Tuesday, May 20, 2014

Screening Filem ABANG LONG FADIL di GSC One Utama, Damansara

"...Hari ini dalam sejarah kot rasenyer, ABG JAM berdiri diatas pentas tayangan perdana filem... Terima kaseh diucapkan pada pengarah muda berbakat Syafiq Yusof yang memberi kepercayaan buat ABG JAM menjayakan projek filem ABANG LONG FADIL selaku ketua koreografer aksi dan pelakon bagi watak ISMAIL... Sememangnya mencabar dan Alhamdulillah segalanya sudah berlalu dengan hasil yang boleh dibanggakan... Berikut adalah antara rentetan foto-foto peristiwa sepanjang majlis tersebut berlangsung..."

Tarikh : 19 MEI 2014
Majlis : TAYANGAN PERDANA FILEM ABANG LONG FADIL
Lokasi : GSC ONE UTAMA DAMANSARA







Tuesday, May 13, 2014

Selesai Pembikinan Video Klip 'Soundtrack' Abang Long Fadil Bersama Zizan Razak

"... Setahun dua bulan rasenyer gitu kot... bersama kembali dengan Zizan Razak menjayakan video klip khas untuk filem terbaru keluaran Skop Production Sdn Bhd iaitu Abang Long Fadil yang bakal ditayangkan seluruh negara pada 29 Mei 2014 ini... Seperti biasa bagi anda yang bakal menonton video klip ini akan merasa seronok dalam beberapa minit tetapi anda mungkin tidak tahu untuk menyiapkan video klip ini bukan semudah seminit atau lima minit... Ni kirenya leh rabak jugak mate-mate kami semua dibuatnya... hahaha, apa-apapun nantikan kemunculan video klip ini akan menemui anda dalam masa terdekat ini..."

Tajuk : LU AKAN RASA KERDIL BILA KU HADIR ABANG LONG FADIL
*hahaha.. ku pu tak tau tajuknya... luper nak tanya daaa...
Arahan : SYAFIQ YUSOF
Lokasi : BANGUNAN LAMA, BERHAMPIRAN KTM SG. BULOH
Tarikh : 12 Mei 2014


Monday, April 28, 2014

It's Begun... My New Business Card a.k.a Name Card...


"...Amacam? Ok tak? Dah lama ABG JAM tak buat business card... kali terakhir rasanya 7 tahun yang lepas... maksudnya kad nama untuk bidang perfileman nih... Memandangkan ianya penting dalam situasi sekarang, maka ABG JAM kembali 'mendesign' kad baru untuk dibawa ke mana-mana dan pabila bertemu dengan orang-orang yang berkenaan ABG JAM akan menghulurkan kad ini... :p this is my carddd... ape yang ko merapu nih ABG JAMMM... hahaha... nih sajer nak memenuhkan isu... tunggu ape lagiiii? printlahhhh..."



Thursday, April 24, 2014

Debaran 29 Mei 2014 ~ ABANG LONG FADIL

"...Selepas setahun lebih kalau tidak silap iaitu pembikinan filem ABANG LONG FADIL arahan Syafiq Yusof keluaran Skop Production Sdn Bhd... Kini kira-kira sebulan lebih jer lagi filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia... Haiii... Beriya-riya promosi? Mau tidak nyer... Giler ko... ABG JAM ada dalam projek filem ini daaa... Sebagai pelakon dan koreografer aksi lawan... Semoga filem ini mendapat reaksi yang positif dan menjadi lembaran baru buat ku... AaMIN..."

Tajuk : ABANG LONG FADIL
Arahan : SYAFIQ YUSOF
Produksi : SKOP PRODUCTION SDN BHD
Lakonan : ZIZAN RAZAK, AaRON AZIZ, KAMAL ADLI, SYAMSUL YUSOF, SOFI JIKAN, TAUKE RAJA LAWAK, AMAN GRASEKA, HARUN SALIM BACHIK, YASSIN, RUZAIDI RAHMAN, AKMAL EDGE dan ramai lagi.



Friday, April 11, 2014

Selesai Penggambaran Filem Pendek 'Warisan'


"...Akhirnya, setelah tiga hari berSHOOTING,selesai jua denga izinNya disiapkan 'bahan mentah' projek fiem pendek buat pelajar UNiMAS yang bertajuk 'WARISAN'. Sebuah filem pendek berkisar tentang SILAT yang diarahkan oleh pelajar UNiMAS iaitu Cik Norsuhaila Idrus. Segala kesukaran telah berjaya diatasi terutama dari segi lokasi dan faktor cuaca serta beberapa kerenah birokrasi. Apa-apapun ABG JAM ucapkan tahniah pada Cik Suhaila yang memberi kepercayaan pada hamba ini dan semoga sentuhan akhir projek ini akan meraih kebaikan buat anda kelak... AMINNN..."



Tajuk : WARISAN (9-11/04/2014)
Arahan : NOR SUHAILA IDRUS
Lokasi : Taman Bukit Jalil
Lakonan : AKMAL EDGE, AYU, SAIFUL ZELWANY, SHAHRIL, AULIA AZEE

Wednesday, March 19, 2014

'Recap' : Katsarin - Drama Bersiri 26 Episod

"...Alamdulillah... lama rasanye tak keudara dalam ruangan RECAP nih... Sebelum ini RECAP menceritakan tentang penglibatan ABG JAM dalam pembikinan drama aksi Ejen Rahsia 5 (ER-5) pada tahun 2006. Sebelum membikin ER-5 sudah banyak ABG JAM terlibat dengan penerbitan drama tempatan seperti drama 26 episod ROOM SERVICES arahan Ahmad Fauzee dan BARA terbitan SKOP Production... Nak cerita tapi foto nyer takde... Oleh itu, biarlah ABG JAM ceritakan STORY-MORI yang ade bahan nyer sajer... Baik, selepas ER-5 pada tahun 2006... ABG JAM terlibat pula dengan produksi tempatan yang menerbitkan drama bersiri 26 episod bertajuk KATSARIN..."

Tahun : 2007
Tajuk : KATSARIN
Watak : ORANG KANAN SUBSEK (ADAM CORRIE)

DALAM cerita ini saya memegang watak antagonis memburu Katsarin disamping bertindak sebagai koreografer aksi pertarungan sepanjang pembikinan drama 26 episod untuk RTM2. Penggambaran berlaku dibeberapa lokasi seperti di Kuala Lumpur, Klang, Pulau Pangkor, Langkawi, Changlun, Jitra, Alor Setar, Kuala Kedah, Port Dickson dan Danok. Ramai penglibatan pelakon tempatan seperti Aman Graseka, Adam Corrie, Nasir Bilal Khan, Julia Hana, Qazem Nor, Rashdan Baba, Saiful Zelwany dan ramai lagi.




Sunday, March 16, 2014

Persembahan Silat di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya

"...Silat, Silat, Silat... Itulah Kerjanyer... Alhamdulillah, setiap bulan 'atlease' paling tidak satu persembahan setakat ini tidak pernah 'miss'... THANK YOU ALLAH! Iyelah, itulah rutin ABG JAM selain mengajar silat di Puchong dan Wangsa Maju persembahan merupakan satu lagi cabang ABG JAM mempromosikan silat selepas layar perak... Harap-harap cita-cita mempromosikan silat ke layar perak oleh buah pesilat sendiri akan direalisasikan kelak... Dari Pesilat untuk Pesilat!..."

Tarikh : 15 Mac 2014
Tempat : Dewan Seri Endon Presint 10, Putrajaya
Pesilat : Akmal Edge, Azim, Nik Izaham dan YusofNor