Friday, October 12, 2018

Bila Susah Jangan Sedih, Bila Senang Jangan Lupa Diri...


BE HAPPY, DO NOT LET SADNESS DESTROY YOU, SAY ALHAMDULILLAH ON EVERYTHING THAT HAPPENS TO YOU
"...rezeki adalah ujian, dimewahkan bukan bererti dimuliakan, disempitkan bukan bererti dihinakan.. pemilik, penjaga & pemberi segala nya dari Allah SWT"

Allah SWT berfirman:
وَمَا مِنْ دَاۤ بَّةٍ فِى الْاَرْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَ يَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." ~ (Hud 11: Ayat 6)
sedikit pesanan bersama ;
"jangan rezeki je kita ikut Allah, segala-galanya kene ikut, jangan ikut atau bersama puak2 spt sekular liberal, orientalis, freemason, illuminati dll yang memusuhi agama mu" ~ maaf kan saya sekadar berkongsi untuk amal yang bermanfaat di hari jumaat yang mulia ini"

Allah SWT berfirman:
فَذَكِّرْ اِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰى
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);" ~ (Al-A'la 87: Ayat 9)

Sunday, October 07, 2018

Khabib Nurmagomedov Beat Conor Mc Gregor

AMBIK UBAT... NI BARU BETUL FIGHT TILL END... THE MORAL IS, DON'T TALK & TRY TO MESS UP MY RELIGION 👊💪👊
"...Khabib Nurmagomedov a.k.a Habib Nur Muhammad berjaya kalahkan Conor McGregor dengan submission... angkuh sangat McGregor, kan dah kene TAP OUT!..."

Professional Fight Records (after UFC 229) :
Khabib 27-0-0 / McGregor 21-4-0

Statistik Pertarungan :
Knockdown : (khabib) 0-0 (McGregor)
Total Strike : 66% 75%
Significant Strike : 59% 63%
Takedown : 43% 0%
Submission : 1-0 (round 4 mins 3.03)

Thursday, October 04, 2018

Welcome, Muhammad Yusuf Iskandar


"Alhamdulillah, pada tarikh 2 oktober 2018 jam 11.09 pagi hari selasa, saya telah menyambut kelahiran anak ketiga dan anak lelaki yang pertama dalam keluarga saya, oleh itu, secara rasmi & perkenalkan, ladies & gentlemen, please meet MUHAMMAD YUSUF ISKANDAR pada anda semua, terima kaseh Allah s.w.t atas rezeki dan amanah ini, segala puji bagi mu... Aminnn..."

Wednesday, October 03, 2018

Goodbye Long Hair, Suci Tak Muka Saya?


GOODBYE LONG HAIR, SUCI TAK MUKA I 😅?
"...lama jugak berambut panjang, sempena Hijrah aritu, saya potong jugak rambut, sayang gak potong janggut tu tapi apakan daya keadaan memaksa, hahaha, faham ker?, kalau tak i boleh jadi cam tok janggut dah weh..."

Wednesday, September 19, 2018

Tribute To Ejen Rahsia 5


"Sebelum filem Abang Long Fadil & Balun, siri aksi ini lebih memberi kepuasan kepada saya dalam satu satu pembikinan naskhah kerana dapat kebebasan untuk berkarya dalam hal hal kreativiti aksi yang hendak disampaikan dan siri aksi ini juga merupakan siri yang pertama dalam kisah aksi penyiasatan mengenakan uniform seragam tactical dalam sesuatu operasi"


Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 5 : https://youtu.be/6bwILkvVVGY
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 6 : https://youtu.be/reJVjq_FRkk
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 7 : https://youtu.be/-E8I0hkj7kw

Tuesday, September 18, 2018

AL FATIHAH Buat Allahyarham Tuan Guru Sheikh Muhammad Paiz


"Assalamualaikum... hujan mencurah curah ke bumi sejak semalam, kini baru berhenti seperti meratapi pemergian seorang lagi alim ulama yang kita kasihi menemui Yang Maha Pencipta meninggalkan kita di alam bumi yang fana ini... saya dahulu pernah menadah tangan menimba ilmu daripadanya di rasah, negeri sembilan setelah diperkenalkan oleh guru silat saya... terima kaseh atas segala ilmu yang diajarkan kepada kami walau sesempat sekecil zarah pun moga ianya memberi manfaat, inshaAllah... dari situ juga lah saya mengenal kalimat ini ;

" tiada tuhan melainkan Allah, (nabi) Muhammad rasul utusan Allah, pada setiap kelipan dan pada setiap pernafasan, sebanyak luasnya apa yang ada pada ilmu Allah"
AL FATIHAH...
Wabi Allah al taufiqwa al hidayah, wassalamu'alaikum... 😇

Sunday, September 16, 2018

Rise of the Fighter (My First Touch Directing)


VIDEO AKSI PERTAMA ARAHAN SENDIRI (video lama di edit semula) ~ teaser pilot ~ view at youtube: https://youtu.be/HiFgceyTlGw
"belek belek dokumen lama dalam simpanan tetiba terjumpa klip klip video aksi lama nih... memang benar, bukan mudah untuk mengarah sebuah naskhah visual aksi sendiri terutama diri sendiri yang berlakon, mengarah aksi dan membuat shot serta menjaga kualiti pelakon yang membantu menjayakan projek ini walau didalam serba kekurangan. Inilah bukti serta pemangkin, inshaAllah akan diteruskan dalam pembikinan pilot filem yang akan dilaksanakan kelak, AMINNN"
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 : https://youtu.be/bvqG1jBVq3o
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 5 : https://youtu.be/6bwILkvVVGY
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 6 : https://youtu.be/reJVjq_FRkk
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 7 : https://youtu.be/-E8I0hkj7kw

Friday, September 14, 2018

Something Big Up Front!!!


SESUATU YANG BESAR SEDANG MENANTI!!!
"Alhamdulillah, bertemu kembali setelah beberapa hari berehat... beberapa hari lepas kita diberi peluang & kesempatan oleh Nya untuk menambahbaik serta mengukuhkan lagi tahap iman & ibadah oleh Allah s.w.t dengan memanjangkan usia bumi ini, walau terlalu banyak sangat berlaku kemaksiatan dan berleluasa kemungkaran tanpa sempadan atau sekatan dari pihak yang diamanahkan, betapa Maha Pemurah lagi mengasihani Allah s.w.t terhadap kita tidak kira bangsa & agama apapun...

Sempena Maal Hijrah 1440 dan dihari jumaat yang barakah ini saya ikhlas ingin berkongsi dengan sahabat semua... cuma nak berpesan, terus terang masih ramai yg lalai... pernah dengar tak tentang umur atau usia umat umat di dunia ini? Umat apa? Ya, terdapat 3 umat yang disebutkan dalam al quran & hadis yang menjadi pengukur kepada usia bumi ini mengikut kalendar Islam...
Tiga umat itu ialah ISLAM, yahudi dan nasrani... perkara perkara sebegini telah dibahaskan oleh ulama ulama atau imam imam terdahulu seperti imams as suyuthi, imam bukhari, imam ibnu rajab al hanbali dan lain lain. Ya, mohon2 ambil perhatian dan pengajaran, tidak disebut pun nama bangsa bangsa tertentu...
dalam mensyarah hadis nabi s.a.w yang berbunyi: "sesungguhnya masa menetap kamu dibanding kan dengan umat yang lalu adalah jarak asar sehingga terbenam matahari"
Allah SWT berfirman:
فَهَلْ يَنْظُرُوْنَ اِلَّا السَّاعَةَ اَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً ۚ فَقَدْ جَآءَ اَشْرَاطُهَا ۚ فَاَنّٰى لَهُمْ اِذَا جَآءَتْهُمْ ذِكْرٰٮهُمْ
"(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?"
(QS. Muhammad 47: Ayat 18)

Untuk makluman, mengikut kajian, usia umat ISLAM tidak lebih dari 1500 tahun... dalam keterangan terperinci akan perkataan ibn hajar, menunjukkan dua perkara, iaitu:
1. Tempoh umat yahudi adalah usia umat nasrani digabung dengan usia umat Islam, atau usia umat yahudi sama dengan usia umat Islam ditambah dengan umat nasrani.
2. Usia umat nasrani adalah selama 600 tahun yang diriwayatkan imam bukhari dalam kitab sahih nya dari salman al farisi, 'masa antara isa & Muhammad s.a.w adalah selama 600 tahun.'

Dengan mengetahui usia umat yahudi dan nasrani adalah lebih dari 2000 tahun, sedang kan usia umat nasrani 600 tahun, maka usia umat yahudi sama dengan 2000 di tolak dengan 600 sama dengan 1400 tahun lebih dan para ahli sejarah menerangkan bahawa kelebihan itu adalah lebih dari 100 tahun. Oleh kerana itu tepat nye usia umat yahudi adalah lebih dari 1500 tahun.
Dan dengan mengetahui bahawa usia umat Islam sama dengan usia umat yahudi ditolak dengan usia umat nasrani, maka usia umat Islam adalah sama dengan 1500 ditolak dengan 600 tahun sama dengan 900 tahun lebih sedikit ditambah 500 tahun sama dengan 1400 tahun lebih sedikit.
Imam as suyuthi dalam kitab beliau yang berjudul al kassaf ketika menerangkan mengenai keluar nya imam mahdi a.s berkata, "hadis hanya menunjukkan bahawa: ' masa usia umat ini (umat Islam) lebih dari 1000 tahun dan tambahan nya sama sekali tidak lebih dari 500 tahun'."
Tambahan waktu yang sedikit telah berlalu sepanjang 32 tahun kerana pada ketika ini berapa dalam tahun 1419 Hijrah, yang kita tambah kan dengan 13 tahun sebelum nya penulisan kalendar Hijrah, iaitu tahun nabi Muhammad s.a.w sehingga tahun beliau berhijrah dari Mekah ke Madinah. Oleh yang demikian, pada ketika ini (kajian kitab ini ditulis) kita berada pada tahun 1432 Hijrah sejak diutuskan Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umat manusia.
Sedar tak sedar sahabat semua... kita sudah pun berada dan hidup pada zaman terakhir sebelum masa penghabisan dan masa bersedia untuk menghadapi huru hara serta peperangan besar akhir zaman... peperangan amargeddon & al malhamah al kubra...
Saya tak berhajat untuk berbicara secara mendalam kerana perbahasan & perbincangan teramat panjang. Jika mahu keterangan lebih teliti rujuk la pada alim ulama yang muktabar bukan pada 'syaitan syaitan bisu' yang kini menular di negara kita...
Oleh itu, bersatu lah kita atas nama Islam, kitab kitab Allah, sunnah rasulullah dan bukan atas nama bangsa semata mata yang mana perjuangan itu hanya sia sia dan punca pada perbalahan serta perpecahan...

Friday, September 07, 2018

Pentingnya Belajar Ilmu Beladiri

PENTING NYA BELAJAR ILMU BELADIRI ~ (tazkirah jumaat) ~ MUST READ 😇🙏
Allah SWT berfirman:
وَاَعِدُّوْا لَهُمْ مَّا اسْتَطَعْتُمْ مِّنْ قُوَّةٍ وَّمِنْ رِّبَاطِ الْخَـيْلِ تُرْهِبُوْنَ بِهٖ عَدُوَّ اللّٰهِ وَعَدُوَّكُمْ وَاٰخَرِيْنَ مِنْ دُوْنِهِمْ ۚ لَا تَعْلَمُوْنَهُمُ ۚ اَللّٰهُ يَعْلَمُهُمْ ۗ وَمَا تُـنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ يُوَفَّ اِلَيْكُمْ وَاَنْـتُمْ لَا تُظْلَمُوْنَ
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."
(QS. Al-Anfal 8: Ayat 60)


"...Olahraga yang di sunnah ada beberapa macam permainan yang disyari’atkan Nabi Muhammad SAW buat kaum muslimin, dengan harapan dapat mengaktifkan gerak raga tersebut dalam mempersiapkan fizikal dan mental manusia dalam menghadapi kepentingan ibadah dan kewajipan yang lain. Contoh, macam saya sekarang ini, tetap bersilat, mengajar walau masih belum pulih sepenuhnya, hanya berbekal sebelah tangan untuk membela diri, bagaimana? tonton video tutorial ini, tutorial seterusnya sila rujuk link di bawah. InsyaAllah bermanfaat..."
Rasulullah pernah bergusti dengan seorang laki-laki bernama Rukanah yang terkenal kekuatannya, dan permainan ini dilakukannya selama beberapa kali. Dalam satu hadis riwayat Abu Daud dijelaskan, “Sesungguhnya Rasulullah gulat dengan Rukanah yang terkenal kekuatannya itu, kemudian ia berkata; Domba lawan domba. Kemudian Rasulullah bergulat dan beliau bersabda : Berjanjilah denganku untuk (melakukan gulat) lagi di lain waktu. Kemudian Rasulullah bergulat seraya bersabda: Berjanjilah denganku, lalu Rasulullah saw bergulat untuk ketiga kalinya. Kemudian orang itu bertanya; apa yang harus saya katakan kepada keluargaku? Rasulullah saw menjawab: Katakan “domba telah dimakan oleh serigala, dan seekor dombapun lari.” Kemudian apa pula yang saya katakan untuk yang ketiga? Rasulullah saw menjawab : Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergulat kerana itu ambillah hadiahmu.” (HR. Abu Daud)
Oleh itu, jika Nabi memerintahkan agar kita mengajarkan renang, berkuda dan memanah kepada anak-anak kita, konteks perintah tersebut ada dua: Pertama, menjaga kesegaran tubuh agar sentiasa sihat; Kedua, melatih kekuatan fizikal untuk persiapan berjihad di jalan Allah. Tidak lebih dari itu. Alhamdulillah, moga2 bermanfaat!
tonton tutorial ini di YouTube : https://youtu.be/-E8I0hkj7kw
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 1 : https://youtu.be/j6Tnex6PAGo
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 2 : https://youtu.be/GML5WMT5m-c
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 3 : https://youtu.be/zQyYnE-8Ad4
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 4 :https://youtu.be/bvqG1jBVq3o
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 5 :https://youtu.be/6bwILkvVVGY
Tonton tutorial ringkas beladiri bah. 6 :https://youtu.be/reJVjq_FRkk