Friday, September 14, 2018

Something Big Up Front!!!


SESUATU YANG BESAR SEDANG MENANTI!!!
"Alhamdulillah, bertemu kembali setelah beberapa hari berehat... beberapa hari lepas kita diberi peluang & kesempatan oleh Nya untuk menambahbaik serta mengukuhkan lagi tahap iman & ibadah oleh Allah s.w.t dengan memanjangkan usia bumi ini, walau terlalu banyak sangat berlaku kemaksiatan dan berleluasa kemungkaran tanpa sempadan atau sekatan dari pihak yang diamanahkan, betapa Maha Pemurah lagi mengasihani Allah s.w.t terhadap kita tidak kira bangsa & agama apapun...

Sempena Maal Hijrah 1440 dan dihari jumaat yang barakah ini saya ikhlas ingin berkongsi dengan sahabat semua... cuma nak berpesan, terus terang masih ramai yg lalai... pernah dengar tak tentang umur atau usia umat umat di dunia ini? Umat apa? Ya, terdapat 3 umat yang disebutkan dalam al quran & hadis yang menjadi pengukur kepada usia bumi ini mengikut kalendar Islam...
Tiga umat itu ialah ISLAM, yahudi dan nasrani... perkara perkara sebegini telah dibahaskan oleh ulama ulama atau imam imam terdahulu seperti imams as suyuthi, imam bukhari, imam ibnu rajab al hanbali dan lain lain. Ya, mohon2 ambil perhatian dan pengajaran, tidak disebut pun nama bangsa bangsa tertentu...
dalam mensyarah hadis nabi s.a.w yang berbunyi: "sesungguhnya masa menetap kamu dibanding kan dengan umat yang lalu adalah jarak asar sehingga terbenam matahari"
Allah SWT berfirman:
فَهَلْ يَنْظُرُوْنَ اِلَّا السَّاعَةَ اَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً ۚ فَقَدْ جَآءَ اَشْرَاطُهَا ۚ فَاَنّٰى لَهُمْ اِذَا جَآءَتْهُمْ ذِكْرٰٮهُمْ
"(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?"
(QS. Muhammad 47: Ayat 18)

Untuk makluman, mengikut kajian, usia umat ISLAM tidak lebih dari 1500 tahun... dalam keterangan terperinci akan perkataan ibn hajar, menunjukkan dua perkara, iaitu:
1. Tempoh umat yahudi adalah usia umat nasrani digabung dengan usia umat Islam, atau usia umat yahudi sama dengan usia umat Islam ditambah dengan umat nasrani.
2. Usia umat nasrani adalah selama 600 tahun yang diriwayatkan imam bukhari dalam kitab sahih nya dari salman al farisi, 'masa antara isa & Muhammad s.a.w adalah selama 600 tahun.'

Dengan mengetahui usia umat yahudi dan nasrani adalah lebih dari 2000 tahun, sedang kan usia umat nasrani 600 tahun, maka usia umat yahudi sama dengan 2000 di tolak dengan 600 sama dengan 1400 tahun lebih dan para ahli sejarah menerangkan bahawa kelebihan itu adalah lebih dari 100 tahun. Oleh kerana itu tepat nye usia umat yahudi adalah lebih dari 1500 tahun.
Dan dengan mengetahui bahawa usia umat Islam sama dengan usia umat yahudi ditolak dengan usia umat nasrani, maka usia umat Islam adalah sama dengan 1500 ditolak dengan 600 tahun sama dengan 900 tahun lebih sedikit ditambah 500 tahun sama dengan 1400 tahun lebih sedikit.
Imam as suyuthi dalam kitab beliau yang berjudul al kassaf ketika menerangkan mengenai keluar nya imam mahdi a.s berkata, "hadis hanya menunjukkan bahawa: ' masa usia umat ini (umat Islam) lebih dari 1000 tahun dan tambahan nya sama sekali tidak lebih dari 500 tahun'."
Tambahan waktu yang sedikit telah berlalu sepanjang 32 tahun kerana pada ketika ini berapa dalam tahun 1419 Hijrah, yang kita tambah kan dengan 13 tahun sebelum nya penulisan kalendar Hijrah, iaitu tahun nabi Muhammad s.a.w sehingga tahun beliau berhijrah dari Mekah ke Madinah. Oleh yang demikian, pada ketika ini (kajian kitab ini ditulis) kita berada pada tahun 1432 Hijrah sejak diutuskan Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umat manusia.
Sedar tak sedar sahabat semua... kita sudah pun berada dan hidup pada zaman terakhir sebelum masa penghabisan dan masa bersedia untuk menghadapi huru hara serta peperangan besar akhir zaman... peperangan amargeddon & al malhamah al kubra...
Saya tak berhajat untuk berbicara secara mendalam kerana perbahasan & perbincangan teramat panjang. Jika mahu keterangan lebih teliti rujuk la pada alim ulama yang muktabar bukan pada 'syaitan syaitan bisu' yang kini menular di negara kita...
Oleh itu, bersatu lah kita atas nama Islam, kitab kitab Allah, sunnah rasulullah dan bukan atas nama bangsa semata mata yang mana perjuangan itu hanya sia sia dan punca pada perbalahan serta perpecahan...