"...Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah rahmatNya ABG JAM kembali di hari jumaat yang mulia ini dalam meneruskan perkongsian informasi berkenaan dengan pengetahuan ISLAM. Segala permulaan perbuatan atau apa-apa pekerjaan bermula dengan niat. Ertikata lain NIAT adalah permulaan segala amalan... Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w bersabda; "sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu..." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
OLEH itu, kita sambung kembali 'pengajian' tentang topik 'asal usul hari hari dalam Islam' iaitu hari jumaat. Untuk makluman, terdapat lima lagi kelebihan dan sejarah hari jumaat Allah SWT kurniakan pada umat manusia;
1] Allah S.W.T menjadikan Nabi Adam a.s
2] Allah menurunkan Nabi Adam a.s ke bumi
3] Meninggalnya Nabi Adam a.s
4] Pada hari itu ada saat yang paling mustajab untuk berdoa. Allah S.W.T pasti memperkenankannya selagi tidak meminta yang haram.
5] Akan berlaku kiamat dan semua para Malaikat Muqqarab di langit atau bumi merasa khuatir dan sayang pada hari JUMAAT
Kata Imam Al-Ghazali r.a, hendaklah melazimkan akan segala amalan yang baik pada hari JUMAAT dan melazimkan watiqah-watiqah agama. Jangan jadikan hari JUMAAT itu 'mashghul' dengan perkara-perkara yang melupakan kepada Allah S.W.T yang membawa kepada keduniaan semata-mata. Dan hendaklah dipenuhi sekalian hari dan malamnya dengan amalan-amalan kebajikan.
INSHAALLAH, BERSAMBUNG LAGI MINGGU DEPAN...