Friday, June 01, 2012

1 Jun 2012 - Seminar Beladiri Wanita dan Silat Kontempoari (Empty-Hand Strike & Ground-Fighting)


Salam sejahtera buat sahabat handai yang seiring dan yang sering mengikuti perkembangan saya sejak dari perkenalan kita semua. Dalam masa yang amat terhad saya ingin menerangkan secara 'detail' tetapi tidak menyeluruh berhubung dengan seminar beladiri yang bakal saya pada pada 3 Jun dan 10 Jun 2012 ini sebelum saya berangkat ke Langkawi menjalani penggambaran filem neo-epik Putra. Seperti sedia maklum seminar beladiri yang bakal berlangsung ini merupakan julung kalinya buat saya melakukannya setelah beberapa kali cuba melakukan tersangkut dek masa dan masalah lokasi. Alhamdulillah, akhirnya ianya sudah tiba masanya dan diharap ianya bakal memberi manfaat pada hadirin kelak terutama pada kenalan-kenalan saya di laman sosial facebook dan rakan terdekat.


Seminar pertama yang berlangsung 3 Jun nanti adalah seminar khas buat golongan hawa, iaitu 'Women Self-Defense Seminars - When Hawa Fight Back!'. Satu produk ilmu saya bentangkan buat golongan wanita yang kesuntukkan masa untuk mendalami ilmu beladiri. Kaedahnya amat mudah, jelas, tepat dan berkesan serta terbuka buat semua lapisan kaum, umur dan agama. Pembelajaran mencakupi lima bahagian iaitu asas pernafasan, asas tumbuk, asas tendangan, asas teknik tangan kosong dan kaedah pelepasan. Moga-moga ianya dapat membantu golongan wanita kita membeladiri selain menyihatkan badan, kecantikan dan meningkatkan tahap keselamatan apabila mempelajari walaupun ianya sedikit tetapi berguna apabila diperlukan. Insya-Allah.


Seminar kedua pula berlangsung pada 10 Jun adalah seminar khas bagi pecinta dan peminat beladiri yang sukakan cabaran dan kelainan, seminar yang saya namakan 'Silat Contemporary Seminars - Empty Hand Fight & Ground Fighting', yang bakal saya laksanakan bersama rakan rapat saya iaitu Cikgu Saiful Zelwany. Seminar ini adalah gerak kerja kolabrasi pertama juga saya bersamanya, insya-allah ianya akan membawa kelainan dan kesegaran pendapat dan pandangan dalam dunia beladiri. Ianya terbuka pada semua yang berminat, tidak kira apa jua status jantina, agama, bangsa atau umur. Pembelajarannya bukan berkonsepkan 'aunthentic', tetapi ianya merupakan kaedah yang dalam silat melayu tetapi jarang kita praktikkan dari pukulan, kuncian dan gelut atas tanah.

Oleh itu, saya berharap seminar ini mendapat sokongan dan sambutan buat pemangkin saya dan sahabat untuk memberi bakti dalam menyampaikan ilmu dan falsafah seni mempertahankan diri melayu seterusnya ke peringkat global supaya budaya, bangsa dan agama dihormati serta bermaruah! Insya-Allah ;-)