Friday, August 31, 2018

Salam Merdeka & Salam Jumaat


"...setakat ini dalam banyak banyak filem peperangan melawan musuh atau penjajah, filem mane yg paling banyak memberi kesan pada anda? saya pilih 'bukit kepong'... apa2pun, kita kena hargai setiap detik pengorbanan pejuang & pahlawan kemerdekaan terdahulu, kerana gerakkan & usaha merekalah kita agak selesa dan lalai... jangan seronok bercuti saja tapi gunakan kesempatan bercuti ini untuk muhasabah diri... sambil sambil itu layan dulu video merdekaini saya edit untuk memberi inspirasi jatidiri buat kita semua, al fatihah buat para pejuang kita yang terkorban atau yang masih hidup..."

Tonton di YouTube : https://youtu.be/k5Y3gOfJ7Gc
Klip klip video filem :
Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan & Darah Satria

Foto - foto pahlawan :
Tok gajah, Mat Salleh, Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut

Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 5 : https://youtu.be/6bwILkvVVGY
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 6 : https://youtu.be/reJVjq_FRkk

Follow my Pinterest : https://pinterest.com/akmaledge9

Tuesday, August 28, 2018

Entittled : Silat Warrior atau One Armed Silat Warrior?


SILAT WARRIOR atau ONE ARMED SILAT WARRIOR?
"nampak gayanya, saya terpaksa ubah sedikit jalan cerita pembikinan pilot filem aksi silat saya sebab saya masih belum pulih daripada kecederaan sepenuhnya... lama jugak dok fikir, hahaha... jika nak tunggu mungkin lambat dan mungkin terbantut cita cita tersebut selain takut nampak kecacatan silat itu nanti... oleh itu, dengan mengikut situasi semasa, saya kena ade 'contigency plan' atau saya stick on basic plan...? ok ker, anda rasa camneh? saya dah nampak back up idea... 'one armed silat warrior'... tengah cari idea ni nak buat skrip... bismillah, dengan izinNya!!!"

***pssttt, ade kengkawan yang tahu mana mana lokasi cantik untuk di buat babak pertarungan silat... mohon2 share dengan saya... 😘😘😘
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o

Follow my Pinterest : https://pinterest.com/akmaledge9

Saturday, August 25, 2018

Body Double of Farid Kamil dalam Filem Tombiruo

BODY DOUBLE OF FARID KAMIL DALAM FILEM TOMBIRUO

"Atas permintaan sahabat dan ramai juga yang bertanya, adakah saya terlibat dalam pembikinan filem tersebut... jadi nak tengok aksi saya dalam filem tersebut, sebab tak nampak pun... semalam saya dah muat naik kat facebook ni tapi kene block lak video tu oleh astroshaw, ape2pun saya tunaikan jugak dengan ubah sikit content video ini, video asal masih ada... alhamdulillah tidak kene block, cuma siapa nak tengok video asal bole PM saya... selamat berhujung minggu & menonton" 🙏👊😇
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o

Follow my Pinterest : https://pinterest.com/akmaledge9

Wednesday, August 22, 2018

😇🌟🌟SALAM AIDIL ADHA 1439 H🌟🌟😇


"Alhamdulillah, selesai ibadah korban, baru boleh nak posting posing... Salam pembuka langkah, jangan berundur lagi, mara bersama keimanan, sekalipun orang-orang kafir, musyrik & munafik tidak menyukai mu, inshaAllah, Allah Maha Besar"

.اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

"...MAAF ZAHIR BATIN JIKA ADA SALAH SAYA DALAM TUTUR KATA DAN SEBAGAINYA..."
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o

Follow my Pinterest : https://pinterest.com/akmaledge9

Monday, August 20, 2018

Dance Art of Weapons

DANCE OF WEAPONS (tari seni senjata) COMPILATION VERSION ~ MY STYLE

"showreel kemahiran permainan seni senjata persilatan yang pernah saya kuasai... antaranya, keris, parang, tongkat, tuas, tekpi dan nunchaku besi, selamat berhibur!"

Friday, August 17, 2018

Cuaca Panas, Dajjal & Kisah Kemarau Melanda Mesir


CUACA PANAS, DAJJAL & KISAH KEMARAU MELANDA NEGERI MESIR SEWAKTU NABI YUSUF A.S MENJADI MENTERI KEWANGAN


"...dengan nama Allah, dengan izinNya, saya berniat demi kebaikan berkongsi peringatan buat semua termasuk diri saya sendiri... jangan tinggal atau jauhi Al quran... kerana al quran akan memberi manfaat kepada kita kelak..."



Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam telah bersabda :

اقرأوا الْقُرْآن فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْم الْقِيَامَة شَفِيعًا لأَصْحَابه (رواه مسلم)

“Bacalah Al-Quran, kelak ia akan datang di Hari Kiamat memberi syafaat kepada para pembacanya.” (HR. Muslim).

CUACA PANAS MELAMPAU

Sudah beberapa tahun fenomena cuaca panas melampau (el Nino) menimpa kita, tanah melayu... bagi pihak jahiliyah mereka berkata ini adalah masalah geografi atau kaji cuaca iklim sahaja yang boleh kembali pulih dalam masa terdekat... bagi kita yang beriman yakin ini adalah satu tanda, peringatan atau azab kerana dosa dosa mereka yang menolak, menghina, melawan atau mendustakan nikmat dan amanah yang diberikan Allah..."

Allah SWT berfirman:

فَبِاَيِّ اٰلَآ ءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" (Ar-Rahman 55)

ولقد أخذنا آل فرعون بالسنين ونقص من الثمرات لعلهم يذكرون

“Dan Sesungguhnya Kami telah menghukum (Fir'aun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.”(Al-A’Raaf 130)

Ayat dalam surah Al A'raaf, memberi peringatan kepada kita bahawa Allah akan mendatangkan musibah kepada pemerintah (firaun) dan penyokong (kaumnya) kerana menindas atau sombong pada agama Allah.

TANDA DAJJAL SUDAH HAMPIR KELUAR

Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Allah akan menahan hujan tiga tahun sebelum kedatangan Dajjal.

Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kelaparan dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Manakala penduduk yang tidak mau bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kekeringan dan kelaparan.

Diriwayatkan, penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kekeringan. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah? “Nabi menjawab: ”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” (H.R IbnuMajah)

Sebelum keluarnya Dajjal, akan didahului dengan musim kemarau yang berkepanjangan selama 3 tahun berturut-turut. Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah tempo waktu tiga tahun yang sangat sulit, di mana pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat.”

Allah SWT memerintahkan kepada langit pada tahun pertama darinya untuk menahan 1/3 dari hujan dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan 1/3 dari tanaman. Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada langit pada tahun kedua darinya agar menahan 2/3 dari hujannya dan memerintahkan bumi untuk menahan 2/3 dari tanamannya. Kemudian pada tahun ketiga darinya Allah SWT memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya ,lalu ia tidak meneteskan setitik air pun dan memerintahkan bumi agar menahan seluruh tanamannya, maka setelah itu tidak tumbuh satu tanaman hijau pun dan semua binatang berkuku (hewan ternak) akan mati kecuali yang dikehendaki oleh Allah SWT.

NABI YUSUF A.S : MIMPI SUBUR 7 TAHUN, KEMARAU 7 TAHUN

Perancangan Ekonomi Nabi Yusuf a.s.
Berdasarkan firman Allah dalam surah Yusuf ayat 46-49 yang bermaksud: 

46. (setelah ia berjumpa Dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang Yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada Kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau serta tujuh tangkai lagi Yang kering; (tafsirkanlah) supaya Aku kembali kepada orang-orang Yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.

47. Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan.

48. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

49. “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun Yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.

Jelas bahawa risiko berlakunya kekurangan/musibah/saat - saat sukar, di masa hadapan memerlukan perancangan yang rapi untuk menghadapinya.

Kisah nabi Yusuf a.s ini wajar diambil iktibar supaya kita bersiap sedia menghadapi musibah. Saya tak berani nak melebihi dalil diatas, tapi yang nyata memang keadaan masa kini agak meruncing...

Siapa yang celik mata hati akan nampak perkara ini... wallahualam

Thursday, August 16, 2018

Koleksi Rider Kicks Lejen ~ My Style



"video aksi kompilasi 'rider kick' ala ala super hero lejen kamen rider black... siapa sezaman dengan saya pasti sangat teruja nak jadi wira bertopeng ini... dari 'henshin' hingga 'finishing moves' menjadi ikutan... soundtrack pun best dan menjadi siulan... untuk menaikkan mood & semangat saya lampirkan lagu opening theme kamen rider black dalam versi rock metal... al maklum la, saya membesar dalam zaman rock & roll... hai, macam dah tak sabar nak beraksi... moga cepat sembuh... aminnn! selamat berhibur!"

Tuesday, August 14, 2018

Salam Silaturrahim Semua


"Assalamualaikum, para sahabat, pendekar & ikhwanul muslimin semua, pertamanya, saya mahu mengucapkan ribuan terima kaseh atas sokongan anda semua kerana membantu saya mencapai sasaran subscriber YouTube channel saya. Atas sebab itu saya mohon mohonlah sangat anda semua boleh memperkenalkan diri (identified yourself) & jenis beladiri yang anda 'anuti' (pelajari), sebab list fb saya dah semakin sempit, faham yer, dan yang mana x aktif atau tidak kenal, akan di unfriend, selain ingin mengetahui & mengenali anda dengan lebih mesra. Kedua, dengan izinNya, saya akan meneruskan projek pilot silat & tutorial silat atau beladiri seperti yang dicita-citakan, oleh itu, sebagai tanda terima kaseh saya kongsi kan sepotong doa, semoga ia memberi manfaat, inshaAllah, Aminnn."

DOA MOHON AMPUN & TEGUH PENDIRIAN DALAM ISLAM
Allah SWT berfirman:
وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ اِلَّاۤ اَنْ قَالُوْا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَاِسْرَافَنَا فِيْۤ اَمْرِنَا وَ ثَبِّتْ اَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
"Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
(Ali 'Imran 3: Ayat 147)

Follow my Pinterest : https://pinterest.com/akmaledge9

Sunday, August 12, 2018

Silat Tak Releven, Tak Praktikal? Iyer Ker, Saya Ok jer...


"belajar silat ni macam gak ngaji quran, bukan sekadar mengenal huruf, boleh membaca, tapi kena tahu makna & tafsir. Begitu juga silat, bukan sekadar berseni, bertari tapi perlu tahu kupasan atau intipati disebalik gerak tari, langkah dan perbezaan kaedah beladiri dalam seni silat tersebut, yang mana praktikal (realiti) yang mana sandiwara."
Tonton di YouTube : https://youtu.be/dEoaOvMTmdE
Follow my Pinterest : https://pinterest.com/akmaledge9
Alhamdulillah, terima kaseh atas sokongan yang sudah SUBSCRIBE, bagi yang belum subscribe, saya mohon sangat sokongan dari anda semua supaya dapat SUBSCRIBE, LIKE videos YouTube channel saya, sebagai tanda sokongan usaha untuk saya menghasilkan filem filem SILAT pada masa terdekat ini melalui YouTube... usaha terdekat ini adalah untuk membuat sebuah pilot filem SILAT, saya masih perlukan sedikit SUBSCRIBER je lagi bg merealiskan cita cita ini... sekian, wassalam 🙏🙏🙏
sila klik linked ini untuk SUBSCRIBE 👇👇https://www.youtube.com/user/akmalER5