Friday, September 06, 2013

Keistimewaan dan Kelebihan Hari Jumaat (Bahagian 4)

"...Seperti yang dijanjikan, setiap hari jumaat adalah hari 'tazkirah' ABG JAM untuk diri sendiri dan juga untuk ENTE2 sekalian. Kita sambung kembali informasi sebelum ini tentang 'Asal Usul Hari-Hari Dalam Islam'. Masih lagi berkenaan hari jumaat. Semua sudah tahu hari jumaat hari yang dari segala-gala hari. Oleh itu, ikuti terus informasi tentang hari jumaat yang ABG JAM sediakan moga dapat dikongsikan bersama-sama, inshaallah kita semua beroleh rahmat dari-Nya, amin..."

HARI Jumaat sangat besar di sisi Allah S.W.T, bahkan lebih besar daripada Hari Aidilfitri dan Aidiladha. Kenapa begitu? Kerana ianya merupakan 'Penghulu Segala Hari', 'Hari Penuh Keampunan dan Barakah', 'Hari Untuk Umat Muhammad S.A.W' dan 'Terpelihara Dari Kubur'. Hari jumaat adalah sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari dan hari yang paling afdal dalam seminggu.

terjemahan:
"Bahawasanya, Allah S.W.T melepaskan mereka daripada api neraka enam ratus ribu kemerdekaan pada tiap-tiap hari jumaat dan barangsiapa mati pada malamnya atau pada harinya ditulis baginya pahala syahid dan terpelihara daripada fitnah kubur dan azab api neraka."

Kata Syeik Al-Qutul Ghaus Syaidil Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddadi bahawa Allah S.W.T menjadikan hari jumaat itu penghulu segala hari dan beberapa kemuliaan yang besar di sisi Allah S.W.T. Pada hari jumaat juga Allah S.W.T menjadikan Adam a.s dan didirikan qiamat serta hari untuk ahli-ahli syurga menziarahi Allah S.W.T. Hari jumaat itu disis Malaikat merupakan hari bertambah nikmat dan hari pembukaan rahmat serta hari yang dilimpahkan kepadanya kebaikan. Hari jumaat merupakan satu saat yang mustajab untuk berdoa.

INSHAALLAH, BERSAMBUNG MINGGU DEPAN...