Thursday, May 09, 2013

Neymar Bersetuju Berpindah Ke FC Barcelona?


BINTANG bolasepak Santos FC dan Brazil, Neymar dijangka akan berpindah ke FC Barcelona pada musim panas ini, menurut akhbar Catalan El Mundo Deportivo wartawan Paco Aguilar. “Neymar akan bermain untuk FC Barcelona tahun depan. Kontrak itu dilakukan, “ katanya kepada Radio Monte Carlo.

Penyerang prolifik Santos FC yang kini dilabelkan sebagai 'superstar' baru Brazil kerap dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol sejak beberapa musim kebelakangan ini, namun kerap dinafikan oleh beliau. Terkini beliau dikaitakan kembali dan kelihatan bersedia untuk meninggalkan Santos FC dan melengkapkan perpindahan dalam masa terdekat ini.


Tambahan pula, FC Barcelona sekarang sedang bergelut memperbaiki prestasi yang merundum sejak akhir-akhir ini dek ketumpulan bahagian serangan kerana terlalu mengharapkan sentuhan Lionel Messi seorang. Untuk mengurangkan beban Messi, Neymar adalah jawapan yang secocok selain Lewandoski (penyerang Borussia Dortmund & Poland). Oleh kerana terlalu bergantung pada Messi, FC Barcelona tewas mengejut pada FC Bayern Munich dengan kekalahan besar pada peringkat separuh akhir dalam Liga Juara-Juara Eropah 2013 baru-baru ini.

Neymar kini berusia 21 tahun, adalah masa terbaik untuk mengembangkan bakatnya. Sejak bersama Santos FC, beliau telah membantu kelab tersebut memenangi Copa Libertadores bersama pada tahun 2011 dan Campeonato Paulista dalam sejak tiga tahun yang lalu, manakala bersama pasukan kebangsaannya, belum ada pencapaian yang baik tetapi merupakan pemain penting dalam skuad samba kini. Jika adapun ialah ketika sukan olimpik London yang lepas yang mana mereka menduduki tempat ketiga.


Sebagai info, Neymar pernah bertemu dengan FC Barcelona dalam kejohanan Piala Dunia Kelab 2012 di Tokyo yang kali pertama pertembungan Messi dan Neymar. FC Barcelona menang 4-0. Sejak dari itu, kelibat Neymar dipantau pengurusan dan pencari bakat Barca. Walau bagaimanapun, pada asal persetujuan sepatutnya Neymar akan berpindah selepas Piala Dunia FIFA 2014 di negaranya, nampaknya ia telah berubah dan awal dari yang dijangka.

Tepat pada masanya untuk Neymar berhijrah ke FC Barcelona, ini kerana Barca gagal untuk menjaringkan sebarang gol ketika menentang FC Bayern Munich ketika Messi belum cergas sepenuhnya, dan ‘magis’ Neymar amat-amat diperlukan untuk mengimbangi kekosongan itu. Jika sertai FC Barcelona pada musim panas nanti, beliau menyertai pemain legenda Brazil yang pernah berbakti pada Barca.


Selalunya penyerang Brazil yang sertai FC Barcelona jarang tidak terkecuali ditabalkan sebagai pemain terbaik dunia dan Eropah. Antaranya, Romario, Ronaldo, Rivaldo, Ronaldihno dan mungkin giliran Neymar pula. Mereka berempat digelar 'Legenda 4R' dan keempat-empat mereka pernah memenangi Piala Dunia setelah mewakili FC Barcelona. Untuk perbandingan, gaya permainan Neymar seolah-olah mirip permainan Rivaldo.

Setelah perpindahan tersebut jika menjadi kenyataan, peminat di Malaysia menyaksikan kelibat Messi dan Neymar kelak pada kunjungan FC Barcelona ke Asia 2013 pada Ogos ini di stadium Bukit Jalil. Bukan setakat Neymar dan Messi sahaja, Iniesta, Xavi, Fabreagas, Busquest, Pique, Abidal dan beberapa pemain baru terutama diposisi pertahanan. Sama-sama kita nantikan!


Thursday, May 02, 2013

Kematian Bruce dan Brandon Lee - Konspirasi atau Illuminati?


PADA Keluaran yang lepas-lepas berhubung dengan kisah misteri kematian Bruce Lee, saya telah mendedahkan kebarangkalian penglibatan individu berpengaruh yang menjadi dalang dalam kes kematian misteri Bruce Lee. Maka tidak perlu saya ulas kembali cerita berkenaan. Bagi anda yang terlepas, anda boleh semak dilaman blog ini bahagian artikel keluaran bulan ogos 2011 pada tajuk ‘Bruce Lee – Hidup dan Matinya Masih Hangat Di Perkatakan!’

Oleh itu, saya ingin mengupas kisah seterusnya kebarangkalian misteri berhubung Bruce Lee dari sudut yang lain pula, kemungkinan ianya menarik minat anda untuk mengetahuinya. Tidak dinafikan sebenarnya sememangnya saya peminat fanatik Bruce Lee sejak dari kanak-kanak lagi. Begitu juga tentang kelibat anaknya sebagai penyambung kesinambungan legasi ayahnya. Disebabkan sifat fanatik itulah saya sangsi dengan isu kematiannya. Maka saya menyelidik selama bertahun-tahun dan ia tidak seperti yang saya sangkakan sehingga baru-baru ini yang saya dapati sesuatu yang sangat aneh telah berlaku sebenarnya!



Apa yang saya dapati hasil perkumpulan maklumat, kematiannya adalah satu konsep ‘konspirasi’. Mustahil bagi seseorang yang begitu sihat, gagah dan hebat mati dengan secara mendadak tapi ‘amaran’! Memetik kembali kata-kata akhir dari artikel yang yang berbunyi, “... kematian Bruce Lee adalah satu kecelakaan...” Apakah kecelakaan itu? Itulah konspirasi yang berlaku ke atas Bruce Lee yang kupas dalam artikel ini. Konspirasi? Ya! Adakah konspirasi itu ada kaitan dengan kematiannya bersama anak sulungnya iaitu Brandon?

Sepanjang hidupnya hingga kematiannya, Bruce Lee sering dikaitkan dengan ancaman ninja kerana menghina Jepun, ancaman mafia, pertarungan dengan jaguh silat dan macam-macam lagi. Boleh kata, setiap negara yang ada beladiri mengatakan Bruce Lee ditewaskan oleh jaguh mereka. Pada saya ianya satu fakta yang tidak sahih tetapi tidak boleh ditolak mentah-mentah. Selain penglibatan individu berpengaruh di Hong Kong, kebarangkalian penglibatan agensi rahsia seperti ‘Illuminati’ turut dikaitkan. Benarkah?



Untuk menjawab persoalan diatas, di sini saya mendedahkan konspirasi yang berlaku pada anaknya, Brandon. Selepas menonton filem Brandon yang terakhir iaitu 'The Crow', saya dapati terdapat satu simbol yang mana saya kaji simbol itu adalah simbol yang merujuk kepada kematian! Oleh itu, saya merasakan bahawa Brandon mati akibat ‘dibunuh’ melalui satu strategi atau rancangan gelap oleh satu organisasi yang mengamalkan pembunuhan secara ritual.

Seperti yang anda mungkin tahu, Brandon menemui ajalnya dalam satu kemalangan tragis yang tidak disangka ketika menjalani penggambaran ‘The Crow’ kembali pada tahun 1994 - apabila peluru ‘dummy’ sepatutnya sengaja ditembakan ke arah beliau telah meletup dan membunuhnya dalam babak tembakan tersebut. Saya percaya kematiannya telah sengaja ditetapkan.


Jika anda menonton filem tersebut, anda dapati bahawa terdapat satu babak rogol yang ‘ngeri’ di dalam apartmen kediaman teman wanita Eric Draven (Brandon Lee). Sebenarnya apa yang menarik tentang babak itu? Pastinya bukan kerana babak tersebut tetapi berkenaan situasi kejam itu berlaku! Ketika babak itu berlaku mata semua individu melihat tepat ke arah ‘frame’ piramid – yang kita tahu menjadi kebiasaan dengan pengamal illuminati hari ini! 

Jika anda juga menonton filem ini lagi, anda akan melihat penampilan biasa logo ‘Chrysler Pheonix’, yang seolah-olah menguasai keseluruhan skrin. Seperti yang anda mungkin sedia maklum - logo ‘Chrysler’ merupakan simbol illuminati dan ia sering muncul di seluruh seluruh filem.



Bruce Lee sendiri dahulu pernah bercakap mengenai syaitan dimensi 4 atau seseorang ‘pemerhati’ yang telah mengikuti sepanjang hidupnya sehingga kematian tragis pada tahun 1973. Sesungguhnya, orang Cina sangat takut dan percaya akan kepercayaan karut selain sangat percaya kepada kewujudan entiti 4D, sehinggakan, mana-mana kelahiran kanak-kanak lelaki dilahirkan, orang cina pasti akan menyamar identiti kanak-kanak lelakinya sebagai 'wanita' untuk menghalang ‘pemerhati’ dari mengambil nyawa bayi itu.

Saya difahamkan bahawa kemungkinan Bruce Lee berasal dari keturunan illuminati daripada Hong Kong - adalah berkaitan dengan kedua-dua Bruce dan Brandon, maka Bruce Lee pada nama kelahiran cinanya ialah 'Li Jun Fan' dan bapa beliau 'Li Hoi Cheun' - mereka adalah cabang dari yang keturunan genealogi tersebut yang terakhir. Ianya bukan kepastian saya 100%.




Jika anda rujuk kembali pada awal 1992 filem Brandon ‘Rapid Fire’, terdapat satu babak di mana Brandon adalah di dalam bangunan dan dia adalah di bawah api dari kongsi gelap. Dalam babak tersebut, Brandon melakukan ‘flip up’ dari lantai dan jika anda lihat pada latar belakang serta-merta anda akan dapat lihat apa yang kelihatan ialah seorang tokoh yang tidak dikenali dan seorang lelaki yang duduk pada latar belakang tersebut. Begitu juga dalam filem ‘The Crow’, anda boleh lihat ianya muncul semula sekali lagi dalam kamera apabila kamera ditala pada semua arah bangunan tersebut!

Adakah tanda-tanda ini penyebab kematiannya atau ada motif lain selain pembunuhan ini? Apa-apapun ceritanya, kematian Bruce Lee akibat pukulan maut oleh mana-mana individu adalah tidak wajar dan tidak tepat! Kebarangkalian fakta yang selainnya adalah ada sebarang kemungkinan...

Saturday, April 27, 2013

Persembahan Silat Di Dewan Masjid Sultan Salehudin Al-Ayubi, Taman Melati

Tarikh : 27 April 2013
Majlis : Perkahwinan Faizul & Linda
Pesilat : Akmal, Salehuddin & Shahril








Sunday, April 21, 2013

Persembahan Silat Di Dewan Serbaguna Presint 8

Tarikh : 21 April 2013
Majlis : Perkahwinan Faizul dan Linda
Pesilat : Mohd Nizar, Irman dan Akmal







Friday, April 19, 2013

Peluang Bintang Malaysia Tunjuk Bakat! Selamat Datang FC Barcelona!


FC Barcelona akan mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur (Malaysia) pada 10 Ogos. Perlawanan itu adalah penutup siri penjelajahannya di Asia buat pasukan Tito Vilanova yang akan berlangsung di musim panas tahun ini. Pengarah Urusan FC Barcelona, ​​Antoni Rossich, mengumumkan perjanjian itu pada satu majlis yang diadakan di ibu negara Malaysia, yang dihadiri oleh Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah.

Perlawanan ini telah menarik banyak perhatian di Malaysia seperti yang dapat dilihat dengan perhatian yang diberikan oleh media tempatan. Ini merupakan kunjungan kali pertama FC Barcelona di Malaysia, di mana bola sepak adalah sukan yang paling popular. Barça mempunyai pengikut yang besar di kalangan peminat tempatan seperti yang ditunjukkan dalam sosial, hakikat bahawa Malaysia berada di kedudukan nombor 15 dalam bilangan peminat Facebook dengan 779,910 peminat.

Kehadiran FC Barcelona di negara ini juga akan membantu mempromosikan kempen 'Tahun Melawat Malaysia 2014', yang dianjurkan oleh Kementerian Malaysia Pelancongan.


Barça akan menentang pasukan yang terdiri daripada pemain terbaik liga Malaysia di stadium nasinal Bukit Jalil yang kerap menjadi tuan rumah perlawanan pasukan kebangsaan. Kerja-kerja pembinaan di stadium, yang boleh menampung lebih 100,000 penonton, bermula pada 1 Januari 1997 dan telah siap sebelum Sukan Komanwel bermula pada tahun berikutnya.

Ia kemudiannya diberi penghormatan menjadi gelanggang Piala Asia pada tahun 2007.

Lawan Barça dalam perlawanan persahabatan itu akan dibimbing oleh pengurus pasukan Dato K Rajagopal, dan termasuk bintang besar daripada pemain Malaysia seperti Safiee Sali, Mahali Jasuli, Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak dan Safiq Rahim.

Perlawanan di Kuala Lumpur akan menjadi perlawanan  terakhir 'Tour 2013' di Asia. Selepas itu, pasukan Tito Vilanova akan kembali ke Barcelona untuk menyiapkan pasukan berdepan dengan perlawanan yang kompetitif bagi musim 2013/14.



Sunday, April 14, 2013

Fotografi Silat Buku Sejarah Melaka

Tarikh : 14 April 2013 (Ahad)
Lokasi : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Pesilat : Akmal Edge & Irman
Terbitan : Alaf Baru Sdn Bhd

Friday, April 12, 2013

Arka

BUAT Pertama kali dapat undangan menjayakan projek penggambaran dibawah produksi Pesona Pictures. 'Project Tittle' ialah 'ARKA'. Sebuah drama sejarah konflik melibatkan Raja Hadi, Bugis dan Belanda. Drama 8 episod diarahkan sepenuhnya oleh pengarah terkenal Suhaimi Baba.

Tarikh : 12 April 2013
Lokasi : Taman Rimba Kiara, TTDI, Kuala Lumpur.