“RONALDINHO + Rivaldo + Ronaldo + Romario Baru!”... mungkin itu yang dilabelkan oeh peminat Barça terutamanya setelah Neymar membuat keputusan memilih FC Barcelona dan menolak tawaran lumayan Real Madrid CF. Pemain bola sepak berumur 21 tahun yang berasal dari Brazil dan kelab antos FC ini akan bermain untuk Barça diikat kotrak lima musim sememangnya dikenali di Amerika Selatan dengan kemahiran menggelecek yang tinggi dan membuatnya sering ditakuti oleh pemain pertahanan seluruh Amerika Selatan terutama dalam kejohanan Copa Libertadores dan Liga Brazil.
Legenda Brazil, Pelé, memuji corak permainannya yang
sungguh indah dan mendapat pengiktirafan serta pujian dari pemain legenda Pele tersebut,
dan percaya dia bakal menjadi pemain seterusnya meneruskan permainansamba Brazil.
FC Barcelona dan Santos FC telah mencapai kesepakatan mengenai karier Neymar da
Silva Junior. Pemain
dari Brazil ini akan bergabung dengan kelab FCB untuk lima musim seterusnya. Neymar
juga bakal bergandingan dengan Lionel Messi apabila memulakan musim baru
bersama Barça kelak.
-
-
Pemain itu mengumumkannya tentang keputusannya mahu berhijrah ke FCB dengan kata-kata berkais di Twitter dan Instagram:
“...Galera! Tô aqui reunido com amigos e familiares e eles me ajudaram a escrever algumas coisas...”
“...Galera! Untuk berkumpul di sini dengan rakan-rakan dan keluarga
serta bersama mereka yang akan membantu saya menulis beberapa perkara...”
- Neymar Júnior (@ Njr92) May 26, 2013
Neymar da Silva Santos Junior adalah salah seorang pemain di dunia yang paling menghiburkan. Kelajuan dan skilnya membuatnya dapat mengubah permainan bila-bila masa. Neymar yang lahir di Sao Paulo boleh menyesuaikan di posisi penyerang tengah atau bermain di sayap. Ia boleh bermain dengan kedua kakinya yang ia gunakan untuk menggelecek dan menjaringkan gol.
Diberkati oleh Pelé
-
Semua kualiti dan juga secara faktanya bahawa Neymar berasal dari Brazil, dan hasil produk dari Akademi Santos FC yang membuatnya sering dibandingkan dengan Pelé. Dan kedua-duanya batang tubuh istimewa ini tidak menyembunyikan kekaguman diantara mereka. Seperti 'O'Rei' dimasanya, Neymar adalah bintang daripada Santos FC (debut pertama kali tahun 2009) dan dia juga berada di pasukan kebangsaan Brazil. Dia adalah harapan dari semua orang iaitu rakyat di Brazil untuk membawa negara mereka menjuarai Piala Dunia 2014 yang bakal diadakan di Brazil. Sebelum ini sudah pemain Santos FC yang berjaya dan dilabelkan sebagai ‘next Pelé’ iaitu Robinho tetapi Pelé tidak bersetuju dengan pilihannya ke Real Madrid CF kerana merasakan Robinho belum bersedia dan masih muda. Hasilnya benar seperti larangan Pelé, dia gagal dan bakatnya terus pudar.
Banyak anugerah
Perbandingannya dengan Pelé adalah tidak berlebihan. Meskipun dia masih muda, Neymar telah menerima banyak penghargaan. Dia mendominasi pencalonan anugerah dalam FIFA Ballon dörr pada tahun 2010, 2011 dan 2012 bagi wakil Amerika Selatan. Dia juga merupakan satu-satunya pemain bola sepak terbaik di Amerika Selatan pada tahun 2011 dan yang termuda yang pernah menerimanya. Dengannya, Santos FC kembali berjaya, dengan memenangi tiga kejuaraan Paulista Brazil dan Copa Libertadores di tahun 2011, Neymar juga meraih penghargaan sebagai pemain terbaik di kejohanan pada tahun tersebut.
Piala Dunia Kelab 2011
Sebagai juara Amerika Selatan, Santos FC menjadi wakil kelab Amerika Selatan dalam kejohanan Piala Dunia Kelab di tahun 2011. Neymar memukau peminat di Jepun dengan menjaringkan gol yang cantik pada aksi separuh akhir tetapi tidak dapat mengulangi aksi tersebut apabila bertemu FCB yang akhirnya Santos FC tewas di final. Ketika itu, FCB mempamerkan aksi permainan terbaik dan terpuji mereka di era Guardiola dan ‘mendera’ Santos FC dengan 4-0. Setelah tamat permainan Neymar menerima pengiktirafan ditempat ketiga pada kejohanan tersebut di belakang Messi dan Xavi.
-