Tuesday, July 30, 2013

Tradisi & Evolusi Dalam Ilmu Persilatan...


SEHARI yang lepas ABG JAM terbaca satu kenyataan berhubung dengan kemelut SILAT di negara kite NIH... Pada pendapat ABG JAM kenyataan itu tak patut diPOSTkan dalam laman FB tuh, kerana ianya tidak sesuai dan membuktikan serta mencerminkan individu yang mengPOSTkan kenyataan itu tidak bijak dan global. Kenyataan tersebut seolah-olah menuntut kebenaran melalui pandangan orang ramai sama ada kehadiran 'beladiri campuran' a.k.a MMA akan menghapuskan sedikit demi sedikit peranan SILAT di negara kite. Jika ianya diPOSTkan oleh laman FB persendirian masih boleh dikira lagi tetapi ianya diPOSTkan pada laman PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN.

Kenapa perlu takut? Adakah badan tersebut takut pada bayang2 sendiri? Pada ABG JAM lah... peranan silat di negara ini tetap segar dan diminati oleh masyarakat setempat. Kalau tidak ape guna ada PESAKA. Selagi bernama Melayu, silat tetap wujud dalam kehidupan geografi kite walaupun dalam bilangan yang kecil. Usah takut akan ancaman peranan atau kepupusan! Ianya berlaku jika kite tidak mainkan peranan kite! Apa guna jika ada pelbagai badan persekutuan, persatuan atau pertubuhan silat tetapi tidak memainkan peranan dalam memajukan silat itu sendiri. Tidak perlu kite menyalahkan beladiri lain apabila mereka maj. Salahkan diri sendiri kenapa tidak mahu maju! Sebaiknya, elok kite belajar daripada kejayaan mereka untuk memajukan silat kite.

Dunia sentiasa berubah dan sering berubah. Begitu juga silat. Benar! Silat kite perlukan pendekatan yang baru. Tradisi dikekalkan Evolusi diperlukan. Tradisi yang bagaimana yang perlu kite pelihara? Tradisi persilatan yang baik-baik seperti moral dan nilai-nilai. Adakala tradisi itu merosakkan silat itu sendiri kerana ianya melibatkan perkara-perkara primitif yang menyalahi akidah. Itu perlu ditegah. Evolusi diperlukan dari segi pembaharuan kaedah pembelajaran sebagai contoh. Orang dulu sememangnya 'jenis2' bersabar. Orang kini tidak lagi. Mereka jenis 'express' dan tidak suke pada perkara lambat. Ada masa kite terpaksa ikut kehendak mereka pada sesuatu perkara tetapi tidak semua patut kite buat begitu. Sebagai contoh, buat bengkel 'fast learner' bagi yang baru.

"...Ini adalah sekadar pandangan dan percambahan idea sekiranya jika kite mahukan SILAT bersaing dengan dunia beladiri asing sememangnya menguasai pasaran beladiri Malaysia buat masakini. Ternyata golongan elit lebih sukekan 'kekasaran', cepat dan mudah. Tidak hairan kenapa Muay Thai jadi pilihan, tinju atau MMA. Kite tidak boleh menyalahkan ilmu beladiri itu kerana ianya ilmu beladiri yang datang dari Allah SWT jugak. Banyak lagi contoh yang boleh ABG JAM kongsikan, tetapi ruangan ini terhad. InshaAllah dilain masa ABG JAM kongsikan lagi pendapat demi kebaikan. Jika mahukan maklum balas, marilah kite bertukar-tukar fikiran diruangan komen yang disediakan sama ada di sini atau di FB. Ingat! Tiada pilihan buat kite pengamal beladiri SILAT untuk maju iaitu perlukan sedikit evolusi..."