Wednesday, July 31, 2013

Tribute To Ejen Rahsia 5 (ER-5) Bahagian 4


PADA 'episod-episod' yang lepas... Cewwaaahhh... macam drama bersiri pulak... tapi memang pun... video REEL nih adalah petikan dari drama aksi bersiri lakonan ABG JAM lah... ER-5! Sudah masuk ke bahagian ke-4 dah... kejap jer... Bahagian ke-4 bukan bermakna petikan aksi dari episod 4, ianya adalah petikan aksi dari beberapa aksi pertarungan yang boleh dikatakan OKLER... tak lah hebat mane... Kenape ABG JAM cakap camtu? Mau takNYER... Penerbitan drama aksi penyiasatan ER-5 ni sebenar satu projek yang boleh dikatakan MEGA... tapi malangnyer, pihak produksi yang dilantik dan diberi peluang ini gagal dalam 'amanah'nya sehingga hampir menrosakkan keseluruhan cerita. Nasib baik ada ABG JAM dan sahabat2 tetap teruskan penerbitan drama aksi walaupun didalam serba kekurangan. Namun, hasilnya masih lagi OK dan kalau nak dibanding kualiti aksi pertarungannya dengan drama2 lain rasanya belum ada yang mampu menandingi... tapi ABG tetap sedih sebab sepatutnya kami boleh lakukannya dengan lebaih baik lagi...

"...Sedih-sedih GAK, ni haaa... Nak STORY-MORI cerita al-KESAHnyer tentang petikan SHOWREEL nih...Ini merupakan petikan aksi pertarungan dalam episod ke 10 dalam ER-5. Pertarungan ini berlaku pada waktu SUBOH daaa... tu yang ABG JAM taip STORY ni pada waktu SUBOH... hahahaha... Episod ini menceritakan jenayah yang dilakukan oleh sebuah kumpulan kongsi gelap tempatan yang bekerjasama dengan pihak kongsi dari FILIPINA menculik ketua operasi ER-5 iaitu Tuan X. Kejadian itu membuatkan pasukan ER-5 yang diketuai oleh Kapten Hadi cemas dan bertindak untuk menyelamatkan Tuan X di sebuah pulau... Perggghhhh... Kire ER-5 nih ceritanya sememangnya LEVEL2 antarabangsalah..."

Tapi sayang seribu kali sayang... Ape Nak di KATE... Nasi dah jadi bubur... InshaAllah jika berpeluang 'membikin' dan ada modal sendiri, ABG JAM dan rakan2 nak REMAKE semula cerita jadi lagi baik!!!!

Tuesday, July 30, 2013

Tradisi & Evolusi Dalam Ilmu Persilatan...


SEHARI yang lepas ABG JAM terbaca satu kenyataan berhubung dengan kemelut SILAT di negara kite NIH... Pada pendapat ABG JAM kenyataan itu tak patut diPOSTkan dalam laman FB tuh, kerana ianya tidak sesuai dan membuktikan serta mencerminkan individu yang mengPOSTkan kenyataan itu tidak bijak dan global. Kenyataan tersebut seolah-olah menuntut kebenaran melalui pandangan orang ramai sama ada kehadiran 'beladiri campuran' a.k.a MMA akan menghapuskan sedikit demi sedikit peranan SILAT di negara kite. Jika ianya diPOSTkan oleh laman FB persendirian masih boleh dikira lagi tetapi ianya diPOSTkan pada laman PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN.

Kenapa perlu takut? Adakah badan tersebut takut pada bayang2 sendiri? Pada ABG JAM lah... peranan silat di negara ini tetap segar dan diminati oleh masyarakat setempat. Kalau tidak ape guna ada PESAKA. Selagi bernama Melayu, silat tetap wujud dalam kehidupan geografi kite walaupun dalam bilangan yang kecil. Usah takut akan ancaman peranan atau kepupusan! Ianya berlaku jika kite tidak mainkan peranan kite! Apa guna jika ada pelbagai badan persekutuan, persatuan atau pertubuhan silat tetapi tidak memainkan peranan dalam memajukan silat itu sendiri. Tidak perlu kite menyalahkan beladiri lain apabila mereka maj. Salahkan diri sendiri kenapa tidak mahu maju! Sebaiknya, elok kite belajar daripada kejayaan mereka untuk memajukan silat kite.

Dunia sentiasa berubah dan sering berubah. Begitu juga silat. Benar! Silat kite perlukan pendekatan yang baru. Tradisi dikekalkan Evolusi diperlukan. Tradisi yang bagaimana yang perlu kite pelihara? Tradisi persilatan yang baik-baik seperti moral dan nilai-nilai. Adakala tradisi itu merosakkan silat itu sendiri kerana ianya melibatkan perkara-perkara primitif yang menyalahi akidah. Itu perlu ditegah. Evolusi diperlukan dari segi pembaharuan kaedah pembelajaran sebagai contoh. Orang dulu sememangnya 'jenis2' bersabar. Orang kini tidak lagi. Mereka jenis 'express' dan tidak suke pada perkara lambat. Ada masa kite terpaksa ikut kehendak mereka pada sesuatu perkara tetapi tidak semua patut kite buat begitu. Sebagai contoh, buat bengkel 'fast learner' bagi yang baru.

"...Ini adalah sekadar pandangan dan percambahan idea sekiranya jika kite mahukan SILAT bersaing dengan dunia beladiri asing sememangnya menguasai pasaran beladiri Malaysia buat masakini. Ternyata golongan elit lebih sukekan 'kekasaran', cepat dan mudah. Tidak hairan kenapa Muay Thai jadi pilihan, tinju atau MMA. Kite tidak boleh menyalahkan ilmu beladiri itu kerana ianya ilmu beladiri yang datang dari Allah SWT jugak. Banyak lagi contoh yang boleh ABG JAM kongsikan, tetapi ruangan ini terhad. InshaAllah dilain masa ABG JAM kongsikan lagi pendapat demi kebaikan. Jika mahukan maklum balas, marilah kite bertukar-tukar fikiran diruangan komen yang disediakan sama ada di sini atau di FB. Ingat! Tiada pilihan buat kite pengamal beladiri SILAT untuk maju iaitu perlukan sedikit evolusi..."

Monday, July 29, 2013

Makin Lama Makin Mudarat Prestasi 'Harimau Malaya'...


PECAT Saja Rajagopal!!! Itu antara tajuk utama yang terpampang pada dada akhbar tempatan. Mana tidaknyer... Apa yang berlaku pada pasukan 'Harimau Malaya' tidak mencerminkan keperibadiaan pasukan kebangsaan kite. Semakin berlembut semakin teruk prestasi dibawah bimbingan si Raja nih... ABG JAM memang begitu... sensitif pada persekitaran... jika ade yang tak kena sure ABG JAM tulis untuk dikongsi maklumat bersama2 KENGKAWAN... Pandangan ABG JAM mudah, PECATTTT!!! hihihi...

Bayangkan, daripada 12 perlawanan persahabatan sebelum ini sama ada bertaraf 'A' atau tidak kite hanya menang dua kali, seri sekali dan kalah sembilan kali. Senario tu membimbangkan, malah ditertawakan orang... Buktinya, Jose Mourinho dan media jepun. Terbaru dibelasah 5-0 oleh pasukan kelab kedua tercorot di sana... Tengku Abdullah turut kecewa dengan perkembangan ini dan memaksa Rajagopal hentikan eksperimen. 

Selain Tengku Abdullah, bekas pemain dan jurulatih tempatan turut membidas prestasi Rajagopal yang amat memalukan negara. Antara yang lantang ialah Khalid Ali.


"...Apa lagi saya boleh cakap? Kalau saya cakap nanti orang marah. Namun memang kualiti pemain dan jurulatih kita masih di takuk rendah dan kekalahan besar sebuah pasukan berstatus kelab, memang memalukan sebagai pasukan negara. "Kita kena sedar Liga Jepun yang berada di kelas A dan apabila kita kalah, apa lagi hendak ditunjukkan oleh Rajagobal. Saya fikir sudah sampainya satu rombakan drastik perlu dilakukan, kekalahan 0-5 sukar untuk diterima oleh semua peminat bola sepak Malaysia..."

Bagi bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hasan pula mempersoalkan sama ada Rajagobal mendengar atau tidak kritikan yang dilemparkan oleh pemerhati bola sepak atau sekadar menganggap itu satu perkara yang tidak perlu diendahkan. 

"....Saya tahu ada kalanya pandangan yang diberikan oleh mereka di luar padang tidak sama dengan mereka yang melatih. Namun terimalah sekurang-kurangnya teguran itu sebagai sesuatu yang positif, janganlah hanya pandang sinis sahaja dengan apa orang lain perkatakan dengan mengatakan benda-benda yang tidak sepatutnya seperti ranking tidak perlu. Mungkin tidak semua apa yang diperkatakan oleh saya atau bekas-bekas pemain lain itu betul tetapi pandangan kami semua adalah berdasarkan pengamalan kami sepanjang bergelar pemain dan sayangkan bola sepak negara. "Satu lagi, janganlah kita terlalu asyik mengimbas kejayaan lalu seperti memenangi pingat emas Sukan SEA atau Piala AFF. Sudah sampainya kita fokus untuk memperbaiki prestasi dari masa ke semasa, kekalahan ini satu tamparan hebat kepada, sudah tentu JFA (Persatuan Bola Sepak Jepun) mentertawakan kita boleh kalah kepada sebuah pasukan kelab..." katanya.

Sunday, July 28, 2013

Seni Silat Sendeng Malaysia : Sejarah & Asal Usul (Bahagian 1)


SENI Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.

Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenis aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan, Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.

"...Pada 13hb Julai 2009 bertempat di Ledang, Johor, perguruan silat ini telah diistyharkan oleh YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, sebagai silat rasmi negeri Johor..."

Bagi Kuntau 3 Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat Melayu yang asli seperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll, permainan senjata seperti keris, tumbuk lada , tekpi, pedang, pedang–perisai dan tembong. Juga terdapat belebat kuntau, pecah (kata) ,pernafasan lean dan pukul selain dari tangkapan dan kuncian.

Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerang tangan kosong dan sparing. Permainan Sendeng 7 Hari lebih menumpukan kepada membaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan. Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan.

Bersambung...

Saturday, July 27, 2013

Wrath of Vajra - Teruskan Kesinambungan Filem Kung Fu

 
PASTI ENTE2 semua dah tau kann... ABG JAM pasti akan mengPOSTkan cerita2 dilaman blognyer berkisar tentang dunia aksi dan beladiri (CORE subjek la katakan). Ada jugak yang lain2 seperti pengetahuan ISLAM yang sebaik2 boleh disampaikan setiap hari. MEME minat ABG JAM ke situ dan kebetulan MEME dah KU berada dalam industri perfileman tanahair. Tapi sayang, industri filem kite nih tidak 'selari' dengan pemikiran ABG JAM lah... Siam dan Indon dah berjaya buat filem seni beladiri ke tahap antarabangsa, tapi kite??? huhuhu... Patutlah kite sering gagal dalam membikin filem beladiri...

Kenapa gagal? Cube MIKE lihat filem beladiri luar yang berjaya... Hero utama diorg sape? Jalan cerita nyer ape? Teknik penggambaran ape? Berbeza di Malaysia... Heronya pelakon 'MAT BUNGA', kaki bangku, bukan pengamal seni beladiri boleh jadi Hero untuk semua filem termasuk BELADIRI... HANCUR!!!! Jalan cerita bukan atas dasar perjuangan seni beladiri tetapi sebab perempuan sebagai contoh... HANCUR!!!! SHOT? Hmmm... melo dan lembab serta tak tau nak CUTTING... HANCUR!!!! Bile ABG JAM nak buat sendiri, tiada saper yang kasi peluang... SO, sampai bile pun kite akan gagal bile industri ini tidak berlapang dada untuk memberi peluang pada orang yang berkebolehan...

Lantaklah... jika ada peluang dan dapat 'pembiaya' sendiri, inshaAllah ABG JAM akan buat!!! Meh, jom ABG JAM kongsi lagi dengan ENTE2 semua sebuah lagi filem seni beladiri Cina yang masih meneruskan kesinambungan konsep filemnya iaitu bersandarkan pada pelakon seni beladiri... SO, nih dia sinopsis ceritanya... Selamat membaca ENTE2 semua...


"...Dalam tahun 1930-an, sebelum kuasa-kuasa Barat memasuki Perang Dunia II, kultus 'HITAM' Jepun yang dikenali sebagai 'Kuil Hades' diperintah untuk bekerja bersama-sama pihak tentera dalam membantu agenda untuk melakukan kerosakkan terhadap 'rohani China'. Pahlawan-pahlawan elit percaya bahawa perang boleh dimenangi tanpa menggunakan senjata buatan manusia. Mereka membeli kanak-kanak daripada ibu bapa yang miskin dan melatih mereka dalam seni mempertahankan diri untuk menjadi pembunuh untuk berkhidmat kepada Empayar Jepun. Apabila dia berusia 8 tahun, Vajrasattva adalah antara kanak-kanak yang dijual kepada Kuil Hades. Dia dilayan seperti kuli dan dipaksa bertarung setiap kali untuk mendapatkan makanan, disebabkan perkara itu, dia tidak sengaja menyebabkan kematian saudaranya. Dia membuat sumpah rahsia untuk membalas dendam. Beberapa tahun kemudian, dia dapat melarikan diri ke China dan menyertai Kuil Shaolin Selatan, di mana beliau menerima 'pencerahan rohani' dan berjanji untuk melindungi negara sendiri menentang Jepun..."

Friday, July 26, 2013

Hayati Peristiwa Nuzul Quran


As-Salam buat Muslimin dan Muslimat serta para pembaca yang dikasihi, 

ALHAMDULILLAH, kite semua telah pun menjalani ibadah puasa melebihi hari yang ke-15. Syukur ke hadrat illahi kerna limpah-Nya kite masih berpeluang mengecapi nikmat yang diberi. Hari ini adalah hari cuti umum sempena Nuzul Al-quran. Oleh itu, ABG JAM nak share sedikit ilmu pengetahuan tentang Nuzul Al-quran dengan ENTE semua lah... Wassalamu...

"...Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq..."

Thursday, July 25, 2013

Tribute To Ejen Rahsia 5 (ER-5) Bahagian 3


Bersua kembali kita semua dengan izin-Nya,

SEDAR tak sedar sudah masuk bahagia ketiga buat kolum 'tribute' ini. Sedar tak sedar juga kite pun dah sampai ke pertengahan blan ramadhan. Alhamdulillah! Syukur, Maha Suci Allah jugak lah yang menyembuhkan demam telah ABG JAM alami dalam beberapa hari nih...walau demam, POSE tetap penuh haaa.... jangan nak pusing2 kata ABG JAM ponteng... Rasanya POSE tu ubat sakit jugak ABG JAM rase... 5 hari lepas ABG JAM demam, 3 hari tak makan ubat... hari yang keempat baru makan ubat... lepas tu Alhamdulillah baik... Dulu ABG JAM ada terbaca ikut kaedah rasulullah kalau tak silaplah... jika kite demam, biar sampai 3 hari, jika tak baik baru carikan ubat...


"...Apa2pun, nih haaa nak STORY-MORI tentang bahagian ketiga video aksi ABG JAM nihh... Ini merupakan antara salah satu aksi pertarungan yang ABG JAM lakukan dalam episod 7 yang bertaujk 'The Protector'. Tajuknya memang GEMPAQZ!!! Mana ada siri aksi sebelum ini di Malaysia berani menyentuh isu antarabangsa. Nah!!! ER-5 berjaya melakukannya... Tahniah pada penulis skrip cerita. Cume yang ABG JAM bengang dan KECIWA dengan sikap sambil lewa produksi dalam menghabiskan penggambaran dan kualiti editing yang semakin tidak menepati piawaian penilaian ABG JAM dan rakan2! Penat jer ABG JAM beraksi sampa ke suboh tapi hasil editing kureng kemas. Walaupun begitu, ianya masih tidak mampu ditandingi oleh mana2 cerita di TV setakat ini dari segi FIGHTING nyer, tidak cerita di slot AKSI, Akademi Polis atau Gerak Khas, FIGHTING dalam cerita ER-5 memang terbaekkk... BUKTI??? Senang aja... Cerita ER-5 diulang tayang siarannya sudah masuk 7 Kali sejak tayangan pertama dari tahun 2006..."

Wednesday, July 24, 2013

Bruce Lee : Sudah 40 Tahun Pemergiannya


BULAN Julai 2013, pelbagai peristiwa berlaku menyusuri hidup kite semua... ibadah puasa, skuad bola kite dimalukan lagi, pada jumaat ni sambutan nuzul quran... banyaklah... ape yang nak ABG JAM kongsikan bersama ENTE semua ialah tentang seorang tokoh filem dan pengamal seni beladiri, Bruce Lee. Sedar tak sedar dah 40 tahun beliau pergi. Bukan kepentingan untuk mengingatinya tetapi jasanya dalam filem seni beladiri amat besar. Tanpanya, mungkin filem seni beladiri lambat mendapat tempat dan diminati. Hasilnya, Industri Hong Kong menjadi pelopor kepada filem seni beladiri. 

Bukan saje dalam perfileman sahaja, jasa beliau didalam ilmu seni beladiri tidak boleh dinafikan sehingga terbentuknya JKD iaitu Jeet Kune Do. Satu beladiri moden yang berlandaskan konsep dan falsafah yang mana boleh disesuaikan pada mana2 beladiri bagi mereka yang mahu mengikuti. Dalam ertikata lain, jika anda pengamal karate, kung fu, taekwondo, silat atau apa2 saje, boleh mengunakan konsep dan falsafah JKD. Bruce Lee juga suke mengikut resmi air, maka tercetuslah falsafah 'Be Like Water'. Banyak lagi falsafah yang beliau 'lontar'kan sepanjang hayatnya, antaranya, 'Be Alert & A Live', 'Fighting Without Fighting' atau 'Knowing is Enough, We Must Apply'. Willing is not Enough We Must Do!'

Buat ABG JAM, KEH meme suke falsafah yang nih...

"...Empty your mind, be formless, shapeless like water, when you put a water into teacup it's become a teacup, put a water into bottle it's become a bottle, put water into teapot it's become a teapot, now, water can flow, creep or can crash, be like water my friend..." - Bruce Lee

Mourinho Sindir Rajagopal, Pemain & FAM


SEBENARNYA, ABG JAM bukan minat sangat si mamat bermulut banyak dan nakal nih, al-maklumlah, dia memang selalu jadi seteru pada team kegemaran (FC Barcelona) ABG JAM. Tapi bukan semua perkara yang dia cakap atau lemparkan itu salah... ada masa adakalanya baik jugak... Kan baru2 nih chelsea turun ke Malaysia adakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan kite. Dah tau hasilnya, tetap sama dari dulu hingga kini... Keputusan tersebut mendapat reaksi kureng memuaskan buat pengendali chelsea tersebut seolah kecewa dengan corak permainan yang gagal memberi saingan tidak seperti Thailand. Ikuti ulasan dan kenyataan Jose Mourinho ketika ditemubual oleh Chelsea TV.

"Inikah skuad kebangsaan Malaysia? Ada diantara mereka seperti baru diterima masuk kedalam akademi bola sepak. Malaysia sangat bernasib baik kerana kami tidak beraksi dengan keupayaan sepenuh kami. Bukan kerana kami ingin memperlekehkan skuad Malaysia namun gaya permainan mereka sangat mengecewakan dan lemah. Kami menghormatinya dan hanya bermain seperti biasa sahaja"

"Saranan saya kepada jurulatih Malaysia (Rajagopal), pilihlah pemain mengikut potensi mereka dan bukan mengikut prestasi lampau mereka. Agak lucu apabila saya tidak faham langsung dengan cara pemainan mereka (Malaysia). Jadi bermain seperti biasa adalah pilihan yang lebih baik". -Jose Mourinho

Buat FAM, nilailah prestasi jurulatih juga, bukan pemain sahaja. Ada benar juga komen tersebut dan ambil iktibar serta pengajaran. Jangan tolak mentah2. Terlalu lama Rajagopal menjadi jurulatih kebangsaan dan tiada apa yang boleh kite banggakan sangat. Jika ini berlarutan, takut2 nanti tiada pasukan bertaraf antarabangsa sudi bermain dengan kite lagi... 'Next Exhibition' lawan FC Barcelona (kelab bolasepak terbaik dunia)... Sendiri MAU ingat MAAAA... ABG JAM confirm BARCA daaa.... hihihi

Tuesday, July 23, 2013

Donnie Yen dan Wilson Yip Keluar Dari Ip Man 3!!!


Bertemu kembali di arena ini,

FRANCAIS filem Ip Man adalah filem seni beladiri amat popular dan dinanti-nanti oleh peminat beladiri dunia khususnya pengamal seni beladiri Kung Fu. Setelah berjaya dengan dua edisi Ip Man dan Ip Man 2, khabar angin yang mengatakan terdapat pergolakan dalam menghasilkan edisi ketiga ini makin terbuka pekungnya. Ianya berlaku apabila pihak penerbit iaitu Raymond Wong, mahu menukarkan teraju utama filem tersebut iaitu Wilson Yip dengan anaknya Edmond bagi Ip Man 3. Perkara itu disanggah Donnie Yen kerana dia dan Wilson telah bekerjasama menghasil dan menjaga kualiti filem berkenaan sejak awal penerbitannya.

Keadaan kembali reda selepas Donnie Yen turut mengugut untuk tarik diri. Selepas selesai keadaan itu, timbul pula masalah lain iaitu masalah kepadatan jadual kerja antara Wilson Yip dan Donnie Yen selain bajet produksi tidak menepati kriteria untuk menghasilkan filem Ip Man 3 dalam bentuk 3D. Hubungan mereka kembali tegang. Kelewatan pihak penerbit memutuskan tarikh penggambaran secepat antara punca kekalutan ini berlaku. Menurut sumber terbaru, penerbitnya memutuskan untuk memulakan penggambaran filem ini pada tahun hadapan, Donnie Yen membalas dengan mengatakan jadual kerja dia dan Wilson sudah terlalu padat!

"...Perkara ini mengingatkan tentang apa yang berlaku pada ABG JAM ketika menghasilkan drama aksi EJEN RAHSIA 5 untuk Astro pada tahun 2006. Selepas tamat musim pertama, siri EJEN RAHSIA 5 ini akan disambung penerbitannya seperti pada perjanjian awal bahawa EJEN RAHSIA 5 akan diterbitkan sehingga 3 musim. Namun, selepas berjaya dan mendapat rating yang baik, barisan EJEN RAHSIA 5 hendak dirombak oleh penerbit. Hanya skrip sahaja mereka mahukan, habis kuat jadi koreografer! Jadi, ape lagi... ABG JAM dan rakan2 sepakat tidak mahu teruskan dan skrip ditarik balik!..."

Monday, July 22, 2013

Tribute To Ejen Rahsia 5 (ER-5) Bahagian 2


Bertemu Kembali Sahabat Ku Semua,

APA yang janjikan mesti dikotakan... bukan diKOTAKkan tauuu... Sekarang iniiii... ABG JAM mahu 'previous' semua keje2 ABG JAM ketika terlibat didalam bidang perfileman, persembahan dan seni beladiri... Oleh itu, hari ini tanpa melengahkan masa dan tenaga, al-maklumlah tengah pose nih... badan kureng baik... ABG JAM terus mengUPLOAD video reel bahagian kedua tentang aksi pertarungan melibatkan ABG JAM dalam drama aksi bersiri EJEN RAHSIA 5.

"... Maka, nak STORY-MORI lah tentang petikan babak video nih... baru2 nih bahagian pertama disajikan aksi pertarungan 'terbaeekkk' ABG JAM dalam episod 2 yang bertajuk 'The Guns'. Kali nih episod 4... tajuk lagi ganazzz... yeahhh! tajuknyerrr... 'The Kumite'.... Kesahnya mengenai sebuah kumpulan kongsi gelap yang membuat pertandingan 'sabung' manusia tanpa 'lesen' dan banyak menyebabkan kes kematian misteri... So cerita nih banyak adegan pertarungan, salah satunya babak pertarungan ABG JAM seperti di dalam petikan video reel ini...."

Selamat menonton video nih... moga2 kite boleh berkongsi kegembiraan dan maklumat melalui apa yang dipersembahkan ini. Buat masa ini BLOG ABG JAM nih masih dalam pembaikan... Tapi setakat nih dah hampir 80% dah nak okey... Rajinlah layari BLOG tak seberapa KU nih... InshaAllah ABG JAM cuba jadikan blog seperti tempat penyebaran maklumat yang positif... CEWAAAHHH... Skema plak ABG JAM hari nih... So... HASTA LA VISTA... FRENZZZ... ;-)

Sunday, July 21, 2013

Santai... : Dua Puteri Ku Yang 'BOOM SHAKALA KALA BOOM'!

As-Salam Buat Blogger Dan Pengunjung...

HAI apa kaborrr... Selamat pagi... moga anda semua ceria dan sihat hendak-Nya... ABG J.A.M jugak ceria melebihi tahap KAMEN RIDER BLACK RX! ahahaahahahaa... Ni ABG JAM nak kongsikan sikit tentang gelagat dan celoteh anak2 ABG JAM nih...

"...Ni dia STORY-MORI nyerrrr.... sama ada ENTE tau atau tidak... sedar tak sedar dah besar dua orang puteri kesayangan ABG JAM nih... So, ABG JAM tengok, diorg nih suke sangat bergambo walau usia masih HIJAU! So, peluang yang ada ni ABG JAM rakamkan beberapa keping STILL PHOTOS nih dan UPLOAD terus ke blog ABG ni... Korang labelkanlah sendiri... hihihihi..."


"... Ni lah dua orang puteri yang ABG JAM maksudkan... FIRST TIME EXpoSuRE! Sebelum nih memang ABG JAM tak suke 'exposed2' diorang nih... tapi saja nak santai dan rileks jap kan hati nih... so, tu yang UPLOADkan foto2 diorg nih... amacam? Leh jadi model MUSLIMAH tak?..."


"... Tadaaaa... Memperkenalkan... Puteri sulung ABG JAM... NUR QASEH BATRISIYIA... Yang nih MEME manje dengan I... Tak boleh berenggang... Adoooiiii... Kalo nak gi mengajar silat atau gi shooting MEME susoh! Kalo bab posing2 nih... serah pada dia... huhuhu..."


"... Hah! Yang nih pulak adiknyer... NUR CHINTA ARISSA... Tengok tuh... Pandai jugak nak berFOTO2.... Adooiiii... Semua anak-anak KU nih suke berposing kar? Jadi model? Hmmm... Entahlah... Tapi ABG JAM lebih suke diorg semua jadi USTAZAH.... hahahaha...."


"...Penenang Hati Ku... Qaseh dan Chinta... Lepas nih tak tau nak letak nama ape kalo ada lagi sorang... hak hak hak... SAYANg kot kalo POMpuAn... Laki?... Hmmm... Ape kata MUNG orang..."


".... Haaaa... Sebenarnyer... Inilah yang paling BOOM! SHAKALA KALA BOOM!... Ape??? Tuh! Tengok! Tengok! Bapak 'peminat mati keras' FC Barcelona, anak pun sama! XCAYA? Nanti korang tengoklaaar.... Kalo si QASEH tu kalo gi kedai nike, nampak jersi FCB terus dia cakap, "Ayah! ONAAA..." Hahahaha..., 'That's My Barca Girls'..."


"... Finally... The ROCK Has Come To L.A..., Here is SMELLLSSS... La la la larr... What Ta' ROCK Has Cooking..." Ape yang ABG JAM mengarut nih daaaa... Memang.. KU bile seronok menulis... dia punya 'simpang' tu banyak sangat... seronok, idea mencurah2... Ni kire singkat... ikut hati XCUKUP mukasurat blog ni... Akhir sekali... Ni lah barisan keluarga ABG JAM tercinte... Selamat Berhujung Minggu!!!..."

Kanser Kali Kedua, Penamat Karier Tito Vilanova...


As-Salam Buat Semua,

TERGEZUT jugak ABG J.A.M tentang musibah yang menimpa ketua jurulatih FC Barcelona seperti yang diumumkan dalam berita tempatan kita... kesian dia... kena kanser kali kedua setelah baru pulih baru-baru ini... ABG J.A.M yang jugak PEMINAT MATI KERAS (die hard fans) Barça, menyatakan sokongan moga Tito Vilanova cepat sembuh walaupun dia bukan coach lagi untuk FCB. Tempat beliau akan diganti oleh orang lain... Sayang! Lepas kehilangan Pep Guardiola, kini Tito pulak... KONPEM la dia tak turun MALAYSIA nanti... huhuhu... SADIS2... Cadangan ABG J.A.M pengganti yang sesuai buat masa ini yang KU nampak ialah Johan Cryuff... orang yang memperkenalkan sistem permainan 'Total Football' pada Barça dan diadaptasi serta disempurnakan oleh Pep Guardiola sehingga menjadikan Barça kelab terbaik dunia... YESZAAA... Viva Barça!

Berikut adalah petikan kenyataan daripada presiden kelab FC Barcelona berhubung musibah yang menimpa Tito Vilanova :-


"...Presiden Sandro Rosell mengumumkan petang semalam bahawa pengurus Catalan itu tidak akan terus di FC Barcelona kerana terpaksa menerima rawatan berterusan ketika proses pemulihan... Pasukan juga tidak akan pergi ke Poland pada hari Sabtu ini untuk perlawanan persahabatan... Tarikhnya akan dipinda kemudian..."


"...Menutup sidang akhbar, Presiden Rosell menjelaskan: "hidup mesti diteruskan. Jelas ini merupakan satu tamparan yang sukar untuk kita terima, tetapi Barça telah mengalami banyak 'pukulan' dalam sejarah kita dan kita sentiasa berjaya mengatasinya dengan kejayaan. Tiada apa yang berbeza ", sambil menambah, saya meminta anda semua untuk memahami - berfikir dan mengambil berat pada orang yang berjasa pada kelab dan kemudian barulah bercerita tentang Kelab..." Ni ABG J.A.M plakk yang tambah, "MES QUE UN CLUB" (more than club - motto FC Barcelona)


"... Antara akbhar-akhbar di sekitar Sepanyol, Itali, Perancis dan Sekitar Eropah yang menyatakan sokongan terhadap Tito Vilanova..." Get Well Soon TITO!!!!

Saturday, July 20, 2013

Tribute To Ejen Rahsia 5 (ER-5) Bahagian 1


As-Salam Buat Pengunjung Blog Ku,

MULAI hari ini KU akan memperkenalkan DIRI KU SENDIRI untuk ikatan hubungan kita semua. Ramai gak yang tertanya2 atau tidak kenal KU ini walau KU pun sudah terlibat dalam bidang perfileman Malaysia dah mencecah 9 atau 10 tahun... ape tidaknyer... bermula secara serius dalam pada tahun 2004 meninggalkan kerja tetap KU... memang orang kate keje gilerz sanggup tinggalkan pendapatan tetap demi minat dan perjuangan ku...

"...Ni nak STORY-MORI sikit tentang showreel nih... showreel ni merupakan petikan daripada aksi lawan KU dalam drama EJEN RAHSIA 5 yang ke udara pada tahun 2006 di ASTRO-RIA... KU memegang watak JEFFRY iaitu seorang berpangkat SARJAN yang gemar BREAK DA' RULEZ... Dia seorang SNIPER tapi gilakan pergaduhan... BEST watak nih... I LIKE IT..."

Untuk permulaan ini, KU akan mengUPLOADkan beberapa showeel keje KU cerita aksi KU yang terpilih dan yang terbaeekkk... HOPE ente semua suker... ;-) Untuk makluman juga blog KU ini sedang dalam proses perubahan sedikti demi sedikit... Rajin2lah layari blog KU ini... InshaAllah banyak perkara yang KU nak SHAER sama ENTE dan korang semua! Adeus!!!!

Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah, Masih Berpeluang Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


As Salam Buat Muslimin dan Muslimat,

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar... Haaa... Baru ni ku berkesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadan Buat Semua... Rasanya belum terlewat lagi kannn... Al-maklumlah BZ yang teramat... Lega rasanya bile proposal untuk bikin filem dah siap... 53 mukasurat daaa... dalam versi MELAYU dan INGGERIS... penat woooo... ni rasa cam nak demam daaa.... SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA... Dengan ini ku kongsikan sikit tazkirah buat semua...


"...RAMADAN (Bahasa Arab:; رمضان) adalah bulan kesembilan kalendar Islam, dan bulan di mana umat Islam percaya Al-Quran diturunkan.

Puasa pada bulan Ramadan adalah salah satu daripada Rukun Islam. Bulan yang mana umat Islam mengahbiskan masa berpuasa pada waktu siang dari subuh hingga matahari terbenam. Umat ​​Islam percaya bahawa Al-Quran diturunkan dari langit pada bulan ini, secara beransur-ansur oleh Jibraeel (Jibril) kepada Nabi Islam Muhammad.
Tambahan pula, Muhammad bersabda kepada pengikut-pengikutnya bahawa pintu-pintu Syurga akan dibuka sepanjang bulan dan pintu-pintu neraka (Jahannam) akan ditutup..."

InshaAllah, rebutlah peluang ini, moga-moga ibadah puasa kita diberkati oleh Allah SWT... AMINNN ;-)

Saturday, July 06, 2013

Persembahan Silat Di SMK Putra Perdana, Puchong

Tarikh : 6 Julai 2013
Majlis : Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana Puchong
Pesilat : Sharifuddin, Syawal dan Mohd Akmal


As-Salam Buat Pembaca Yang Di Hormati

INILAH aktiviti persembahan silat yang terakhir kerna lepas nih kita menyambut Ramadhan... Segala aktiviti pada belah siangnya saya STOP... InshaAllah lepas raya akan ada lagi aktiviti persembahan silat yang boleh saya SHARE sama korang semua yer... Sadis2, foto2 nyer belum dapat di UPLOAD coz wakil pihak sekolah pakai MINYAK DIESEL tu yang slow sikittt... huhuhu