SEBAGAI seorang muslim, saya
(penulis) berasa bersalah dan bertanggungjawab untuk memberi peringatan ringkas
pada umum tentang apa yang sedang kita hadapi sekarang. Ramai yang tidak
memahami apa yang berlaku kini.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :
فَذَكِّرْ اِنْ نَّفَعَتِ الذِّكْرٰى
"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);"
(QS. Al-A'la 87: Ayat 9)
Sebenarnya dikalangan rakyat umumnya sedang berlaku kekecohan, kekeliruan, ketidakstabilan hidup, huru hara dan sebagainya akibat tekanan vaksin, ya, bagi saya covid bukan ancaman ianya sama seperti penyakit kebiasaan yang manusia hadapi berkurun lama, setiap penyakit ada ubatnya, itu lumrah dunia. Kebanyakan dari mereka telah pun mengambil vaksin lengkap 2 dos, hanya segelintir orang sahaja di malaysia yang tidak mengambil vaksin, dan mereka ini digelar anti vaksin. Sebenarnya klasfikasi itu adalah tidak tepat, mereka bukan anti vaksin, mereka cuma berhati-hati terhadap keselamatan tentang vaksin yang masih lagi berada dalam fasa klinikal yang belum sempurna. Mereka inilah golongan PRO SAFETY.
Dan ada juga yang saya kenali
di mana keilmuwannya amat amat saya kagumi dan hormati, tetapi memilih untuk divaksin
sebagai jalan ikhtiar, namun tidak kurang sedikit pun rasa hormat saya kepada
mereka kerana memilih untuk vaksin. Saya hormati pilihan mereka, tetapi kenapa
mereka yang memilih untuk tidak divaksin tidak dihormati? Malah ditekan
pelbagai cara sehingga mengundang DISKRIMINASI terhadap mereka! Sedangkan mereka
ini WARGANEGARA dan mempunyai dalam memilih demi keselamatan seperti yang
tertakluk dalam AKTA HAK ASASI MANUSIA! Dalam hak asasi manusia dan didalam
akta perlembagaan negara kita ada peruntukkan untuk MELINDUNGI NYAWA, kita tahu
vaksin ini ada kesan sampingan dan kemudaratan.
Saya juga rujuk pada agamawan serta beberapa orang yang arif, setelah mengetahui kebenaran, ramai juga yang memilih untuk tidak vaksin. Kita perlu ingat, kita kini berada didalam fasa MULKAN JABBARIYAN bukan lagi dalam fasa mulkan ad dhudhan. Rata-rata jawapan mereka adalah hampir sama dan muafakat dengan pendirian saya juga. Saya tidak mahu mendedahkan jawapan mereka secara khusus atas ‘masyaqqah’ tertentu, namun memadai jika saya katakan bahawa itu adalah pilihan mereka. Apa-apapun, kini kita lihat, dengar sudah mula agamawan yang benar tampil beri keterangan tentang fitnah akhir zaman yang sedang hadapi ini disebalik tokoh agamawan kita memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan kebatilan bermaharajalela.
Lihat dengan mata hati disebalik hakikat akhir zaman ini dengan kejadian, cari titik percantuman sesuatu peristiwa dan kejadian, maka akan temui keputusan tentang fitnah akhir zaman sekarang. Kita berbalik pada vaksin tadi, mereka yang memilih vaksin sebagai jalan ikhtiar dengan berpandu kepada kaedah Fiqh dengan pendirian ‘husnudzan’ (sangka baik) terhadap penghasilan vaksin, tanpa meletakkan sebarang bentuk rasa prejudis, maka atas dasar itu, saya menghormatinya.
Namun, saya tetap tegaskan, jika keadaan sekarang ini kita kena lihat dan pandang dari sudut FIQH TAHAWWULAT (fiqh akhir zaman), maka panduan fiqh ini kita mungkin lebih tegas dan berhati-hati, hanya ahli yang faham tentang hakikat fitnah akhir zaman ini yang nampak fitnah ini berlangsung. Soalnya, mestikah kita kaitkan apa yang berlaku ini dengan fitnah akhir zaman? Jawapannya YA! memang kena kaitkan dengan Fiqh Tahawwulat, kerana kita memang sedang berada pada fasa ke-4. Fasa di mana taat pada ululamri sudah tamat! Wallahua'lam.