Tuesday, December 20, 2011

The ACTOR


"...Merenung masa depan... Apakah masih ada sinar harapan untuk memartabatkan filem seni bela diri pertama di Malaysia?..."

DARI Seorang 'fighter' berhijrah sebagai seorang 'actor'. Sejarah sebagai pelakon secara serius bermula pada tahun 2004 setelah menyertai sebuah akademi latihan lakon di Persatuan Seniman. Sebenarnya niat untuk bergelar pelakon telah sekian lama sebelum tahun 2004 lagi. Sejak kecil Akmal sering bergiat dalam persembahan sekolah, teater dan pernah terlibat penggambaran seperti video-klip Siti Nurhaliza, lagi Damak pada tahun 1997 di Kuala Lipis. Namun dalam hatinya bukanlah untuk menjadi pelakon seperti pelakon kebanyakkan yang ada di Malaysia ini, kerana pelakon 'contoh' yang ada di Malaysia ini tidak menepati citarasa dan impian. Cita-citanya adalah untuk menjadi 'pelakon aksi seni beladiri' yang belum berjaya dilahirkan oleh industri perfileman kita secara 'serius'!


"...Sewaktu penggambaran Filem Pendek SILAT 1Malaysia baru-baru ini, selaku pelakon utama..."

Melihat pada kekosongan itu, Akmal menimba ilmu ilmu lakonan bermula tahun 2004, pada masa yang sama Akmal telah bekerja di syarikat Metrowealth milik David Teo seorang 'saudagar' filem terbesar di Malaysia sekarang. Demi cita-citanya, Akmal 'meninggalkan' Metrowealth dalam mengejar impiannya bergelar pelakon aksi. Namun, segalanya bukan mudah, pelbagai rintangan yang perlu dihadapi sebelum mendapat 'tempat' di dalam industri ini. 'Kita' perlukan, kawan, kenalan, 'contact' dan kelebihan jikan untuk berjaya. Teringin rasa ingin berundur, namun pantang 'fighter' mengalah sebelum berjuang, itulah kalimah buat pesilat seperti Akmal yang menongkah arus dalam industri filem ini yang tidak seperti industri luar negara seperti Hong Kong, Indonesia dan Siam. Rupanya sistem perfileman kita masih belum terbuka. Siapa ada nama, ada pengaruh ada kelebihan pada mata penerbit, pengarah dan penggiat filem, dia akan berjaya! tidak ada istilah label pelakon, semua versi filem akan dilakon oleh orang sama jika anda adalah kroni.


"...Aksi pertarungan dalam EJEN RAHSIA 5, Akmal Edge sebagai pelakon utama memegang watak Jeffery..."

Melihat kesukaran itu, Akmal seperti 'putus asa', tetapi jika berundur bererti anda tewas! Diteruskan jua walau terpaksa 'mengikat perut' demi menjadi pelakon filem seni beladiri dan memartabatkan filem seni bela diri pertama di Malaysia. Pada awal pembabitan, Akmal bermula sebagai pelakon tambahan tanpa dialog, kemudian naik sikit taraf pelakon tambahan berdialog. Selepas itu, tidak disangka-sangka, Akmal mendapat tawaran oleh pengarah Ahmad Fauzee berlakon dalam drama 'Room Services' a.k.a Telatah Tetamu 26 episod di TV2, sebuah cerita komedi setelah dicadangkan oleh sahabatnya yang juga pelakon Qazem Nor sebagai supporting-cast. Itulah satu peluang yang tidak dilepaskan Akmal yang diguna sebaik mungkin untuk mengukuhkan nama dipersada hiburan Malaysia.


"...Pernah menjadi Stuntman dan body-double untuk Shahrukh Khan dalam filem DON 2 di langkawi awal tahun 2011... Tak CAYA kar? Tuh, tengok pakaian dan tulisan 'D' kat tangan ABG JAM nih..."

Selepas itu menamatkan penggambaran 'Room Services' dengan jayanya di Port Dickson selama 35 hari, Akmal menerima tawaran menjadi koreografer dalam sebuah teater bangsawan 'Lela Manja' arahan Khusiary Mahayuddin. Kebetulan hero cerita tersebut iaitu Raja Azrey turut terlibat telah mencadangkan Akmal berlakon sebagai Tok Guru Manja dalam cerita tersebut. Walaupun pada asalnya Akmal menolak kerana tidak pernah berlakon teater secara 'besar', bimbang tidak menepati piawaian penonton, namun atas sokongan dan dorongan mereka, akhirnya Akmal menerima berlakon sambil membuat koreografing aksi silat dan pertarungan dalam teater tersebut yang dipersembahkan di Dewan Audititorium MBPJ di samping pelakon yang terkenal seperti Eira Syazira, Zack Zamree (Gerak Khas), Kartina Aziz, Yus Waisar dan Raja Azrey sendiri.


"...GAYA HERO... (hihihi, angkat diri sendiri) Itulah antara karakter yang pernah dilakonkan oleh Akmal, tetapi tetap sinonim untuk cerita aksi..."

Keyakinan Akmal makin bertambah setelah menimba ilmu lakonan dari peluang yang diberikan sebelum ini. Di masa yang sama, Akmal turut melakukan kerja-kerja koreografing bagi babak aksi lawan jika tidak menerima peluang berlakon. Namun, bukan itu penamat cita-citanya, kerana impiannya adalah untuk menjadi seperti Bruce Lee, Jackie Chan, Jet Li, Van Damme, Steven Seagal, Chuck Norris dan Donnie Yen tetap menebal. Pada tahun 2007, Akmal dipanggil untuk membintangi drama aksi penyiasatan 'Ejen Rahsia 5' sebagai 'main-cast'. Inilah detik-detik yang ditungu-tunggu selama ini, tanpa berfikir panjang Akmal menerima watak sebagai 'Jeffery' seorang pakar silat dalam cerita tersebut yang ke udara di stesen tv Astro-Ria selama 13 episod. Sehingga kini cerita Ejen Rahsia 5 ini telah diulang tayangannya sudah masuk kali ke-7 di Astro-Ria.


"...Antara projek koreografing yang dilakukan Akmal selain berlakon, ini yang terbaru, ditugaskan mengajar Erra Fazira berlawan dalam telemovie PENJARA..."

Sehingga kini, Akmal masih meneruskan 'pemburuan' impiannya yang masih belum tercapai. Sepanjang penglibatannya, Akmal telah berlakon serta melakukan pelbagai genre filem atau drama koreografing baik dalam Malaysia dan untuk filem luar negara seperti Bollywood dan Mollywood. Antaranya filem Chow Kit, Don 2, Naa Istham, Telemovie Aku Jebat, Drama Akademi Polis, Telemovie Penjara, Drama 26 Episod Katsarin dan Drama Fiksyen 13 Episod Satria Mega.

Wednesday, December 14, 2011

Penjara

Pada 14hb Disember 2011, Akmal Edge telah terlibat dalam penggambaran telemovie untuk syarikat Cbe Film Sdn Bhd. Mereka memberi Akmal tugasan ntuk menyediakan babak-babak pertarungan yang bakal Erra beraksi dalam satu babak pertarungan dalam telemovie bertajuk 'Penjara'. Uniknya kali ini, mereka mahukan satu babak pertarungan yang mana Erra akan beraksi seperti 'Super-Women', tetapi tidaklah sama seperti 'Super Girl' atau 'Cat-Women'. Pada Erra Fazira, 'I Salute You'. Hope kite dapat bertemu lagi nanti. 'Profesional & Sporting!'












Saturday, December 03, 2011

Persembahan Silat di Bora Ombak

Pada 3hb Disember 2011, sedang membaiki kereta dibengkel, tiba-tiba telefon saya berbunyi, rupa-rupanya SMS dari rakan yang biasa buat persembahan gamean & kompang. Encik Fairuz, memohon pertolongan untuk diadakan persembahan silat setelah pasukan silat yang sepatutnya ditempah tidak dapat menghadiri ke majlis di Bora Ombak kerana banjir di Kajang. Seperti biasa, terpaksalah saya membantu sahabat walaupun secara solo... Sebenarnya sudah lama tak bersilat secara solo sebab sekarang sudah ramai 'pelapis' yang mampu bersilat dibawah asuhan saya bagi tujuan persembahan setelah tertubuhnya SILAT SHOW BIZ.

Sabar Menanti...Sepatutnya persembahan silat dilangsungkan pada jam 1.30 twnghari tetapi 'terkantoi' satu jam pulak.
AKSI... Itu dia masanya untuk beraksi dengan penuh tradisi tetapi lagu pulak lupa bawa daa. Terpaksa minta jasa baik abang DJ download lagu silat dari internet. ;-)
LANGKAH LAKSAMANA... Pembuka seni silat yang diperagakan Akmal Edge dalam persembahannya.
PECAH 12... Persembahan silat dengan perkasa dan tari silat lemah gemalai memukau hadirin di situ.

Monday, November 07, 2011

Aktiviti Bulan November 2011


1] Latihan : Gelanggang AU3 Keramat, disambung semula dalam bulan November 2011 ini bermula pada tarikh 7hb, 9hb, 14hb, 16hb, 21hb, 23hb, 28hb dan 30hb November 2011.

2] Filem Pendek : Filem Pendek SILAT 1MALAYSIA akan memulakan proses suntingan pada 7hb November sehingga 14hb November 2011.

3] Persembahan : Akan mengadakan persembahan silat di majlis-majlis perkahwinan dan rasmi pada 13hb November di Shah Alam Seksyen 11.

Friday, October 07, 2011

Aktiviti Bulan Oktober 2011


1] Latihan : Gelanggang AU3 Keramat, disambung semula dalam bulan September 2011 ini bermula pada tarikh 3hb, 5hb, 10hb, 12hb, 17hb, 19hb, 24hb dan 26hb Oktober 2011. Gelanggang Di SMK Zon R1 dan Gelanggang di SMK Putra Perdana Puchong ditunda buat sementara kerana bulan peperiksaan sekolah.

2] Filem Pendek : Filem Pendek SILAT 1MALAYSIA akan memulakan penggambaran pertengahan bulan oktober ini di sekitar Kuala Lumpur.

3] Persembahan : Sudah menerima tempahan persembahan silat di majlis-majlis perkahwinan dan rasmi pada 8hb oktober di Kajang dan 19hb oktober di universiti malaya.

Monday, September 05, 2011

Aktiviti Bulan September 2011

Teater Keempat Selepas Lela Manja, Semerah Padi & Sikit Punya Gila...

1] Latihan : Gelanggang AU3 Keramat, disambung semula dalam bulan September 2011 ini bermula pada tarikh 5hb, 7hb, 12hb, 14hb, 19hb, 21hb, 26hb dan 28hb September 2011. Gelanggang Di SMK Zon R1 akan bermula pada 10hb, 17hb dan 24hb September 2011. Gelanggang di SMK Putra Perdana Puchong pada 8hb, 15hb, 22hb & 29hb September 2011.

2] Teater : Akan membuat penampilan dalam teater 'Taminsari Pulang Ke Tuah' di Hotel Citrus. Teater ini akan diarahkan oleh Zamzuarimi Haron dan Akmal akan memegang watak utama sebagai Laksamana Hang Tuah.

Thursday, August 11, 2011

Aktiviti Bulan Ogos 2011

Sempena Ketibaan Bulan yang Mulia ini, AKMAL mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa, Semoga segala Ibadah yang dikerjakan mendapat Keberkatan & Kebaikan di sisi Allah S.W.T, - AMIN

1] Latihan : Segala bentuk latihan di dalam Ramadhan tahun ini tidak akan dijalankan dan akan bersambung selepas sambutan perayaan kelak.

2] Pembentangan : Akan ke FINAS pada 18hb Ogos 2011 ini, untuk membuat presentation filem pendek bertajuk SILAT. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan berhasilnya hendak-Nya.