PECAT Saja Rajagopal!!! Itu antara tajuk utama yang terpampang pada dada akhbar tempatan. Mana tidaknyer... Apa yang berlaku pada pasukan 'Harimau Malaya' tidak mencerminkan keperibadiaan pasukan kebangsaan kite. Semakin berlembut semakin teruk prestasi dibawah bimbingan si Raja nih... ABG JAM memang begitu... sensitif pada persekitaran... jika ade yang tak kena sure ABG JAM tulis untuk dikongsi maklumat bersama2 KENGKAWAN... Pandangan ABG JAM mudah, PECATTTT!!! hihihi...
Bayangkan, daripada 12 perlawanan persahabatan sebelum ini sama ada bertaraf 'A' atau tidak kite hanya menang dua kali, seri sekali dan kalah sembilan kali. Senario tu membimbangkan, malah ditertawakan orang... Buktinya, Jose Mourinho dan media jepun. Terbaru dibelasah 5-0 oleh pasukan kelab kedua tercorot di sana... Tengku Abdullah turut kecewa dengan perkembangan ini dan memaksa Rajagopal hentikan eksperimen.
Selain Tengku Abdullah, bekas pemain dan jurulatih tempatan turut membidas prestasi Rajagopal yang amat memalukan negara. Antara yang lantang ialah Khalid Ali.
"...Apa lagi saya boleh cakap? Kalau saya cakap nanti orang marah. Namun memang kualiti pemain dan jurulatih kita masih di takuk rendah dan kekalahan besar sebuah pasukan berstatus kelab, memang memalukan sebagai pasukan negara. "Kita kena sedar Liga Jepun yang berada di kelas A dan apabila kita kalah, apa lagi hendak ditunjukkan oleh Rajagobal. Saya fikir sudah sampainya satu rombakan drastik perlu dilakukan, kekalahan 0-5 sukar untuk diterima oleh semua peminat bola sepak Malaysia..."
Bagi bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hasan pula mempersoalkan sama ada Rajagobal mendengar atau tidak kritikan yang dilemparkan oleh pemerhati bola sepak atau sekadar menganggap itu satu perkara yang tidak perlu diendahkan.
"....Saya tahu ada kalanya pandangan yang diberikan oleh mereka di luar padang tidak sama dengan mereka yang melatih. Namun terimalah sekurang-kurangnya teguran itu sebagai sesuatu yang positif, janganlah hanya pandang sinis sahaja dengan apa orang lain perkatakan dengan mengatakan benda-benda yang tidak sepatutnya seperti ranking tidak perlu. Mungkin tidak semua apa yang diperkatakan oleh saya atau bekas-bekas pemain lain itu betul tetapi pandangan kami semua adalah berdasarkan pengamalan kami sepanjang bergelar pemain dan sayangkan bola sepak negara. "Satu lagi, janganlah kita terlalu asyik mengimbas kejayaan lalu seperti memenangi pingat emas Sukan SEA atau Piala AFF. Sudah sampainya kita fokus untuk memperbaiki prestasi dari masa ke semasa, kekalahan ini satu tamparan hebat kepada, sudah tentu JFA (Persatuan Bola Sepak Jepun) mentertawakan kita boleh kalah kepada sebuah pasukan kelab..." katanya.