Sunday, February 24, 2013

Persembahan Silat Di Anggerik Mall Shah Alam

Tarikh : 24 Februari 2013
Majlis : Expo Perkahwinan Melayu 2013
Pesilat : Akmal, Salehuddin, Siti Zulaekhah, Noor Hafiqah dan Fatin Nabilah





Sunday, February 17, 2013

Persembahan Silat Di Dewan Banquet Maktab PDRM Cheras

Tarikh : 17 Februari 2013
Majlis : Perkahwinan Ariff dan Farhana
Pesilat : Akmal, Shariffudin, Siti Nuraktikah dan Fatin Nabilah











Friday, February 15, 2013

The Man with The Iron Fists




‘The Man With The Iron Fist’ adalah salah satu filem yang perlu anda tontoni. Pembikinan filem ini bermula seawal tahun 2005 dan selepas hampir dua tahun melalui proses ‘pembangunannya’, barulah RZA dan Eli Roth berjaya mendapatkan sokongan kewangan pada Mei 2010. Setelah itu, bermulalah Penggambaran yang berjaya dilaksanakan pada bulan Disember 2010 pada kadar bajet $ 20 juta dan penggambarannya berakhir menjelang Mac 2011. Lokasi filem ini tertumpu di Shanghai dan di sekitar negara China. RZA dan Howard Drossin bertanggungjawab mencipta skor muzik filem ini, dan RZA turut menyediakan soundtrack, yang memaparkan beberapa lagu-lagu baru yang disampaikan pelbagai versi artis. Satu siri konsert yang menampilkan muzik dari soundtrack telah diadakan bagi tujuan untuk mempromosikan filem ini.

Pada mulanya filem ini dikritik hebat setelah ditayangkan di Amerika Utara pada 2 November 2012. Pengkritik terbahagi kepada dua bahagian, namun kebanyakkannya lebih mahu menjaga maruah dan penghormatan kepada filem-filem seni mempertahankan diri filem sahaja. Namun begitu, terdapat juga yang melabelkan filem ini tidak ubah seperti filem ‘muzikal’ memandangkan pengarahnya adalah ‘mat rap’. kemungkinan ia adalah wakil bagi genre tersebut yang disokong dengan elemen pertarungan bela diri. Aspek pengarahan turut dikritik hebat kerana kekurangan penghalusan dan kefahaman. Penyelamat filem ini adalah lakonan hebat Russell Crowe dan Byron Mann telah diterima baik. Filem ini juga hampir-hampir tidak mampu untuk mendapatkan kembali kos modal asas sebanyak $ 20 juta. Kutipan filem ini hanya mencatat pendapatan kutipan tiket pada kadar $ 20,090000 sahaja.
 

Sinopsis
‘The Man With The Iron Fist’ adalah sebuah filem genre aksi seni bela diri versi Amerika 2012 yang diarahkan dan ditulis oleh RZA dan Eli Roth. Filem ini dibintangi oleh pelakon handalan seperti Russell Crowe, Cung Le, Lucy Liu, Byron Mann, RZA, Rick Yune, David Bautista, dan Jamie Chung. Ianya berkisar tentang konflik yang berlaku pada pertengahan abad ke-19, di negara China. Lokasi konfliknya berlaku di ‘Jungle Village’, di mana puak-puak berkumpulan sering berlawan antara satu sama lain. ‘Jungle Village’ adalah pusat Puak-Puak yang bertelagah. Melihat senario itu, Blacksmith (RZA) kampung tersebut telah mencipta senjata-senjata maut untuk beberapa puak yang bertelagah. Tujuannya adalah untuk mengaut keuntungan selain berusaha menggunakan wang diperolehi untuk membebaskan kekasihnya ‘Lady Silk’ dan terus keluar dari kampung tersebut.

Singa Emas ialah Pemimpin atau Ketua Puak Singa, ditugaskan untuk menjaga penghantaran emas besar kepunyaan Maharaja mereka. Oleh kerana tamak dan hasad dengki Ketua Puak Singa menjadi mangsa pengkhianatan oleh dua individu pembantu beliau iaitu ‘Singa Perak’ dan ‘Singa Gangsa’. Kedua-dua watak itu dilakonkan oleh Byron Mann dan Cung Le, pakar bela diri dan ahli tempur jalanan. Mereka menghuru-harakan keadaan bergaduh dengan Puak Hyena (Dubuk) dan membenarkan para pencetus konspirasi untuk meracuni dan membunuh Singa Emas. Kepulangan Anak Singa Emas, Zen-Yi, menambahkan lagi kekalutan. Dia bertekad untuk membalas dendam diatas kematian bapanya.


Utusan Maharaja yang menyamar sebagai Jack Knife (Russell Crowe) telah tiba di kampung tersebut untuk memantau emasnya dengan menetap di kediaman Blossom Pink, pusat pelacuran yang dikendalikan oleh Blossom Madam (Lucy Liu). Singa Perak telah menghantar ahli-ahli ‘Puak Rodent’ kerana terdesak untuk membunuh Zen-Yi tetapi sebelum mereka berjaya menemuinya, Zen-Yi terlebih dahulu membunuh mereka. Kegagalan itu memaksa Singa Perak meminta Brass Body (Batista) iaitu pembunuh upahan, ditugaskan untuk membunuh Zen-Yi.

Setelah mencapai misinya, Blacksmith mula berunding dengan Blossom Madam bagi menyampaikan pembayaran terakhir yang diperlukan untuk membebaskan kekasihnya. Tidak lama kemudian,  Brass Body tiba dikampung, Zen-Yi dan orang-orangnya telah diserang oleh Brass Body dan mendapati mereka bukan tandingannya kerana kulit badannya boleh berubah menjadi logam yang keras. Brass Body berjaya mengalahkan Zen Yi, namun Zen Yi sempat diselamatkan oleh Blacksmith dan mencipta senjata baru buatnya untuk mengalahkan Brass Body. 


Kesilapan Pembikinan
Pada mulanya filem ini pasti kelihatan seperti ia akan menjadi kegilaan ramai selepas menyaksikan trailernya yang hebat, tetapi dalam realiti filem ini ternyata mengecewakan kerana banyak pergaduhan yang dipersembahkan tidak yang dapat memberi kesan dan impak yang tidak dapat dilupakan. Kekecewaan itu disuarakan oleh penasihat dan penyelaras aksi filem ini iaitu Corey Yuen. “...Mungkin filem versi ini durasinya tidak lebih daripada meminum secawan teh...” Beliau telah pun melakukan kerja-kerja yang hebat sebelum ini. Antara filem-filem yang hebat dihasilkannya seperti Transporter, D.O.A, Expendables dan lain-lain.

Jika anda menonton filem ini, anda tidak akan dapat melihat pergerakan unik seperti filem seni bela diri yang lain tetapi anda boleh dapati ianya banyak unsur keganasan seperti yang pernah dilakukan seperti gaya Shaw Brothers. Saksikanlah filem jika anda peminat filem-filem aksi yang tulen. Namun, bagi saya filem ini bukan suatu naskhah yang sesuai buat pencinta filem seni bela diri kerana filem ini ‘murah’ dari segi moralnya dan tidak sesuai ditontoni oleh semua lapisan umum dan tiada informasi berguna kecuali hiburan semata-mata.


EP1 : Jeet Kune Do - Bruce Lee : Asal Usul


SALAM kembali dari dari saya Akmal Edge. Maaf buat anda semua dari saya kerana lama menyepi. Bukannya saya sudah tidak minat menulis tetapi dek kekangan masa membuatkan penulisan saya terbantut kerana ada yang lebih mustahak terpaksa saya selesai. Alhamdulillah, kesempatan ini saya jalankan semula amanah saya dalam menyampaikan informasi berhubung seni bela diri, filem, sukan dan sedikit pengetahuan agama buat anda semua.

Sebenarnya saya sedang sibuk menguruskan projek filem yang terbaru untuk syarikat perfileman SKOP Productions iaitu ‘Abang Long Fadil- KL Tak Gangster’ a.k.a. ‘KL Gangster 3’. Selain itu, saya sedang sibuk menguruskan persembahan silat dan seminar silat serta pembukaan gelanggang baru saya. Doakan ianya semua berjalan dengan lancer dan Berjaya. Insya-Allah ;-) Oleh itu, terimalah artikel ‘JKD Bruce Lee’ ini dan semoga anda semua beroleh informasi, ilmu dan terhibur…


Jeet Kune Do (JKD,) semudah panggilan berbunyi ‘Jeet Kun Do’ atau ’Jeet Kuen Do’ adalah satu aliran beladiri ’kacukan’ pelbagai sistem beladiri dan falsafah hidup yang di asaskan oleh mendiang Bruce Lee pada tahun 1967. JKD adalah mudah, tiada pergerakan klasik dan ringkas iaitu digunakan mengikut perbezaan, kaedah dan keadaan. Sistem itu terbahagi pada beberapa seperti tumbuk, tendang, trapping (perangkap@kuncian) dan grappling (gelut) atau ground-fight.

Ianya semua bergantung pada system atau falsafah ‘style witout style’ (gaya tanpa gaya). Tidak seperti beladiri lain, JKD tidak berbentuk atau tetap (terikat dengan sesuatu gaya) tetapi konsep dan falsafah yang menjadi panduan dalam pembelajarannya. Konsep itu dinamakan ’interception’ iaitu konsep memintas atau menyekat serangan sebelum lawan menyerang.


Namun begitu, nama JKD mengikut seperti yang dinyatakan Bruce Le, ianya hanyalah sekadar nama sahaja. Beliau sendiri kerap kali menjadikan ‘the art of expressing the human body’ sebagai rujukan dalam penulisan, ucapan atau sessi temuramahnya. Berdasarkan penyelidikannya tentang seni beladiri kebanyakkannya ‘tidak jujur’ dan ‘tidak realistik’ dalam gaya sehingga menyumbang kepada kegagalan dalam sesuatu gaya.

Bruce Lee mengatakan persaingan dalam bela diri seperti ‘dry land swimming’. Beliau percaya gaya bebas dan kombatif lebih jujur, spontan dan sukar diramal oleh lawan. Dalam ertikata lain, ’only react to it’ dan pengamal bela diri yang bagus mesti bersifat seperti resam air, mudah menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan, situasi dan tempat selain lebih pantas, tangkas, licik serta tanpa ragu-ragu.


Pada tahun 2004, Bruce Lee Foundation sepakat menggantikan nama Bruce Lee Jeet Kune Do kepada Jun Fan Jeet Kune Do (振藩截拳道) berdasarkan sistem bela diri yang asli diasaskan oleh Bruce Lee. ‘Jun Fan’ di sini adalah nama sebenar Bruce Lee dalam bahasa Cina dan terjemahan dalam kesusasteraannya ialah ‘Bruce Lee’s Way of the Intercepting Fist.’ (Kaedah Menyekat atau Memintas Serangan gaya Bruce Lee).

Apa itu kaedah menyekat atau memintas serangan lawan? Ikuti sambungan artikel ini dalam episode ke-2 pada keluaran akan datang, insya-allah minggu depan yang bertajuk ‘Sistem Dan Falsafah Bruce Lee’…

Friday, February 08, 2013

20 Perkara Yang Boleh Membawa Kita Ke Syurga




TANPA kita sedar sebenarnya bukan susah hendak melaksanakan perkara-perkara yang yang beroleh pahala. Dan, bukan juga susah untuk melaksanakan perkara-perkara yang beroleh dosa. Namun, yang mana satu pilihan anda semua? Saya yakin, semua orang mahu melakukan perkara-perkara dan amal-amal yang baik buat bekalan kemudian kelak. Tidak mungkin ada diantara yang anda semua sukakan perkara mungkar walau realitinya perkara mungkar memang berleluasa sekarang.

Oleh itu, kesempatan dan kelapangan yang diberikan Allah S.W.T ini saya gunakan untuk berkongsi dengan para sahabat semua yang menatap blog saya ini. Selain membaca info dan ilmiah melalui artikel yang saya karangkan, saya juga suka menyampaikan perkara-perkara yang baik-baik buat muslimin dan musimat semua.


Saya bukanlah ustaz atau pendakwah 'rasmi' tetapi saya menjalankan tuntutan agama kita, dan sememangnya menjadi kewajipan kita dalam menyampaikan ilmu, kerana setiap muslim yang dilahirkan di muka bumi ini adalah 'khalifah'. Ianya bertepatan dengan riwayat al-Bukhari, daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., sesungguhnya, Nabi S.A.W bersabda: “Sampaikanlah daripada Ku walaupun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani Israel. Tiada kesempitan dan dosa.”

Tahukah anda apakah perkara yang membenar atau membolehkan kita atau membawa kita ke syurga? Benar, terdapat 20 perkara yang boleh membawa kita ke syurga. Justeru itu, saya susun kesemua perkara itu buat informasi dan pengetahuan anda semua buat muslimin dan muslimat.

  
1.      Menjaga solat suboh dan asar
2.      Solat diawal waktu dan berbakti kepada ibubapa
3.      Berjihad dijalan Allah SWT
4.      Menghilangkan gangguan jalan
5.      Sabar atas kehilangan anak kecil
6.      Membaca ayat quisi selepas solat fardhu
7.      Sentiasa dalam keadaan wuduk
8.      Sentiasa ke masjid pagi dan petang
9.      Berdoa selepas wuduk
10.  Mati dalam keadaan bersyahadah
11.  Menjauhi dosa-dosa besar
12.  Bagus dalam mendidik anak perempuan
13.  Memelihara lidah dan kemaluan
14.  Berakhlak mulia
15.  Memelihara anak yatim
16.  Menghafaz 99 nama Allah SWT
17.  Membina masjid
18.  Banyak membaca surah Al-Ikhlas
19.  Banyak berpuasa sunat
20.  Mendapat haji mabrur

Daripada 20 perkara yang disebut diatas tadi, berapa banyak tanpa kita sedar telah melakukan amalan tersebut. Jika kesemuanya, alhamduillah, jika tidak cuba-cubalah melakukannya perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit, insya-allah. Moga-moga perkongsian informasi ini akan memberikan kita keberkatan dan kesedaran bukan sekadar diri muslimin dan muslimat sahaja, malah ianya mengingatkan diri saya sendiri. AMIN. ;-)

Wednesday, February 06, 2013

Vilanova: “Dalam liga Yang lain, Atletico akan menjadi pemimpin”

Ketiadaannya turut meresahkan kem FCB selepas kehilangan Pep Guardiola yang berhijrah ke FC Bayern Munchen (Munich)...

PADA hari sebelum kembalinya Tito Vilanova setelah pulih dari sakit, beliau tidak mempunyai apa-apa melainkan pujian untuk pesaing ditangga kedua iaitu Atletico Madrid. "Jumlah mata mereka menceritakan semuanya. Kami telah membuat permulaan yang terbaik dalam sejarah la liga dan mereka pula pada mulanya mendahului, kemdian ketinggalan 3, 6, 9, 11, 8 dan kini hanya 9 mata dibelakang. Kebarangkalian dalam liga yang lain, mereka akan menjadi pemimpin liga. Mereka juga membuat permulaan yang hebat untuk musim ini dan mereka menamatkan kempen dengan yang cemerlang pada musim lepas. Ini meletakkan kami (FC Barcelona dan Atletico Madrid CF) berdua bersama-sama melakukan perkara yang menakjubkan ".

Walaupun tewas kepada Real Madrid pada pertemuan awal musim ini, Vilanova menjangka Atletico tetap menjanjikan pertemuan ‘benar-benar rumit’ pada perlawanan mendatang. Beliau memberitahu pemberita, “permainan mereka telah banyak berubah dan secara tiba-tiba anda sedar yang anda kalah pada mereka. Saya meletakkan nilai yang lebih kepada mereka yang telah pun berjaya mengumpul bilangan Piala dalam Liga Europa. Mereka percaya pada diri sendiri dan itulah perkara yang paling penting dalam satu pasukan”. Beliau juga tertarik dengan perancangan pengurusnya, Diego Simeone dan mendapat pujian khas dari Vilanova, “Ia adalah sesuatu yang sukar untuk mengambil alih di tengah-tengah musim dan berjaya menukar dinamik pasukan tersebut. Dan itulah apa yang dia lakukan pada tahun lepas”.

Lebih daripada sekadar Falcao

Aksi Falcao sewaktu membelasah Chelsea FC dalam perlawanan UEFA Super Cup 2012 dengan Atletico Madrid CF membelasah 'The Blues' 4-1...

Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao begitu cemerlang secara individunya musim ini untuk Atletico tetapi Vilanova percaya bahawa kerja berpasukan amat penting dan menjadi satu faktor dalam kejayaan pasukan ini: “Mereka telah mendapat kelompok pemain yang berkualiti, yang benar-benar jelas tentang apa yang mereka perlu lakukan. Mereka bukan hanya Falcao; mereka memiliki pemain lain yang boleh mencatat nama sebagai penjaring gol seperti Diego Costa dan Adrián, dan pemain tengah dan pertahanan yang menyusup masuk ke dalam kedudukan menyerang. Dan apabila mereka terpaksa bertahan, mereka mempertahankannya dengan sangat baik secara bersama-sama.”

Walau bagaimanapun, Vilanova mendedahkan bahawa kehadiran penyerang Columbia tidak akan mengubah cara kami bermain. “Kami sering menggunakan strategi berada di zon paling selesa, iaitu jauh dari kawasan gol dan secara logiknya kami tidak akan mengubah cara kita bermain , terutama dengan Falcao (di padang)”. Seperti mana-mana perbandingan umum tentang Leo Messi dengannya, beliau memberitahu pemberita: “Mereka pemain yang berbeza secara umum, mereka mempunyai keupayaan untuk skor (menjaringkan gol) dan mereka berdua akan lebih baik dan lebih baik pada masa-masa yang akan datang”.

Liga Primera Sepanyol sememangnya kini banyak menghasilkan pemain-pemain yang berbakat bertaraf dunia selepas Liga Brasil...