanti oleh peminat beladiri dunia khususnya pengamal seni beladiri Kung Fu. Setelah berjaya dengan dua edisi Ip Man dan Ip Man 2, khabar angin yang mengatakan terdapat pergolakan dalam menghasilkan edisi ketiga ini makin terbuka pekungnya. Ianya berlaku apabila pihak penerbit iaitu Raymond Wong, mahu menukarkan teraju utama filem tersebut iaitu Wilson Yip dengan anaknya Edmond bagi Ip Man 3. Perkara itu disanggah Donnie Yen kerana dia dan Wilson telah bekerjasama menghasil dan menjaga kualiti filem berkenaan sejak awal penerbitannya.

Keadaan kembali reda selepas Donnie Yen turut mengugut untuk tarik diri. Selepas selesai keadaan itu, timbul pula masalah lain iaitu masalah kepadatan jadual kerja antara Wilson Yip dan Donnie Yen selain bajet produksi tidak menepati kriteria untuk menghasilkan filem Ip Man 3 dalam bentuk 3D. Hubungan mereka kembali tegang. Kelewatan pihak penerbit memutuskan tarikh penggambaran secepat antara punca kekalutan ini berlaku. Menurut sumber terbaru, penerbitnya memutuskan untuk memulakan penggambaran filem ini pada tahun hadapan, Donnie Yen membalas dengan mengatakan jadual kerja dia dan Wilson sudah terlalu padat!

"...Perkara ini mengingatkan tentang apa yang berlaku pada ABG JAM ketika menghasilkan drama aksi EJEN RAHSIA 5 untuk Astro pada tahun 2006. Selepas tamat musim pertama, siri EJEN RAHSIA 5 ini akan disambung penerbitannya seperti pada perjanjian awal bahawa EJEN RAHSIA 5 akan diterbitkan sehingga 3 musim. Namun, selepas berjaya dan mendapat rating yang baik, barisan EJEN RAHSIA 5 hendak dirombak oleh penerbit. Hanya skrip sahaja mereka mahukan, habis kuat jadi koreografer! Jadi, ape lagi... ABG JAM dan rakan2 sepakat tidak mahu teruskan dan skrip ditarik balik!..."