KALA ini ramai di kalangan kita masih menafikan agenda yang di bawa oleh pertubuhan iblis ini. Mereka menolak dakwaan bahawa freemason ini bukan ada kaitan dengan agenda dajjal atau mudah kita faham dengan fitnah akhir zaman. Lebih mengecewakan ada pihak menyebelahi kegiatan pertubahan iblis ini dan lebih memalukan menyertainya serta perjuangkan agenda iblis tersebut!
Seperti yang kita tahu, amaran
tentang menjadikan orang yahudi dan nasrani sebagai rakan seperjuangan atau
sahabat setia adalah dilarang, Allah telah pun memberi peringatan pada umatnya
dalam firmanNya dalam surah ke-5 Al Ma’idah ayat ke 51;
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُوْدَ وَالنَّصٰرٰٓى اَوْلِيَاۤءَ ۘ بَعْضُهُمْ اَوْلِيَاۤءُ بَعْضٍۗ وَمَنْ يَّتَوَلَّهُمْ مِّنْكُمْ فَاِنَّهٗ مِنْهُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الظّٰلِمِيْنَ
"Wahai orang-orang
yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman
setia(mu); mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa di antara kamu
yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan
mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
Namun begitu umat Islam tidak
mengendahkan larangan tersebut kerana terpengaruh dengan dakyah atas nama hak
kemanusiaan, tetapi umat Islam lupa akan saranan Maha Pencipta Allah SWT yang
wajib kita utamakan berbanding mahkluk! Sedarlah, betapa berdosanya kita terhadap Allah SWT dan bertaubatlah selagi ada kesempatan.
Pertubuhan iblis ini amat unik
sebenarnya, diteliti dari segi susunan peringkat kepimpinannya, bagaimana
mereka merekrut ahli, memilih dan merencana agenda. Di dalam membezakan taraf
seseorang ahli seperti tingkat atau klasfikasi, Freemason menggunakan bilangan
dalam darjah (0) bagi setiap peringkat gelaran. Di dalam Freemason, terdapat 33
darjah tingkat gelaran untuk menggambarkan semua peringkat taraf tersebut dan
kepimpinan mereka.
Pertubuhan iblis ini amat unik
sebenarnya, diteliti dari segi susunan peringkat kepimpinannya, bagaimana
mereka merekrut ahli, memilih dan merencana agenda. Di dalam membezakan taraf
seseorang ahli seperti tingkat atau klasfikasi, Freemason menggunakan bilangan
dalam darjah (0) bagi setiap peringkat gelaran. Di dalam Freemason, terdapat 33
darjah tingkat gelaran untuk menggambarkan semua peringkat taraf tersebut dan
kepimpinan mereka.
Sebagai contoh darjah 33⁰ (Sovereign
Grand Inspector General), 32⁰ (Sublime Prince of Royal Secret), 31⁰ (Grand
Inspector Inquisitor Commander), 30⁰ (Grand Elect Knight Kadosh), 29⁰ (Knight
of St. Andrew), 28⁰ (Knight of the Sun), 27⁰ (Commander of Temple), 26⁰ (Prince
of Mercy), 25⁰ (Knight of Brazen Serpent), 24° (Prince of Tabernacle) dan
banyak lagi peringkat, gelaran dan ganjaran bagi mereka sertai organisasi iblis
ini!
Sumber: Valley of Tolado, Ancient Accepted Scottish Rite, toledoaasr.com
Peringkat kepimpinan tertinggi
di dalam Freemason ialah 33° bukannya 1º. la boleh dianugerahkan lebih kepada
seorang untuk setiap gelaran mengikut sumbang khidmat orang tersebut sepanjang
penglibatannya. Biasanya mereka ini adalah orang penting dalam sesuatu pemerintahan kerajaan di seluruh dunia!
Bersambung…