"...Seperti minggu-minggu sebelumnya, ABG JAM dah banyak memberi rujukan daripada cebisan hadis-hadis yang dikemukakan oleh para sahabat atau alim ulama' berkenaan kebaikan dan kelebihan hari Jumaat ini. Dari hadith riwayat Muslim hingga ke kata-kata petikan Imam Al-Ghazali r.a, semuanya memberi kita petunjuk bahawasanya hari Jumaat ini besar fadilatnya. Sepatutnya kita jadikan hari jumaat ini adalah hari cuti seluruh negara supaya kita semua boleh meraikannya. Setakat ini hanya 3 buah negeri dinegara kita mengamalkannya, jika tak silap ABG JAM..."
...KEISTIMEWAAN HARI DAN SOLAT JUMAAT...
HARI Jumaat adalah suatu hari yang istimewa jika difahami dari segi kelebihan dan kebesarannya. Pada hari itu diwajibkan keatas setiap mukhalaf lelaki akil baligh dan tidak mempunyai keuzuran hadir untuk sembahyang beramai-ramai (berjemaah) disuatu tempat (masjid) atau tanah lapang dan dikurangkan dua rakaat sembahyang, dua rakaat lagi digantikan dengan ceramah (berkhutbah) dan sembahyang Jumaat itu dilakukan dalam waktu Zohor dan dibaca dengan nyaring. Pada waktu itu diharamkan berjual beli dan melakukan pekerjaan dunia.
Solat Solat Jumaat difardhukan di Mekah pada malam Isra tetapi tidak dapat dikerjakan kerana tidak cukup syarat. Maka apabila Rasulullah S.A.W memerintahkan supaya mendirikan solat Jumaat, para sahabat mendirikan solat Jumaat di rumah Abu Mumamah (As-Ad bin Zurarah) dari Bani Bayadhoh di Kampung Nakie' Likhudhama mengikut hadith riwayat Imam Bukhari. Solat Jumaat yang dikerjakan di Madinah dalam Masjid Abdul Qais di Kampung Jawathi.
Dari Madinah Rasulullah S.A.W bersama rombongan ke Qubabd pada isnin 12 rabiuawal. Baginda berhenti di rumah Bani Amri bin Aus selama empat hari. Rasulullah S.A.W mengasaskan sebuah masjid di situ iaitu Masjid Qubad yang ada hingga sekarang ini. Kemudian pada hari Jumaat 16 rabiuawal Rasulullah dan rombongannya menuju ke Madinah setelah sampai ke Baitulluwadi Nabi dan rombongannya berhenti di rumah Bani Salim bin Aus dan Rasulullah S.A.W mengasaskan sebuah lagi masjid di situ dan Baginda bersama rombongannya bersolat Jumaat di situ.
Solat Jumaat mempunyai fadzilat yang sangat besar, kelebihan yang banyak serta mempunyai darjat yang tinggi, maka umat Islam tidak dibenarkan meninggalkannya kecuali jika uzur.
Suatu hadith riwayat Abdul Ja'di Al-dhamiriy:
Terjemahan:
"Siapa-siapa meninggalkan sembahyang Jumaat dengan sengaja sebanyak 3 kali berturut-turut nescaya Allah S.W.T akan membutakan hatinya yakni dibutakan mata hatinya kepada jalan kebaikan"
INSHAALLAH, BERSAMBUNG LAGI MINGGU DEPAN...
INSHAALLAH, BERSAMBUNG LAGI MINGGU DEPAN...