Sunday, June 30, 2013

Persembahan Silat Di Hotel Hilton, Petaling Jaya

Tarikh : 30 Jun 2013
Majlis : Perkahwinan Di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Kuala Lumpur
Pesilat : Salehuddin & Akmal


As-Salam buat pembaca yang budiman

"...INI merupakan persembahan silat saya yang kedua akhir sebelum ketibaan bulan yang mulia iaitu buat Ramadhan Al-Mubarak.Paling akhir adalah persembahan di Putra Perdana, Puchong pada 6 Julai 2013 nanti. Berikut adalah rentetan foto-foto yang sempat dirakam oleh 'kameramanis' amaturrr..."


"...Mintak lalu yer Pak... Adik Manisss... Hihihihi... Kalau korang nak tau, 'Pasangan Korporat' ini adalah pasangan pengantin 'Kacukan'. Pengantin lelaki berketurunan Portugis manakala pengantinnya Melayulah! Tu Tengok Tu... pengantin pompuan tu larrr... Kusyuk merenung ku... Al-maklumlah, 'Jejaka Aksi Malaya' Hihihihi... 'SS' ku nih... Apa? Boleh per... Jangan Mare...."


"...Berlatar belakangkan peralatan gamelan... Sebenarnya tengah tension! Tunggu pasangan mempelai tak sampai2... kata jam 8 mlm nak 'ON', ni dah dekat jam 10 mlm... HUhuhuhu... sadis... sadis..."


"...Ni ber'FOTO' dibilik akad nikad... pergghhh... hebat... tempat akad jer dah berpuluh2 ribu lemon harganya... kalau pelamin betui camner erkkk???.."


"...Bersama-sama pasukan kompang dari kumpulan JalalKompang... Terbaeeekkkk! Sebenarnya sememangnya saya selalu berkolabrasi dengan cikgu Jalal nih... dasat dia beb! Job dia banyak dapat OFER dari VIP... Tahniah sahabat!..."

Saturday, June 29, 2013

EP3 : SILAT : Jenis-Jenis Silat Di Malaysia


SILAT, seperti kita semua tahu adalah seni beladiri ibunda Tanah Melayu ini iaitu Malaysia. Pelbagai tafsiran dan definisi silat telah diterjemahkan oleh pakar beladiri silat nusantara mahupun pakar bahasa dan sejarah. Walau apapun penilaiannya, silat tetap berkembang dari masa ke semasa, dari tahun ke tahun, dari zaman berzaman. Malaysia tidak terkecuali dalam perkembangan silat yang semakin mencabar dari segi ilmiah dan praktikalnya. Bukan sahaja di Indonesia, Filipina, Thailand, Burma atau Vietnam semakin sukar di kira, Malaysia juga sama. Oleh kerana itu, pertambahan bilangan silat di Malaysia semakin hari semakin berkembang dan berleluasa.

Sebenarnya bukan silat sahaja yang mengalami fenomena ini. Fenomena ini turut berlaku dalam mana-mana beladiri di dunia. Selalunya ianya melibatkan satu perguruan yang sudah besar seperti karate, taekwondo, kung-fu atau wushu dan lain-lain. Karate amnya sudah berkembang dengan pelbagai nama atau fahaman. Contohnya, karate shotokan, gojo-ryu, hayashi-ha, shito-ryu, wado-ryu, kyokushin dan lain-lain. Sama juga perihalnya dengan taekwondo. Kita pernah dengar sebelum ini dengan taekwondo WTF, kini sudah dengar perpecahannya kepada beberapa nama seperti ITF, MITF, GTF dan lain-lain lagi.

Tahukah anda, bilangan perguruan silat yang bertapak di Malaysia sehingga ke hari ini? Mengikut perkiraan fakta dan data, ianya sudah melebihi angka 360 perguruan silat yang ada atau bertapak di Malaysia buat masa ini. Mungkin sudah mencecah 400 jenis silat sama ada yang baru atau lama. Dalam bilangan 300 lebih ini terdapat beberapa jenis silat tua atau yang lama tetapi kurang dikenali atau kurang popular oleh generasi baru kini. Antara contoh silat tersebut ialah Silat Sendeng, Sapek Kalo, Sentaja atau Sunting. Jika diperkenalkan pada generasi baru kini, pasti mereka terpinga-pinga. Berbeza jika kita sebut silat gayong, cekak atau lincah cepat-cepat mereka tahu.


Berikut adalah jenis-jenis silat yang ada di Malaysia mengikut turutan abjad huruf.

Huruf ‘A’ (silat)
Abjad, Acheh Helang Putih, Agam , Al Muazat (Johor), Alif Ba Ta, Amal, Api, Awal (Sabah)

Huruf ‘B’ (silat)
Badek, Baginda Ali (Johor), Baji Bumi, Baju Merah Harimau Berantai, Bakawali, Bakti Negara, Bandung (Sabah), Bangau Putih, Bangkoi (Sabah), Bangsal, Bantan (Melaka), Bayangan (Sabah), Belebat Canggak Emas, Berembang, Buah Mersing, Buah Penian, Buah Pokol, Buah Pulut, Budi Bahasa, Budi Suci (Johor), Bugis, Bunga, Bunga Negeri Kedah, Bunga Rampai

Huruf ‘C’ (silat)
Cakarla (Negeri Sembilan), Cekak Bengkulu, Cekak Harimau, Cekak Malaysia, Cekak Monyet, Cekak Ustaz Hanafi, Cek Kendewa (Sarawak), Cemandas, Chemande, Chikalong Cempaka Putih, Cimandi Hitam, Cimandi Hulu, Cimandi Putih, Cindai Putih, Cirimau

Huruf ‘D’ (silat)
Dela, Depo Woojo

Huruf ‘E’ (silat)
Elat (Pulau Pinang), Embun Putih (Sarawak), Empat, Ezhar,

Huruf ‘F’ (silat)
Firasah (Selangor), Firasat Cemande


Huruf ‘G’ (silat)
Gayang Lima, Gayung Asli, Gayung Cekak Sendeng, Gayung Fatani, Gayung Garuda (Kedah), Gayung Ghaib, Gayung Harimau, Gayung Harimau Hitam, Gayung Laksamana, Gayung Lincah, Gayung Makrifat, Gayung Malaysia, Gayung Pancasila, Gayung Pusaka, Gayung Semarang, Gayung Singa Berantai, Gayung Tok Janggut, Gayung Tujuh, Gayung Zahir Sembilan, Gayungman Asli, Gayungman Kedah, Gegaran Petani (Pulau Pinang), Gelombang, Gelut, Gelut Lintau, Gerak, Gerak Abadi, Gerak Harimau Puaka, Gerak Ilham Gabungan Pendekar, Gerak Kilat, Gerak Lian, Gerak Sakti Insaniah Qudsiah, Gerak Suci, Gerakan 1001 (Sarawak), Gerakan Satu, Gerbang Sakti

Huruf ‘H’ (silat)
Hadramaut, Hailam Betawi (Sarawak), Halimun Allah, Hang Setia, Hang Tuah, Harimau Al Haq, Harimau Berantai, Harimau Betina, Harimau Putih (Sabah), Harimau Seri Rama, Hulubalang

Huruf ‘i’ (silat)
Ikatan Kalam Utama, Inai Teroi, Indera Putera, Istilaq

Huruf ‘J’ (silat)
Jati Bersekutu, Jati Kedah, Jatuh, Jawi

Huruf ‘K’ (silat)
Kaedah, Kaki Tunggal, Kalimah, Kalimah Ghaib, Kalimat Tujuh, Kampung Tebiuh, Kayu, Kayu Merah Harimau Berantai, Kemain, Kembangan (Kelantan), Keramat, Kerayung Sendeng, Kerinci, Keris, Khalifah, Kilat, Kubu, Kudrat Illahi (Johor), Kuningan (Johor), Kuntau Betawi, Kuntau Elat, Kuntau Langkah 21 Gerak, Kuntau Sambar Helang, Kuntau Sendeng, Kuntau Tekpi, Kutar

Huruf ‘L’ (silat)
Laksamana (Johor), Laksamana Hang Jebat, Lam Melayang, Lang Merah, Lang Sewah, Langkah Batu Bara, Langkah Hang Tuah, Langkah Sumbang, Langkah Tiga, Lian, Lian Padukan (Johor), Lian Yunan, Lincah, Lincah Lintar, Lintah, Lintang, Lintau, Liring, Lokma (Sarawak)

Huruf ‘M’ (silat)
Macan Ireng, Majapahit, Majlis, Makrifat (Sarawak), Mandau Senyawa, Mat Kilau, Mayang Mengurai (Sarawak), Medan, Mega Chemande, Melaka, Melayu Asli, Melayu Gayong Pulut Kpg. Kua, Melayu Jawa, Melayu Kedah, Melayu Pahang T.Khatib.M.Noh, Menora, Minang, Minang Jawa Kedah, Minangkabau, Monyet, Moo

Huruf ‘N’ (silat)
Naga, Nasrul Haq, Nasuha Rajawali, Natar, Nur Ilahi


Huruf ‘P’ (silat)
Pagar Ruyong, Pagu (Selangor), Pahlawan (Johor), Panca Indera Lintau, Pancang 12, Pancasila Gayung Harimau, Panden Juan Sutan Maakat, Panglima, Panjar Tujuh (Sabah), Panji Alam, Pantai Sempadan, Paradin, Pasak, Pasak Harimau, Pasak Padang, Pegema, Pegian, Pelaga (Johor), Pelangi, Pelepas, Pencak, Pencak Gayong Melayu, Pencak Melayu Kedah, Pencak Riak Harimau, Pencak Sayau, Pencak Silat Melayu Jati, Pencak Silat Sabah, Pencek, Pencekar Muda, Pendekar Mat Dahan (Pahang), Pendekar Sulaiman (Pahang), Pengantin (Johor), Peninjau, Penjurit Kepetangan (Perak), Perasyah, Periaman, Perisai Sakti Mataram, Perisai Waja, Perkasa Gagah Di Rimba, Perlak (Pahang), Perwira Kedah, Petir, Peturun, Pinang Jawa (Kedah), Pisau, Porpila, Pukulan, Pukulan Gerak, Pukulan Syuhada (Pulau Pinang), Pulut (Kelantan), Purba, Pusaka (Sabah), Pusaka Melayu Asli, Puteri Mandi

Huruf ‘R’ (silat)
Raja Sehari (Perlis), Rajawali, Rampai Sakti, Rampuk, Rancak, Randai, Ranting, Rela Pahlawan (Kedah), Rencong Kapan, Rencong Kayak, Rian, Rohaniah

Huruf ‘S’ (silat)
Sabil Indera Sakti, Saka, SakaBumi, Sala, Sangga Bunuh Aspari (Sarawak), Sangkar Rewana, Sapek Kalo (Sepit Kala), Sapu Angin, Saudara Lima (Pulau Pinang), Sayung, Segap, Sekalung (Sabah), Sekebun, Selangkah, Selangkah Gerak (Kelantan), Selayang Emas (Perlis), Selendang Merah (Kedah), Seleng Cimandi, Seligi Acheh, Seligi Kuningan, Seligi Putera, Seligi Sebalik, Seligi Tunggal (Melaka), Selindang Hitam, Sembah, Semerap, Sempedi, Semulajadi (Negeri Sembilan), Sendeng Kuntau Jawa, Sendeng Makrifat (Sarawak), Sendeng Malaysia, Sendeng Merepat, Sendeng Tapak Sembilan, Sendi (Kelantan), Sendi Cemara Bugis , Sentaja, Separap, Sepasang (Sabah), Sepelet (Terengganu), Sepulut, Seranteh (Selangor), Serendah, Seri Melodi, Seri Minangkabau Tapak Suci, Seri Palembang, Seri Temarang, Serimau Hitam, Sewangi Tujuh, Si Buta Gua Hantu, Siku, Sikume, Sikuna, Singa Kandangan, Songsang, Spring, Sri Gayong Panglima Ulung, Sri Pelanduk (Melaka), Stralak Jalid, Struman, Sukmorogo, Sumandera, Sumandi, Sunda, Sunting, Sunting Dua Belas, Suntingan (Johor), Suntingan Acheh

Huruf ‘T’ (silat)
Tandang, Tangkas, Tapak Rohani, Tapak Sembilan, Tapak Seratus, Tapak Serumpun, Tapak Suci, Tapak Waja, Tari, Tari Asli, Tari Inai, Tari Jawa, Tari Sekubu, Tari Teralak Lincah, Tari Tongkat, Tekpi, Tepi Seni Budaya Bangsa, Teralak Keli (Kelantan), Teralak Nata, Terlak Empat, Terlak Kelantan, Terlak Padang, Terolak Sendeng, Tiga Kalimah Kalimantan, Titi Batang, Titi Pahang, Titi Pinang, To' Perpat Panglima Hitam, Tongkat, Tongkat Nombor Lapan, Tua, Tujuh Makam, Tujuh Putera Hang Setia, Tujuh Selendang Hidayat(S'wak), Tukat Jawa, Tunggal


Huruf ‘W’ (silat)
Wali Ghaib, Wali Sakti, Wali Sembilan, Wali Songo, Wali Suci, Wali Tujuh, Warisan, Warisan Gerak Ilham, Warisan Pusaka

Huruf ‘Z’ (silat)
Zahir

Begitulah keseluruhan 360 jenis-jenis silat yang dapat saya catatkan dalam artikel ini. Segala jenis-jenis silat ini adalah hasil daripada fakta yang saya perolehi melalui pengkajian informasi berkenaan silat di Malaysia sahaja. Jika terdapat nama-nama silat yang tidak tercatat dalam artikel bukanlah kerana tidak sedar akan kewujudan perguruan tersebut tetapi ianya memenuhi catatan berdasarkan 360 jenis-jenis silat yang ada di Malaysia.

Inshaallah, pada keluaran seterusnya saya akan menulis berkenaan dengan perguruan silat-silat yang ada di Malaysia. Pada Episod 4 kelak saya akan mulakan dengan perguruan Seni Silat Sendeng Malaysia. Kemungkinan penekanan lebih kepada perguruan-perguruan silat yang kurang dikenali.

Friday, June 28, 2013

Miskin Hati Lebih Parah Dari Miskin Harta


MANUSIA mempunyai dua tugas utama sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Bagaimanapun, Allah SWT dengan kasih sayangnya tidak membiarkan hamba-Nya yang beriman dalam keadaan terbeban dengan cara mengurniakan panduan penting iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Manusia harus ada Allah SWT dan Rasul dalam hatinya yang menjadi kekuatan dalam kehidupan. Adanya Allah dan Rasul, maka tidak akan ada lagi kebejatan sosial, kepincangan politik dan kemelesetan ekonomi.

Sekiranya kita ada ilmu, ilmu akan menjaga kita, tetapi sekiranya kita ada banyak harta, kita yang akan menjaga harta. Islam menekankan kejayaan dunia hingga akhirat dan kerana itu Islam menyediakan panduan berkaitan setiap aspek urusan supaya umat dapat menggunakannya sebaik mungkin termasuklah dalam soal mengurus kemiskinan. Kemiskinan sering dilihat sebagai keadaan yang menyusahkan, tetapi sebenarnya tidak. Kemiskinan mampu memberikan pulangan positif kepada kesaksamaan dari sudut kestabilan ekonomi.

Bayangkan jika semua kaya, apa akan jadi pada sebuah negara? Sudah tentu berlaku lambakan duit yang menyebabkan inflasi dan nilai wang itu akan menjadi rendah. Inflasi juga menyebabkan barangan asasi menjadi mahal dan boleh terjadi untuk membeli sebuku roti memerlukan segenggam duit kertas. Bagaimanapun, mustahil sebuah negara itu dihuni oleh semua masyarakatnya yang miskin. Secara logiknya, jika ada orang miskin sudah tentu ada orang kaya. Malaysia mempunyai paras kemiskinan yang tertentu berbanding negara lain.


Gaji minimum ditetapkan di bandar besar seperti Kuala Lumpur ialah RM1,500, dan mereka yang berada di bawah paras itu dianggap miskin. Maka, istilah kemiskinan itu subjektif dan tidak boleh diukur hanya melihat kepada pendapatan saja. Kemungkinan, gaji bulanan hanya RM1,000, tetapi mereka mempunyai punca pendapatan lain daripada hasil perniagaan sambilan menjadikan hasil pendapatan bulanan mencecah jumlah RM2,500.

Pengamalan ideologi kapitalis, harta cenderung bertumpu kepada golongan yang kaya, manakala orang miskin cenderung menjadi lebih miskin. Maka, kemiskinan tidak dapat dihapuskan. Bagaimana cara untuk mengurangi kadar kemiskinan? Ada pandangan mengatakan kemiskinan bukanlah suatu masalah perlu ditangani dengan memberikan wang ringgit sebagai keperluan peribadi semata-mata, tetapi ia berhubung kait dengan isu (qalbi) atau hati.


Allah SWT berfirman bermaksud:
“...Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan itu, mereka menjadi orang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar. (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada mereka...”
(Surah al-Hajj, ayat 46)

Kemiskinan bukanlah penghalang utama kepada kemajuan negara, tetapi kemiskinan perlu diolah mengikut situasi semasa. Kadang-kadang kemiskinan mampu memberi ketenangan berbanding hidup dalam kekayaan. Kemunduran sesebuah negara berlaku apabila adanya masyarakat yang bukan saja miskin dari segi harta, bahkan miskin dari segi hati dan keimanan. Inilah yang dinamakan miskin, miskin dan miskin. Namun, tidak dinafikan kemiskinan boleh melambatkan kemajuan negara. Apabila malas telah menguasai diri, ia akan merebak kepada sifat mazmumah yang lain. Malas boleh menjadi punca kepada jenayah lebih besar seperti dadah, judi dan lain-lain. Malas juga boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga kerana apabila malas bekerja sudah tentu tiada wang.


Kemiskinan selalunya berpunca daripada kemiskinan ilmu pengetahuan. Ketiadaan ilmu, masyarakat mudah tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya menyebabkan mereka jatuh bankrap. Ketiadaan ilmu juga boleh menyebabkan masyarakat terpinggir daripada arus kemodenan seterusnya menjadi penat dalam mengejar kemajuan. Sebenarnya bukan semua orang bernasib baik menjadi kaya dengan hanya berniaga. Ramai juga yang kecundang. Walaupun begitu, dengan adanya ilmu kita tidak akan mudah jatuh miskin.

Saidina Ali berkata:  

“...Sekiranya kita ada ilmu, ilmu akan menjaga kita, tetapi sekiranya kita ada banyak harta, kita yang akan menjaga harta...”

Namun, untuk memastikan ilmu itu tidak menjadi sia-sia semestinya kemajuan negara haruslah dibina ke arah kebaikan bukan dibina ke arah kemungkaran. Itulah jalan yang mampu menyelesaikan masalah miskin, miskin dan miskin. Berdasarkan zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, tidak ada orang yang ingin menerima zakat. Hal itu bukan kerana kemiskinan sudah tidak wujud, tetapi disebabkan rasa malu untuk menerima zakat. Ia lahir daripada hati yang bersifat qanaah iaitu berasakan cukup. Kemiskinan bukan hanya disebabkan kekurangan harta semata-mata, tetapi sebenarnya disebabkan kemiskinan iman dan takwa kepada Allah SWT. Apabila jiwa kaya automatik harta akan meningkat disebabkan iman dan takwa mampu meningkatkan kesungguhan untuk bekerja.

Thursday, June 27, 2013

‘Profesional'kah Pasukan Liga Malaysia Yang Bertanding?


LIGA Malaysia kembali hangat buat musim baru tahun 2013. Ini membuatkan saya kembali bersemangat untuk menyokong dan bercerita tentang bolasepak tempatan kita. Siapa yang tidak sayangkan bolasepak kita Malaysia! Sudah lama kita tidak mendengar berita-berita panas tentang bolasepak yang sebelum ini suram. Namun kini, ianya kembali dengan paparan yang hangat dan gosip, buat pasukan bertanding atau sendiri berkenaan dengan kerenah birokrasi FAM! Macam-macam ada dalam liga kita sekarang! Bagus! Sengungguh menyeronokkan sekarang. Pemain import kita juga turut dikenali seperti Martias Conti, Leonel Nunez atau Effa Owona.

Tumpuan kali ini sudah tentu terarah pada saingan Liga Super, namun begitu Liga Perdana tidak kurang hebatnya. Menjadi lumrah mana-mana liga terbaik dunia, tumpuan pasti pada kumpulan liga-liga utama dalam setiap negara. Di sepanyol Primera Liga menjadi tumpuan, di Itali Serie A, Perancis Ligue 1, Portugal Liga Sagres (tempat Nazmi Faiz bermain dengan kelab SC Beira Marr) atau di Belanda Eredivise serta di Jerman Bundesliga. Nama-nama yang disebutkan ini adalah liga utama negara masing-masing. Begitu juga Malaysia, dulu Semi-Pro, kemudian Liga Perdana, kini Liga Super.

Ya, benar. Kehangatan Liga Super negara kita semakin dikenali dirantau Asia Tenggara. Lihat sahaja persiapannya, pelbagai kontroversi, skandal dan persaingan mendapatkan pemain-pemain terhandal kembali mewarna liga kita. Ianya bagus untuk publisiti. Segalanya bermula setelah beberapa pasukan bertanding membuat perubahan. Contoh, pasukan Kelantan DN. Mereka menjenamakan semula pasukan dengan menswastakannya. Hasilnya, mereka menjadi kuasa baru dalam arena bolasepak kita dalam tiga tahun ini, kehebatannya dapat kita saksikan mereka berjaya menawan ketiga-tiga piala yang dipertandingkan disamping berjaya ke suku akhir dalam pertandingan Piala AFC.

Persoalannya sekarang, adakah liga Malaysia ini sudah cukup ‘profesional’ sepenuhnya seperti liga-liga utama di dunia? Pada pendapat saya ianya TIDAK. Jikalau ada pasukan yang hampir ke arah itu setakat ini adalah Kelantan DN dan yang terbaru mengikut jejak The Red Warrior ialah Johor DT (Darul Takzim). Apa erti ‘Profesional’? Profesional berasal dari perkataan latin iaitu ‘proffesio’. Ianya membawa dua pengertian iaitu janji atau ikrar dan pekerjaan. Manakala profesional adalah orang yang menyandang suatu jabatan atau pekerjaan yang dilakukan dengan keahlian atau keterampilan yang tinggi. Hal ini juga pengaruh terhadap penampilan atau mewujudkan unjuk seseorang dalam melakukan pekerjaan di profesinya yang mengandungi pengertian menjalankan suatu profesi untuk keuntungan atau sebagai sumber penghidupan.


Pendek kata profesional dalam bolasepak ialah MAKAN BOLA, TIDUR BOLA, MAIN BOLA! Hidupnya hanya fikirkan pasukan bolasepaknya berjaya. Cuba lihat diluar sana (liga-liga asing) seperti Sepanyol, Itali, Jerman, Belanda, Perancis dan sewaktunya dengannya. Pasukan yang bertanding dikepalai oleh golongan atau individu yang berpengaruh dan sepenuh masa terhadap pasukan yang dipimpinnya. Malangnya, Liga Malaysia tidak! Masih dimonopoli oleh golongan yang ada ‘kuasa’ tetapi tidak ada kredibiliti dalam mentadbir pasukan bolasepak. Hasilnya kita tidak boleh maju dalam bolasepak dan ketinggalan. Ini kerana mereka bukan ‘fulltime’ dalam organisasi tetapi sekadar menumpang pengaruhdan namanya sahaja.

Kadang-kadang kita malu melihat pengurusan pasukan bolasepak yang bertanding. Serba-serbi kekurangan dan tidak ‘berdikari’. Masih lagi tidak berusaha untuk memperbaiki mutu pengurusan seperti tidak ada azam untuk maju. Tidak menunjukkan kecintaan terhadap pasukan yang dipimpinnya baik pihak pengurusan atau pemain. Cuba kita lihat ketika sessi pengenalan pemain atau sidang akbar, masih terdapat pemain yang datang sidang akbar atau tandatangan kontrak dengan memakai seluar ‘jeans’, t-shirt dan yang tidak sesuai untuk majlis berkenaan. Cuba kita lihat liga luar, mereka hadir penuh disiplin dan ‘formal’. Jika pemain itu ada penaja mereka akan pakai jenama penaja mereka. Sedih melihat senario bolasepak kita yang masih kekampungan.


Stadium? Pengurusan bolasepak kita tidak ada ‘vision’ atau cita-cita untuk menjadikan stadium yang bertanding diberi penghormatan. Masalah lampu limpah, kualiti padang yang dan ‘scoreboard’ yang masih ketinggalan, malah masih ada yang gunakan papan mata yang ‘manual’! tempat duduk penonton tidak diselanggara dengan betul, bilik persalinan yang tidak melambangkan identiti pasukan yang bertanding. Sepatutnya tempat duduk penonton dijaga dan dicorakkan seperti di Nou Cam, Barcelona tertulis jika dari jauh tertera tulisan ‘mes que un club’. Begitu jua dengan perial identiti dibilik persalinan. Barulah pelawat yang hadir berasa teruja, bangga dengan sesuat pasukan yang mereka lawan, bukan kerana kehebatan sahaja tetapi teruja kerana keselesaan dan kualiti tempat mereka bertandang.

Selain itu, penampilan jersi pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia amat-amat memalukan dan mendukacitakan! Masih ada yang bertampal seperti sarung guni, tiada penaja dan menyakitkan mata! Masih bertampal bermaksud, terdapat pasukan yang bertanding seperti tidak sensitif tentang susun letak penaja didalam jersi mereka. Main letak dan tangkap muat! Lihat jersi pasukan Selangor DE bertampal tidak kena dengan warna penaja dan baju. Hairannya, penaja pasukannya adalah penaja pasukan yang sama sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi kenapa masih bertampil siap ada latar belakang warna putih? Lihat Kelantan DE, Johor DT, Pahang DM atau Terengganu DI, susun letak penaja pasukan merekakemas dan tidak sakit mata. Jangan keliru dengan warna korporat penaja, ianya boleh diselaraskan mengikut warna jersi. Jika jersi hitam tetapi warna penaja hitam, ianya boleh diubah ke warna putih seperti pasukan liga-liga luar buat.



Penyokong juga perlu memainkan peranan supaya mengubah sedikit kaedah sokongan anda. Jika pasukan negeri yang bertanding seharusnya mereka membuat atau membawa bendera atau sepanduk pasukan yang bertanding dengan mengenakan logo persatuan bukan bendera negeri. Itu yang dipraktik oleh penyokong luar negara. Kalau tidak apa guna kita lihat logo persatuan bolasepak yang tertera pada dada jersi pemain yang bertanding. Baru ada semangat tambahan cintakan pasukan bertanding selain negerinya sendiri. Siapa yang tidak kenal logo Real Madrid CF, Manchester United FC, Paris Saint Germain, AC Milan atau FC Barcelona? Itulah hasilnya jika pihak penyokong kita turut prihatin dan berdisiplin! Ianya juga akan membantu mempromosikan pasukan kesayangan dengan lebih berkesan.

Dan yang terakhir berkenaan dengan penggunaan nama pasukan yang bertanding. Malu juga penggunaan nama buat pasukan yang bertanding pasukan liga kita. Cacamerba! Buat pasukan negeri yang bertanding sebaik-baik biarlah persatuan bolasepak selaras atau selarikan dengan nama yang lebih ‘pro’ atau ada identiti tersendiri seperti liga luar negara. Memang kebanyakkan liga luar yang bertanding dalam liga mereka adalah berasal dari kelab bola atau kelab sukan. Jika liga Sepanyol, liga bolasepak mereka dimonopoli oleh kelab sukan. Contoh FC Barcelona, Real Madrid dan sebagainya, begitu juga Itali, Grecce atau di sekitar Eropah. England hanya kelab bolasepak sahaja. FC Barcelona, kalau kita perasan pada motto kelab mereka iaitu mes que un club bermaksud bukan sekadar kelab. FC Barcelona adalah antara kelab sukan yang berjaya dalam bolasepak, futsal, bola keranjang, bola baling, hoki beroda dan sukan amatur Eropah dan dunia.


Oleh itu sebagai cadangan buat liga Malaysia supaya diselarikan nama pasukan bertanding. Sebagai contoh, jika pasukan negeri yang bertanding, selarikan nama yang bertanding seperti KELANTAN DN, JOHOR DT, PAHANG DM, TERENGGANU DI, PERAK DR, KEDAH DA, NEGERI SEMBILAN DK dan lain. Atau boleh juga kita guna dengan nama bermula dengan DARUL buat pasukan negeri seperti yang disarankan oleh Tengku Muda Johor dengan DARUL TAKZIM FC. Buat pasukan kelab yang bertanding pula sediakan nama-nama yang ‘matang’, jangan main tangkap muat sahaja. Jika kelab itu berasal dari Selangor, tidak perlulah letak nama Selangor tersebut. Dulu ada Public Bank, MPPJ atau PKNS, tidak perlu letak Selangor, sebaliknya letak perkataan FC, SC atau apa-apa yang ada identiti kelab bola dan sukan. Contoh, Athletic de Bilbao atau Sporting Lisbon.

Jika ini (profesional) kita jaga, inshaallah, liga kita akan bertambah menarik dan berseri, bukan sekadar skandal, kontroversi, kemeriahan, tetapi juga dikenali dengan tahap profesional yang bermutu tinggi! Inshaallah, Majulah bolasepak Tanahair, Hidup Malaysia!

Saturday, June 22, 2013

Persembahan Silat Di Hotel Premiera Menara MARA

Tarikh : 22 Jun 2013 
Majlis : Expo Perkahwinan & Fesyen Malaysia, Hotel Premiera Menara MARA, Kuala Lumpur
Pesilat : Syawal, Mohd Akmal, Sharifuddin & Akmal

As-Salam Pengunjung Ku Yang Di Sayangi   

"...Nampok gambo nih??? Nampak bukan? Ape yang janggal dan memusykilkan buat ENTE semua???? cube teka aaaa... siape dapat teka dengan betui... dapat hadiah!!! Yup! Ingat memain kaaar... Dapat hadiah masuk percuma ke bengkel beladiri wanita selama tiga jam dikompleks Rakan Muda Puchong nanti, itu bagi wanita... Kalo lelaki? Dapat hadiah gakkk... tiket masuk percuma ke bengkel beladiri tangan kosong yang bakal KU adakan selepas raya ini, inshaAllah ;-) Xpercaya ka??? ENTE tunggularrr... hihihihi..."


Ni diaaa... Aksi Belebat oleh anak-anak murid KU... begitu bersemangat dan membanggakan KU daaa... GOOD Attitude! Syabash Betiii...


Yang ditunggu oleh tetamu, para hadirin, pasangan mempelai dan penganjur majlis adalah... JENg, JeNG, JENNNGGgG... Dah tentulah 'Jejaka Aksi Malaya' Nih... hahaha... XCAYA? Tengok! Tengok Pengantin Pompuan TUH!!!... Ralik bukan.... haaa... tell youuuuu....


Sebenarnya... KU geram gak dengan pengantin lelaki nih... KALO MU tak mau jadi pengantin KO blah lahhh... KASI KU jadi pengantin... haaa... 'baru cocok'!!!! Tu yang KU nak kuar KERIS nih nak TIKAM satu das kat DIA...


Tapi KU Xsampai hati nak tikam diaaa... sedeyyy jer... SO, biarlah KU berpaling untuk menghiburkan hati ini dengan TARI KERIS 'Saksila Lekir' ini... Walau camner pun.. korang TENGOK!!!! Pengantin POMPUAN tetap... hmmmm.... told you lah... hahahaha... merapu tahap kamen rider black nih!


Oleh itu, biorlah KU membawa diri kerna MUNG sudah menjadi milik MARANG KERAPU KEPUNDEN MARANG SKEPAL TUH....


KU rasa pengantin POMpuan ni dah syok kat KU kot... hahaha... sampai ku ambik gambo dia pun dia tetap 'bereaksi' dengan KU nih... nasib baik ku sudah berpunyer... huhuhu


Akhir kata... Selamat Tinggal PUTERI ku... INILAH celoteh merapu KU buat anda semua... MOGA TERHIBUR... InshaAllah, lepas nih ku akan merapu lagi... kui,kui,kui...Sekian, TQ, Wassalam...

Sunday, June 16, 2013

Persembahan SIlat Di Dewan Seri Melati Presint 3 Putrajaya

Tarikh : 16 Jun 2013  
Majlis : Perkahwinan Hazwan dan Siti Di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3
Pesilat : Syawal, Mohd Akmal, Sharifuddin & Akmal








Saturday, June 15, 2013

Persembahan Silat Di Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 15 Jun 2013 Majlis : Penutupan Cabaran Sihat 2013 Anjuran Majalah i-Sihat UKSB
Pesilat : Syawal, Nik Danial, Ahmad Lutfi, Mohd Akmal, Sharifuddin, Irman & Akmal













Sunday, June 09, 2013

Persembahan Silat Di Dewan Dr. Siti Hasmah Puspanita

Tarikh : 9 Jun 2013
Majlis : Perkahwinan Nizam dan Sahara Di Dewan Dr. Siti Hasmah, Puspanita DBP
Pesilat : Syawal, Mohd Akmal, Sharifuddin & Irman