Friday, September 13, 2013

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat (Bahagian 5)

"...Alhamdulillah, seperti biasa setiap hari jumaat ABG JAM akan berkongsi dengan ENTE2 sekalian dengan sumber ilmiah tentang 'Pengetahuan Agama Islam' yang tidak 'COMPLICATED'... Apa yang baik elok disampaikan walaupun sebaris huruf... Sememangnya kewajipan kita sebagai seorang Mukmin menyampaikan ilmu pada umat manusia dengan perkara-perkara yang baik dan memberi manfaat. Bertepatan dengan apa yang dipetik daripada Abdullah bin 'Amr r.a., sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda : "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah tentang Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa."... (Riwayat al-Bukhari)

KITA sambung kembali pengetahuan kita dalam topik 'Asal-Usul Hari Hari Dalam Islam' yang ABG JAM telah keudarakan sudah masuk ke bahagian kelima ini. Seperti sedia maklum ianya berkisar tentang kelebihan hari jumaat. Sememangnya hari jumaat teramatlah besar fadzilatnya berbanding hari-hari yang lain dalam Islam seperti yang disebutkan sebelum ini. Rasanya tak perlu diulang berulang kali. jika ada yang tertinggal, sila buka blog ini dan rujuk pada bahagian satu hingga empat.



Abu Laits As samarrqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus r.a. Rasulullah bersabda : 

Terjemahan :

"Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, didalamnya terjadi Nabi Adam a.s dan di hari itu juga ia meninggal, dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala dan pada hari itu juga semua mahkluk akan mati. Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku"

Sahabat bertanya lagi :
"Ya Raulullah, bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal kamu telah rosak dan habis."

Nabi S.A.W bersabda :
"Dapatkah kamu katakan aku akan rosak sesungguhnya Allah S.W.T telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para Nabi-nabi"

Ya Allah, inilah kebenaran dan kehebatan para Nabi-nabi kita wahai muslimin dan muslimat sekalian!!!

INSHAALLAH, BERSAMBUNG MINGGU DEPAN...